Kesemua barangan yang dibeli di pekan tadi diletakkan didalam bilik.Manakala bahan2 mentah pula diletakkan di dapur.
"Urghhh bestnya... fuhh.penat betul".sedap betul lelaki itu mengeliat di atas kerusi rotan.Zulfan dan lain hanya mengeleng.
Nilam hanya menjeling tajam sambil tangannya sibuk mengemas barangan.
"Penat ehh..kesiannya..Tapi pelik betullah kan.Jari aku yang nak tercabut sebab bawa barang tu tak pula rasa penatnya.Kau yang tak bawa apa2 tu penat pula ye..Ish ish..macam aku nak lempang aja muka kau tu guna tapak kasut aku.Geram pula rasanya" .bebel Nilam perlahan.
Sungguh ketika itu dia memang rasa sangat2 geram !.Zeeta tergeleng mendengar.Zarul cuma mengangkat bahu.
Dia memang sengaja buli isterinya itu.Hahaha..
Ketat betul muka gadis itu mengalahkan mangga apple yang masih muda.
Ditahan gelaknya di dalam hati sebaik mungkin.Takut nanti bila dia tergelak di hadapan gadis itu,tak pasal2 kasut saiz 6 isterinya muat di dalam mulutnya.
Itu dia memang amat pasti !
"Guys..minum lah dulu.Nil..sudahlah tu mengemas.Nanti boleh sambung balik.Ne..minum dulu".ajak Damia.Dua botol air FnF perisa Anggur dan Oren dan sepiring biskut Oreo dihidang di atas meja.
"Yelah kak.".kata Nilam.Zarul telah menghilang di dalam bilik.Zulfan dan Khairil keluar2 aja dari bilik tak pakai baju.Panas kononnya.
Tertunduk Nilam.Tak berani dia hendak memandang 'pemandangan' begitu.Batas2 antara Zulfan dan Khairil tetap perlu di jaga meskipun mereka kawan2 suaminya yang telah menganggap dia seperti adik mereka.
Haram tetap haram..
"Nil nak air yang mana?".soal Zeeta.
"Apa apa ajelah kak.Nil minum aja tu".
Zeeta mengangguk faham.Satu gelas dicapai lalu diisi dengan air perisa anggur sebelum di beri kepada Nilam.
"Nil..tak rancang apa2 ke selepas sekolah ne?yelah.Nil kan masih student.Andai kata keputusan Nil ok nanti..Nil rasa Nil nak sambung belajar kat mana?".Tanya Zeeta.
Damia sibuk mengunyah biskut Oreo.Chipsmore juga ada tapi dia tak berapa minat dengan jenama itu.
Dunno why...Zulfan dan Khairil serentak memandang ke arah Nilam.
"Haah lah Nil..Abang Zul pun terfikir juga.Nil nak sambung kat mana lepas ne".sampuk Zulfan.
Khairil mencapai sekeping biskut Chipsmore.Dia pula tak minat Oreo.Sebab rasa kelat sangat dilidah bila dah dikunyah.Berbeza dengan Damia.
"Entah lah...Kalau abang Rul benarkan Nil sambung belajar.Nil sambunglah.kalau tak..takde rezeki lah namanya.Sebab Nil tak nak lah ingkar cakap abang tu".kata Nilam.Mereka mengangguk sambil tersenyum penuh makna.
"Oooooo..okey2 faham.".
Zeeta menjeling ke arah Zulfan.Lelaki itu hanya menjongket keningnya sambil tersenyum.
"Bertuah betul Rul tu kan.Ada bini..dahlah muda,comel..memahami pula tu".puji Zulfan kuat.Sengaja dia berbuat begitu.
Damia dan lain ketawa kecil.Nil hanya tersenyum sambil menahan rasa malu yang tiba2 menerpa ke wajahnya.
Zarul dalam bilik hanya mencebik.Macam lah dia tak tahu taktik lelaki itu.
Pakaiannya dibuka kemas.Sebelum dua helai tuala dicapai.Sehelai dililit melingkari pinggangnya sampai ke lutut.Sehelai pula diletakkan di bahu.
YOU ARE READING
Misi Penyamaran Cinta❤
AcakKontroversi yang melanda Syarikat milik keluarga Tan Sri Emran telah menyebabkan jutawan tersohor itu memberi tanggungjawab kepada anaknya bagi menyelesaikan masalah tersebut. "Ayah nak kamu ubah penampilan kamu dari hujung rambut hinggalah ke huju...