14 : Bad Liar

218 3 1
                                    

❝ I don't know why I'm afraid of losing something I never had ❞

•• ━━━━━ •••• ━━━━━ ••

Jungkook memusingkan tubuhnya, namun seakan merasakan kehadiran seseorang di situ membuatkan dia terus membuka mata. Alangkah terkejutnya, dia melihat Taehyung di atas kerusinya sedang memandangnya tajam sambil berpeluk tubuh.

"Ah, kau ni memang tak ada kerja ke?!" Dia bangun perlahan dan mengurut dadanya.

"Apa sebenarnya hubungan kau dengan Rainna?" tanya Taehyung tanpa basa basi lagi.

Jungkook tercenggang. Hanya kerana itu menyebabkan kemunculannya bagaikan psychopath di biliknya ketika ini?

Wahh.. cukup gila si Taehyung ini.

"Tiada apa yang serius pun. Janganlah risau." Dia membalas tenang dan bangun dari tempat tidurnya.

"Tidak serius sehingga dia mahu melakukan blow job一" Taehyung  tidak boleh diteruskan kerana mulutnya sudah ditekap lelaki itu. Pantas dia menepis tangan Jungkook.

"Kau gila? Kau mahu mereka semua dengar?" Ujar Jungkook separuh berbisik kerana pintu biliknya masih terbuka luas.

Taehyung terus menolak tangan itu dan mengeluh.

"Ya. Aku nak mereka semua dengar dan tahu bahawa Jungkook yang sekarang ni dah jadi lelaki tak guna." Balas Taehyung lagi.

Jungkook terus terdiam. Bagaimana seorang gadis yang masuk ke kehidupannya sekaligus menjadikan dirinya seperti yang dikatakan Taehyung. Sangat menyakitkan.

"Jungkook.. aku tak bermaksud.."

"Ya, aku tahu. Aku jahat telah memperlakukan Rain begitu. Tapi percayalah, itu diluar kewarasanku." Jungkook terus memotong percakapan Taehyung yang merasa bersalah.

"Aku akan menjauhinya, dan melupakannya. Percayalah." Jungkook berjanji dengan bersungguh-sungguh. Hal yang membuatkan Taehyung berasa tenang.

Lagipula sebentar lagi, dia akan punya urusan dengan gadis itu dan dia tidak mahu hal remeh ini mempengaruhinya.

Jungkook berharap semudah perucapannya pada Taehyung untuk melupakan Rainna. Tapi nyatanya, tidak.

Sejak dari sedarnya dia pagi tadi, kelakuan Rain masih saja bermain difikiran. Hal yang membuatnya bertambah kacau juga kerana Jimin yang tidak ada habisnya mengusik.

"Bagaimana, sedap rasanya?" Park Jimin masih berusaha bertanya meskipun sedari tadi pertanyaannya langsung tidak dijawabkan oleh Jungkook. Dia hanya tertanya-tanya saja, apakah Jungkook akan melupakan semuanya semudah itu.

Berbeza dengan Taehyung, si Jimin ini mengharapkan agar Jungkook teruskan saja apa yang sudah berlaku. Baginya itu adalah satu keberuntungan yang nyata.

Yoon Rainna itu, indah dan nikmat.

"Aku akan melupakan dia, hyung." Jungkook masih keras mempertahankan kata-katanya.

Park Jimin mendengus geram.

"Mudah putus asa kau ni. Apa, kau tidak yakin dengan diri? Hei, wanita itu hanya perlu dimanjakan. Kau memiliki aset yang tak kalah hebatnya. Mantap semuanya." Jimin menepuk bahu dan mengurut lengan sasa Jungkook membuatkan lelaki itu terus berpaling bengang.

"Okeylah fine. Lupakan dia jadi aku akan pastikan, dia dijadikan milikku. Jangan kau menyesal melihatnya." Ugut Jimin.

dia dijadikan milikku,

[C] Rain | BTS Where stories live. Discover now