❝ Just gonna stand there and watch me burn.
Well that's alright because I like the way it hurt ❞•• ━━━━━ •••• ━━━━━ ••
Yes!
Jungkook mendesis gembira saat memenangkan permainan game di telefonnya. Namun, kegembiraan itu tidak lama kerana dia belum melihat Rain di situ. Hari sudah hampir gelap sedangkan mereka berjanji sejak jam 5 petang tadi.
Minumannya juga sudah tinggal ais. Bererti dia sudah lama menunggu di situ tanpa menyedarinya oleh kerana terlalu fokus bermain.
Aplikasi Line itu dibuka semula, dan pesanan terakhir yang diterimanya dari Rain sekitar tiga jam yang lalu. Jungkook mendesis.
on my way konon, kau dari planet pluto ke sampai masa ni pun belum muncul? Bebel Jungkook lalu mendail nombor itu dan yang masuknya hanya mailbox.
'Tch, dia ni betul-betul menguji kesabaran aku!' getus Jungkook lalu menaipkan sesuatu di pesanan itu. Meskipun tanpa balasan, baginya selesai. Lagipula ini adalah yang terakhir kali dan bukan dia yang memungkiri janji.
Dia keluar dari tempat itu dengan seribu kesalan.
❇️❇️❇️
Rain membuka matanya sedikit kerana kepalanya terasa pening. Meskipun dalam keadaan mamai. Telinganya masih dapat menangkap perbualan seseorang di talian. Rain cuba membuka sedikit matanya untuk mengintai apa yang sedang berlaku.
Kim Henri!
Rain menyumpah dalam hatinya saat mengingati kejadian tadi. Anak buah Kim Henri mengumpannya. Dia diberitahu bahawa mamanya sakit. Sebaik tiba di kereta, mulutnya ditekap dengan kain sehinggalah dia tidak sedarkan diri.
"Dia masih tak sedarkan diri, tuan. Baik, tuan." Pemandu itu mengerling sekilas dari cermin pandang belakang. Rain sudah boleh mengagak siapa di talian.Untuk seketika, dia merasakan telefonnya bergetar.
Jungkook!
Itu mesti Jungkook memandangkan mereka sudah berjanji untuk berjumpa. Rain cuba mencari cara untuk mengangkat panggilan itu. Dengan berhati-hati, dia menarik keluar telefon itu dari poketnya dalam masa yang sama matanya turut melihat papan tanda jalan. Namun, bodohnya dia langsung tidak tahu di mana lokasi dia berada sekarang.
Iyalah, selama ini hanya Bongsuk yang membawanya kemana-mana dan meskipun dia memandu, dia hanya tahu sambil melihat waze. Disebabkan itu jugalah banyak berlakunya kemalangan oleh kerana kecerobohannya. Rain mengutuk dirinya.
Rain melihat satu pesanan dari Jungkook. Rain tidak membacanya sama sekali, terus menaip balasan dan menghantar sekeping video.
Sebaik itu juga, lelaki itu menghubunginya.'Aish!' Rain mendengus geram. Pasti Jungkook tidak memahami isi pesanan yang disampaikan. Perlukah dia melibatkan Kim Yura?
Rain mula mengira untuk menekan speed dail ke nombor pengurusnya, namun tindakkan itu tertangkap. Telefon itu direbut dengan kasar. Panggilan Jungkook terus dimatikan.
"Aish! Kau tidurkan dia balik!" Arah lelaki yang sedang memandu itu. Rain cuba mengelak namun, apalah tenaganya untuk melawan tenaga lelaki bertubuh tegap itu. Akhirnya, dia dimatikan sekali lagi.
"Jungkook" bisiknya untuk kali terakhir kali. Hanya itu saja harapannya.
JUNGKOOK mengutuk sekali lagi apabila panggilannya dimatikan. Telefonnya dimasukkan ke poket seluar. Malas untuk ambil tahu. Langkahnya diatur ke kereta kerana sekejap lagi dia ada latihan di studio.
YOU ARE READING
[C] Rain | BTS
Fanfiction❝ if it makes you feel broken in any way, You need to end it before it end you❞ copyright® 2018 by Miss Frogyy