20 : Shower Rain

275 3 1
                                    

Girl, I can't explain, Cause this feeling is hard to find

•• ━━━━━ •••• ━━━━━ ••

Entah dari mana munculnya tangan lain itu, membuatkan pegangan di tangan Taehyung terus dilepaskan. Rain memandang ke arah lelaki yang sedang memegangnya.

"Ryu, pengurus Kim 一 aku tak tahu, tak一 aku tak bermaksud untuk katakannya." ucapan Rain sudah tidak tahu untuk menjelaskan kerana menahan kegelisahan.

Lantas, tubuhnya diraih ke dalam pelukkan.

"Shhh.. calm down okey." Ryu tidak tahu situasi apakah yang sedang berlaku namun dia hanya mahu menenangkan gadisnya ini.

Melihat pada pelukkan kemas itu membuatkan Taehyung terdiam di situ. Situasi yang mengharuskan dia pergi kerana Rain lebih memerlukan lelaki itu berbanding dirinya.

Dean Ryu menenangkan Rainna dan minta agar Rain tetap di situ kerana pengambaran masih lagi berjalan.

"Bertahan untuk satu scene sahaja lagi kemudian kita akan cari Pengurus Kim dan pujuk dia ya?" lemah lembut saja Ryu memujuk membuatkan Rain mengangguk setuju.

Lelaki ini bahkan langsung tidak menunjukkan kebenciannya pada Kim Yura setelah apa yang telah berlaku. Sungguh, dia sangat mengagumi sikap Ryu dan beruntung memilikinya.

Rain menaip sesuatu di aplikasi line, dan mengirimkan kepada pengurus Kim.

Selesai saja scene terakhir, Rain meminta telefonnya dari Bongsuk untuk melihat pesanan yang dikirimkan kepada Kim Yura itu berbalas atau tidak. Seperti yang dia duga, wanita itu bahkan langsung tidak online sama sekali.

Terus tangannya mendail nombor Kim Yura dan tidak dapat dihubungi juga.

"Tch! Bongsuk.. kau ada nampak Ryu? Kemana dia pergi?" Rain bertanya pada pembantunya dan meliarkan pandangan mencari lelaki itu yang padahal sudah berjanji untuk membantunya tadi.

"Entahlah, dia terus menghilang masa Noona tengah shooting tadi." Beritahu Bongsuk yang turut bingung.

Rain menghubunginya, dan mujur saja masih boleh dihubungi.

"Kat mana? Tadi cakap nak tolong aku cari pengurus Kim." Rain terus bertanya itu sebaik saja panggilannya diangkat.

Namun, berita lain pula yang diterimanya membuatkan hatinya terhenyak. Ryu memberitahu jika dia sudah menemukan Kim Yura dan memujuknya. Tapi, wanita itu malah naik hantu dan memukulnya.

Tanpa berfikir banyak, dia terus meminta lokasinya. Langkahnya kembali pada Taehyung semula. Kali ini dia harus meminta pertolongan lelaki itu juga.

Sebaik saja dia tiba di tempat itu, ternyata apa yang dikatakan Dean Ryu itu benar. Kereta Kim Yura, terlihat tersadai di depan bilik hotel itu.

Dan bila dia menemukan Ryu, lelaki itu sudah parah tidak sedarkan diri. Terlihat pengurus Kim juga masih memegang alat pemukul itu ditangannya dan sungguh terkejut melihat Rainna dan Taehyung di situ.

"Kau一 Apa yang kau dah lakukan ni, pengurus Kim?" Rain terkedu memandang wanita itu yang terlihat sungguh teruk. Wajahnya berpeluh dan berdarah di dahinya, tangannya berdarah juga, dan dia menangis terhenjut-henjut.

"Aku tak lakukan apa-apa Rain. Percayalah, lelaki ini一hanya memperbodohkan kau." Wanita itu masih cuba untuk membela dirinya namun Rainna menggeleng lemah dalam tangisannya.

"Tapi kau bertindak memukul dia?" Hanya itu saja yang ingin dia tahu untuk saat ini. Dia tidak mahu mendengar alasan kerana Ryu sudah tidak sedarkan diri untuk membela dirinya sendiri.

[C] Rain | BTS Where stories live. Discover now