Tan Sri Emran melipat surat khabar miliknya lalu diletakkan di sampingnya.Kopi yang ada di atas meja dituang perlahan ke dalam gelas kaca berbunga biru.
Tv LCD bersaiz wayang yang terpasang dengan filem2 English itu ditutup cermat.
Dihirup perlahan kopi panas itu.Puan Sri Rossa masuk ke dalam rumah setelah selesai membaja dan menyiram bunga2 nya dihalaman rehat rumah mereka.
Tersenyum dia..
"Abang.." tegur Puan Sri Rossa.Tan Sri Emran membalas pandangannya.Kemudian tangan isterinya diambil lalu digenggam erat sebelum meminta wanita itu duduk bersebelahan dengannya.
Rasa kasihnya terhadap wanita ini takkan pernah padam sampai dia mati..Dia sayangkan isteri dan anak2nya melebihi diri sendiri.
"Hemm.kenapa?dah siap dah baja bunga kat laman rehat tu?".Soal Tan Sri Emran.Puan Sri Rossa menganguk perlahan.Mata kelabu milik suaminya yang berdarah Belanda itu dipandang lembut.
Kerana mata itulah.dia jatuh hati dengan lelaki ini.Ahaks..
"Tak nak kopi?abang tuangkan kalau nak".kepala Puan Sri Rossa yang bertudung diusap2.Ibu zarul itu melentokkan kepalanya dibahu suaminya.
"Tak nak lah bang.".Matanya setia melihat tv yang dah terpadam.
Ruangan vila kediaman milik mereka itu sangat besar.Menempatkan banyak puluhan bilik kosong.Suaminya kata rumah itu sebagai tanda sayangnya terhadap isteri dan anak2.
Terdapat tiga tingkat dalam vila itu.Tingkat kedua menempatkan beberapa buah bilik disertakan gym.Ruangan rehat.Ruangan bacaan,solat,bilik mesyuarat dan pantri kecil serta beberapa tandas.
Tingkat akhir.Menempatkan beberapa bilik,pantri kecil,tandas,panggung wayang,kolam mandi,dan beberpa ruang kosong.
Puan Sri Rossa mengeluh perlahan.Rumah besar.Tapi anaknya seorang pun tidak tinggal di rumah.
Keluhan itu terdengar oleh Tan Sri Emran.
"Kenapa ne Yang?fikirkan apa?boleh abang tahu tak?".lembut dia berkata.Disapa lembut mata isterinya itu.
Puan Sri Rossa mengeleng perlahan.
"Kalau takde.Kenapa mengeluh tadi.Macam ada masalah berat aja".
Puan Sri Rossan diam membungkam.Perlukah dia memberitahu suaminya.
"Saya cuma rindukan Zarul."Akuinya.Memang betul dia rindukan anaknya itu.Rindu sangat.
"Oooh pasal Zarul.Hemm..Kalau rindu dia.Call lah.".pujuk Tan Sri Emran.
"Saya dah cuba call.Tapi tak berjawab.Dah berapa hari dah bang saya cuba.Entah apa yang jadi kat dia di tempat tu.Makankah dia.Selesa kah dia tinggal kat rumah tu.Tak sakitkah dia.Saya risau sangat".keruh sahaja muka Puan Sri Rossa.Tangannya digenggam erat.
"Tak payah fikir yang bukan2 Rossa.Kamu bukan tak tahu Zarul tu macam mana.Bila dia dah fokus dengan kerja dia.Orang sekitar pun dia tak peduli.Jangan lah risau.Saya yakin dia tak apa2.Lagipun Zarul tu tak sama macam anak kita yang seorang tu.Dari kecil dah pandai berdikari.Selesaikan masalah sendiri.Abang bangga sangat kat dia.Setahu abang.projek baru kat Selangor tu dah bermula.Itu hasil kejayaan dia yang tak henti2 berusaha memujuk orang kg kat sana tuk terima projek kita tu.Syarikat ZFY Holding pula dah dapat notis amaran dari pihak atasan.Apa2 campur tangan mereka terhadap projek kita tu takkan diluluskan oleh pihak tersebut.Kamu jangan risau.sikit masa lagi.Dia baliklah".dengan panjang lebar Tan Sri Emran menerangkan kepada isterinya.
Mendengar kenyataan itu dari mulut suaminya.Dia berasa sangat lega.Dan bangga..Anaknya itu memang boleh diharap.
Padan muka ZFY Holdings.tu ar Suka main kotor.
YOU ARE READING
Misi Penyamaran Cinta❤
AléatoireKontroversi yang melanda Syarikat milik keluarga Tan Sri Emran telah menyebabkan jutawan tersohor itu memberi tanggungjawab kepada anaknya bagi menyelesaikan masalah tersebut. "Ayah nak kamu ubah penampilan kamu dari hujung rambut hinggalah ke huju...