❝ Somewhere in between our talks
I felt in love with you ❞•• ━━━━━ •••• ━━━━━ ••
Rain membuka matanya. Dia mengamati ruangan itu. Tempatnya begitu usang. Jangan-jangan dia ditangkap oleh Henri semula?
Rain cuba untuk bangun, dan itu membuatkan tubuhnya semakin sakit.
"Argh." Aduhnya saat melihat luka yang berbalut di sebelah bahunya.
"Janganlah banyak bergerak." Suara itu mengejutkan Rain.
"Jungkook?" Rain masih tertanya mengapa lelaki itu berada di situ. Bagaimana Jungkook boleh menyelamatkannya.
Bila nama Bongsuk menjadi alasan, Rain hanya mampu tersenyum kecil. Pembantunya itu akan lakukan apa saja untuk maruahnya. Kalau ikutkan hati, dia memang mahu membunuh Henri di situ. Namun, sama seperti Bongsuk, demi ibunya, dia harus mencari jalan lain.
"Kita di mana sekarang ni?" Rain masih melihat sekeliling dan dia masih mendengar deruan ombak laut. Bererti mereka masih berada di pulau itu.
Jungkook menyelak sedikit kain langsir jendela itu dan melihat keluar. Kedengaran bunyi burung laut.
"Perkampungan nelayan. Bongsuk minta aku minta perawatan di sini. Mereka masih cuba menjejaki kau, jadi bahaya untuk pergi ke jeti dengan keadaan kau tu." Jelas Jungkook dan memandang sekilas ke arahnya.
Rain hanya mengganguk mengerti. "Tapi siapa mereka tu? Kenapa kau nekad terjun? Tahu tak kalau aku tak nampak kau masa tu, kau dah lama mati?" Jungkook membebel geram.
Rain melihatnya dengan senyuman. Bagaimana sisi Jungkook yang ini dia sorokkan dari sikap angkuhnya itu.
"Tch. Dasar gila. Yah! I'm talking to you." Jungkook bengang dan itu membuatkan dia terlihat lebih manis.
Kalau tidak kerana rantai itu, pasti Jungkook tidak akan ada apa-apa kaitan dengannya lagi. Oh ya rantai.
Rain meraba itu di lehernya. Tiada apa. Jangan cakap itu terlucut ketika bergelut dengan Henri. Rain panik untuk memikirkannya.
Melihat pada perubahan raut wajah Rain, mengerutkan dahi Jungkook. Sikap wanita itu sukar diduga. Dia mendengus geram. Sebaik itu juga, seorang mak cik masuk ke ruangan itu. Melihat Rain yang sudah bangun membuatkan dia tersenyum.
"Isteri kamu dah sedar ya? Patutlah, tak keluar." ucapnya.
Rain menjengilkan mata pada Jungkook. Lelaki itu hanya menjongket bahu. Rain menarik senyuman. Pasti Jungkook membuat pembohongan.
Jungkook memberitahunya jika mak cik Halen inilah yang membantunya memberikan rawatan dan tempat rehat.
"Terima kasih, ahjuhma." Rain mengucapkan terima kasih pada wanita separuh abad itu. Mak cik Halen mengganguk dalam senyuman dan memandang Jungkook.
"Jungkook sangat risau sewaktu bawa kamu ke sini. Sekarang, kamu dah semakin membaik itu berkatnya. Mak cik hanya tolong apa yang termampu." beritahunya lagi.
Rain memandang Jungkook dengam senyumannya.
"Ya, suami saya sangat menyayangi saya. I'm so blessed." ucapan Rain membuatkan Jungkook terus memalingkan wajahnya ke sisi. Mukanya sudah merah semacam. Rain berasa lucu melihat tingkahnya begitu juga dengan mak cik Helen.
Mak cik Helen meminta diri untuk membuatkan sarapan dan meminta Jungkook memberikan rawatan pada Rain memandangkan ubat daun herbal itu perlu digantikan dengan yang baru jika sudah semalaman.
YOU ARE READING
[C] Rain | BTS
Fanfiction❝ if it makes you feel broken in any way, You need to end it before it end you❞ copyright® 2018 by Miss Frogyy