❝ Your heart will fix itself ,
it's your mind you need to worry about❞•• ━━━━━ •••• ━━━━━ ••
Mata Bongsuk membulat ketika Rain memarkirkan kereta itu. Dia terus melulu ke arah gadis itu.
"Noona, ada belaku excident ke tadi?" Bongsuk cemas memikirkan hal yang satu itu. Rain mula rimas. Baru saja dia mahu memaki hamun, kelihatan para wartawan mula menghalakan lensa kamera ke arahnya. Jadi dia bersikap biasa dengan mempamerkan senyuman palsunya.
"Uruskan hal ni." bisiknya lalu memberikan kunci keretanya pada Bongsuk agar menutupi bahagian kereta yang tercalar itu. Dia berjalan ke arah Kim Yura dihujung sana.
Sebaik tiba di situ juga, para wartawan mula bertanyakan soalan-soalan yang membuatkan Rain muak.
"Apakah perasaan cik Rain apabila president Kim Henri menjadi bakal ayah tiri?"
"Seberapa dekat hubungan Cik Rain dengan president Kim Henri?"
"Adakah selepas ini Cik Rain akan berpindah untuk tinggal bersama President Kim di Guam?"
"Ayah kandung Cik Rain turut hadir ke majlis ini atau tidak?"
Rain membuka kaca mata hitamnya dan berhenti berjalan mendengarkan soalan terakhir itu. Hatinya sakit. Dia mahu membalas segala soalan itu dengan kata-kata pedas namun, Kim Yura terlebih dahulu menghalang.
"Maaf, tiada soalan yang boleh diajukan buat masa sekarang." tegasnya dan menarik Rain pergi. Meskipun Rain memaksa tidak mahu. Mereka tidak terus melangkah ke dewan, tapi ke bilik privasi. Kim Yura tahu Rain sedang dalam keadaan tidak baik. Jadi lebih baik dirinya ditenangkan terlebih dahulu.
"Kenapa kau menghalang? Aku boleh jawab soalan mereka. Aku boleh katakan sejauh mana hubungan Kim Henri dengan omma. Aku boleh katakan bagaimana keadaan appa, dan apa yang membuatkan mereka terpisah!" bentak Rain dengan kasar.
"Jadi, menurut kau tu semua boleh memuaskan mereka? Mereka akan berhenti bertanya akan semua itu setelah kau berterus terang?" kali ini Kim Yura pula yang meninggikan suara.
Rain tidak menjawab melainkan dia meraup rambutnya dan mengeluh. Kim Yura benar. Tiada apa yang mampu memuaskan hati para wartawan. Mereka akan tetap mengejar dan memutar belitkan setiap fakta yang diluahkan.
Mana mungkin para wartawan memburukkan seorang president meskipun dia sangat mengenali lelaki itu.
Mendekati ibunya hanya kerana dia menolak untuk jadi kekasih gelapnya.
Ya, itulah lelaki tak guna yang disanjung orang-orang.
"Bawa bertenang. Aku tahu kau jauh lebih bijak untuk mengendalikan perasaan marah." pujuk Kim Yura lalu memeluknya. Entah kenapa Rain berasa sedikit tenang setiap kali Kim Yura memeluk dan memujuknya. Dia mengharapkan Kim Yura memahami dirinya lebih dari ini. Berhenti menjadi seperti lembu yang dicucuk hidungnya dengan mengikut setiap arahan ibunya. Andai saja semua itu terjadi, mungkin dia tidak akan rasa terasing seperti ini.
"Bagi balik rokok aku, please." minta Rain sebaik saja pelukkan itu dileraikan.
"Tak boleh Rain. Kau akan menghadiri majlis sekejap lagi." bantah Kim Yura.
"Kalau begitu, aku nak balik." Rain seakan mengancam. Kim Yura memandangnya serius dan kedua bahu Rain dipegang.
"Aku berjanji, selepas majlis ini selesai, kau akan dapatkan kebebasan untuk malam ini." Janji Kim Yura. Dia yakin Rain pasti tidak akan menolak kelonggaran yang diberikannya itu.
YOU ARE READING
[C] Rain | BTS
Fanfiction❝ if it makes you feel broken in any way, You need to end it before it end you❞ copyright® 2018 by Miss Frogyy