❝ You've made it this far,
you'll make it ahead❞•• ━━━━━ •••• ━━━━━ ••
Rain membuka kelopak matanya. Rasa sungguh berat sekali. Namun, bunyi bell itu akan terus berdering jika pintunya tidak dibuka. Dengan malasnya dia membuang comforter ke tepi dan bangun.
Dia membuka pintu itu tanpa melihat ke belakang dan biarkan orangnya masuk.
"Kau memang suka mencari masalah, Yoon Rainna." Seperti biasa, pengurus Kim sememangnya tahu bagaimana untuk membuat harinya dibebankan dengan bebelan yang tak berkesudahan.
Rain hanya mendengus dan mendekati peti ais. Tekaknya memerlukan mineral untuk mengurangkan rasa pening.
Tidak lama selepas itu, dia mendengarkan pembantunya pula dimarahi oleh Kim Yura. Rain hanya membatu di tepi peti ais dan buat seolah-olah ianya tiada kena mengena dengannya. Tapi, semakin lama dia rasa semakin muak.
"Kim Yura sshi, calm down please." Rain mendekat dan mengambil alih posisi Bongsuk. Kesian juga dia melihat keadaan Bongsuk yang juga kepenatan. Seraya itu juga dia mengambil spek mata Bongsuk di lantai itu dan pakaikan.
Tapi sayangnya, spek itu telah pecah bingkainya.
"Eoh? Dah berlubang sebelah." dia membuka semula dan tergelak.
"Jangan risau Bongsuk 一yaa. Nanti Noona belikan yang baru." Rain menepuk bahu Bongsuk yang hanya menundukkan wajahnya dari tadi. Selagi pengurus Kim berdiri di depannya, begitulah posisi Bongsuk.
Kim Yura masih menantap Rain dengan tajam. Segala kata-katanya memang selalu diendahkan. Dia mengarahkan Bongsuk untuk pulang.
"Jadi begini kau minta aku supaya bertenang?" Kim Yura menunjukkan visual dirinya dalam ipad yang dibawa. Tentu saja visual itu akan tersebar dengan cepat. Mana ada orang tidak suka dengan gosip murahan.
"Tenang sajalah, nanti tak lama lagi orang juga akan lupa. Lagipun muka aku tidak jelas di situ, buat apa nak risau?" Rain masih cuba bersikap tenang meskpun dia tahu hal seperti itu memang akan hilang namum reputasinya pasti memburuk.
"Ya, memang tidak jelas di situ. Tapi kau sudah memalukan diri kau sendiri di depan idol lain yang melihat kelakuan kau." penjelasan Kim Yura langsung tidak mengingatkan Rain pada kejadian itu. Di depan idol lain? Depan siapa?
" Seberapa banyak kau minum semalam?" Pertanyaan Kim Yura tidak terjawab.
"Atau jangan-jangan, kelakuan kau semalam bukan disebabkan akohol?" Kim Yura seakan menangkap sesuatu. Rain menelan air liurnya. Rasanya tiada. Tatapan Kim yura membuatkan dia tidak berani menidakkan.
"Aku hanya ambil dua biji pil 一"
Zapp, bahunya dicengkam kemas.
"Kau dah gila ke Yoon Rainna? Bukankah aku sudah melarang keras kau menyentuh benda tu lagi? Apa kau lupa apa yang telah berlaku pada diri kau sebelum ni? Kau masih tak serik?" seperti kerasukkan, Kim Yura memarahinya.
Rain langsung menepis tangan itu. Dia tahu Kim Yura berhak marah, tapi Kim Yura juga harus tahu keadaan dirinya.
"Aku hanya mahu menenangkan diri! Kau tahu betapa hariku begitu hancur semalam? Kau melihat bagaimana keadaanku harus menangung segala kesakitan melihat pernikahan mereka?! Kau fikir semudah itu aku boleh lupakan?!" suara Rain turut meninggi dan air matanya juga sudah jatuh bercucuran.
"Aku faham Rainna. Malah lebih dari faham. Tapi bukan begini caranya. Jika kau melakukan tindakkan seperti ini, dia akan gembira melihat reputasimu jatuh. Sekaligus, dia berjaya menghancurkan hidupmu kerana telah menolaknya." suara Kim Yura kali ini sudah mendatar dan dia memandang Rain bukan lagi dengan kemarahan tapi dengan rasa belas kasihan.
YOU ARE READING
[C] Rain | BTS
Fanfiction❝ if it makes you feel broken in any way, You need to end it before it end you❞ copyright® 2018 by Miss Frogyy