Part 24💕

60 1 0
                                    

"Siapa nama kamu ! "..Gulp air liurnya ditelan kesat.Aduh..seramnya.

"Erghh.Nil...Nilam Puan Sri".jawab gadis itu perlahan.Hampir tidak singgah ke lubang telinga Puan Sri Rossa.

Wanita anggup milik Tan Sri Emran itu menilik wajah Nilam sehingga ke bawah tubuh gadis itu.

'Alahai...apa lah nasib aku ne.Tadi suara mengalahkan petir.Sekarang ne sibuk nak tilik orang.Dah macam ahli nujum gayanya'.kata hati Nilam.

Namun kata2 itu hanya terlintas di hatinya.Takut bila terkeluar pula.Asa yang kena terajang keluar rumah banglo mewah ni.

"Nilam ? Nice name".puji Tan Sri Emran.Puan Sri Rossa menjeling halus.

Diam lah.Orang tengah sibuk 'interview' menantu ne.Kata hati Puan Sri Rossa.Matanya dijegilkan ke Tan Sri Emran.

Mencebik kecil lelaki tua itu.Dia kembali menyandarkan tubuhnya ke sofa kulit.Nak lawan cakap isteri ? Tak lalu dia.Nanti tak pasal2 tidur kat luar.Sayang bini kot !

"Still belajar ?".soal Puan Sri Rossa lagi.

Nilam mengeleng.

"Dah lepasan Puan Sri.Sekarang ne tengah tunggu result keluar.Sambil2 tu cuti lah".ujar Nilam lagi.Dengan sedikit keberanian yang dia ada.Wajah Puan Sri Rossa di pandang.

Cantik betul mertua aku ne !puji Nilam.Wajah seakan2 mirip kacukan inggeris tu menyinggah ke rongga matanya.Tak hairan lah Zarul tu hensem.Ibu Ayah dia boleh tahan rupawan..

"Kenapa tengok wajah saya macam tu ?".soal Puan Sri Rossa pelik.Zarul memandang isteri dan ibunya silih berganti.

Tak habis lagi ke sesi suai kenal tu.Dia dah lapar sekarang ne.Perutnya dah berdisko kat dalam.

"Ehh..tak.tak ada.saya tengok Puan Sri sebab pu..puan cantik sangat.Tak hairan lah abang pun hensem".puji Nilam ikhlas terhadap ibu mentua dan suaminya.

Zarul yang tengah sedap landing di atas lengannya terus tersasul jatuh.Mak aii..kuatnya aura.Tu baru puji sikit tu.Huh.

Puan Sri Rossa pula berdehem kecil.Bangga juga dia bila dipuji sebegitu.Manakala Tan Sri Emran menyimpan senyum.

Senang hati lah tu menantu puji cantik.ujar hati tuanya.

"Yelah tu.Kamu tak perlu lah panggil puan sri bagai.Panggil saja saya ibu.Biasakan lidah tu menyebut panggilan ibu.Sebab Nilam pun dah jadi keluarga kami".akhirnya Puan Sri Rossa dapat juga menerima kehadiran menantunya itu.

Nilam memanjat syukur ke atas allah.Alhamdulilah.lembut juga hati mertua nya.Begitu juga dengan Zarul.

Yes dah boleh makan !

"Baik ibu.Terima kasih sebab sudi terima saya seadanya Walaupun...".berjeda suara gadis itu.

Sayu wajahnya menyentak tangkai hati Zarul.

"Tak payah lah kamu takut sangat Nilam.Kami dah tahu cerita yang sebenarnya pun.Kami ibu bapa hanya mampu berdoa yang terbaik untuk kamu.Sekiranya jodoh Zarul bersama kamu.Ayah harap kamu juga dapt menerima kekurangan dia seadanya".terang Tan Sri Emran.Nilam memanjat syukur.

Nasib baik mertua dia tu jenis yang memahami.Lebih tepat.Suka menyelidik sesuatu sebelum mengambil tindakan !

"Betul tu Nilam.Pada mulanya ibu memang tak percaya apa yang Rul cuba sampaikan kepada kami.Sehingga kan ibu rasa masa telah terhenti pada waktu tu.Yalah anak yang kami jaga cuba menconteng arang ke muka kami.Tapi bila ibu dengar2 balik apa yang suami kamu ne dan kawan2 dia kata.Barulah ibu percaya.".sokong Puan Sri Rossa juga.

Nilam memandangnya dengan senyuman.Zarul juga begitu.

"Ibu pun nak minta maaf pasal tadi.Ibu sengaja aja nak test menantu ibu ne.Cekal hati ke tidak".kata wanita anggun itu berseloroh.

Misi Penyamaran Cinta❤Where stories live. Discover now