❝ After knowing how much it'll hurt, will you decide to stay?❞
•• ━━━━━ •••• ━━━━━ ••
"O-oh, Mianhe," Park Jimin mengucapi maafnya ketika bertembung secara tidak sengaja dengan orang yang tiba-tiba muncul di depannya. (Maaf)
Wanita itu mengganguk saja dan segera pergi.
"Itu bukankah... isteri president Kim? Ibunya Yoon Rainna?" Park Jimin seakan mengenalinya sebaik saja wanita itu sudah jauh meninggalkan tempat itu.
Jungkook terus mengangkat wajahnya untuk melihat, namun jejaknya sudah menghilang. Entah kenapa juga hati kecilnya ketika ini memikirkan tentang Rainna. Pantas dia menggeleng untuk menidakkan fikirannya.
"Kau nak kemana tu?" Park Jimin menoleh ke arahnya apabila langkahnya berbalik ke arah lain.
"Ambil angin." Jawab Jungkook lalu melangkah ke tangga. Saat itu juga matanya membulat. Gadis yang sedang berdiri di atas tempat itu seakan tidak asing.
"Yoon Rainna?" Bisiknya dan melihat tingkah gadis itu dari tempatnya berdiri.
Rainna sedang menekup wajahnya dan menangis tersedu sedan. Ianya tidak lama sehinggalah, kakinya memanjat tiang itu. Jungkook terkedu.
Apa yang sedang dilakukannya?!
"Yah!!" Jeritnya lalu mengapai tangan Rain yang sudah melepaskan pegangannya. Dia berusaha sekuat tenaganya untuk menarik gadis itu naik ke atas semula.
Seakan baru sedar dari mimpi, Rainna turut berusaha untuk naik semula. Mujur sajalah, Jungkook berjaya menarik Rain naik semula. Nafasnya masih tercungap lelah begitu juga dengam gadis itu.
Air matanya tiada hentinya mengalir dan dia langsung tidak mahu menatap wajah Jungkook. Tangannya berasa terketar-ketar dan apa yang berlaku beberapa saat tadi sungguh menakutkan.
Dia benar-benar menyangka dia akan mati namun, ketika tangannya ditarik tadi ternyata dia langsung tidak bersedia untuk mati. Lelaki ini menyelamatkan dia untuk kali keduanya. Sekilas dia memandang ke arah Jungkook yang terbaring di situ mencari nafasnya.
"Apa yang kau buat tadi? Kau gila ke?!" marah Jungkook sebaik saja keadaan kembali reda. Gadis itu masih menundukkan wajahnya dan tubuhnya masih terketar dalam tangisan.
Jungkook merasa bersalah. Sepatutnya dia tidak meninggikan suaranya tadi.
"Yah.. noe gwenchana?"
Gadis itu masih di posisi yang sama. Entah apa itu, namun ianya amat membimbangkan hati Jungkook. Dia melihat kiri kanannya mengharapkan ada orang yang akan muncul untuk membantunya menangangi hal ini. Namun, tiada sesiapa yang akan muncul kerana dia mendengar suara muzik itu lagi. Konsert masih berlangsung.
"Kau tunggu kat sini, aku panggilkan pengurus Kim." Jungkook bingkas bangun namun kakinya ditahan.
Rainna menggeleng tidak mahu Jungkook mengatakannya. Jungkook menunduk semula.
"Ja一jangan. Aku mohon... jangan." Sungguh gugup untuk bersuara, namun Rain teruskan saja agar Jungkook mendengarkannya. Pandangannya terarah ke bawah semula ketika lelaki itu memandangnya lama.
Situasi ini adalah hal paling buruk dialaminya dan ianya berlaku lagi dihadapan Jungkook. Kenapa lelaki itu sentiasa melihat sisi buruknya?
Entah kenapa, air matanya berjurai lagi namun dia menahan suaranya. Saat itu juga dia merasakan jaket yang dipakai Jungkook beralih ke tubuhnya.
YOU ARE READING
[C] Rain | BTS
Hayran Kurgu❝ if it makes you feel broken in any way, You need to end it before it end you❞ copyright® 2018 by Miss Frogyy