❝ I love you more than I imagined possible❞
•• ━━━━━ •••• ━━━━━ ••
Rain tersenyum puas. Melihat betapa terkedunya wajah Kim Yura tadi membuatkan dia merasa menang. Jika dengan Ryu, tidak melunturkan kemarahannya tapi wanita itu sangat peduli bila dengan Taehyung.
"Sungguh, aku minta maaf atas kelancangan diri aku tadi." Rain memandang orang di sebelahnya ini yang sedari tadi hanya membisu. Padahal mereka berdua sudah keluar dari tempat itu dan menikmati permandangan indah di hadapannya ini.
Mungkin Taehyung terkejut menerima kelakuan luar biasanya tadi.
Taehyung tiba-tiba tersenyum sendiri dan memandangnya.
"Kelakuan kau itu gila. Tapi, aku suka. Luar biasa gilanya.." Taehyung memandangnya dengan senyuman nakalnya. Rain turut tersenyum. Mujurlah, lelaki ini tidak begitu mengambil serius tentangnya.
"Terima kasih, Taehyung." ucap Rainna lega. Taehyung mengganguk dan menarik tangannya. Memandang tepat ke dalam wajahnya dengan senyuman paling manis.
"From now on, I wanna do whatever you wanna do, Used me, I don't mind."
Jantung Rain rasa mahu meletus. Ucapan dia dengan nada suaranya itu jadi sungguh menggoda romantis. Rain rasa seperti dipukau oleh lelaki berwajah tampan ini.
Tidak tampan, tapi sempurna.
Ya, apa yang dimiliki seorang Kim Taehyung ini sempurna dari atas hingga kakinya. Jika tidak, mana mungkin dia akan digandingkan bersama.
'Used me, I don't mind'
WHAT?!
Ada orang yang mahu dipergunakan dengan rela. Jika dia gila, lelaki ini lebih dari gila. Getaran telefon ditangannya menyedarkan situasinya.
Rain terus menarik tangannya dari Taehyung dan mengangkat panggilan itu.
"Aku tahu kau nak balas balik perbuatan aku tapi tolong jangan melibatkan Taehyung. Balik sekarang," Entah itu satu ugutan atau pujukkan, Rain terus mematikan panggilannya.
Pandangannya beralih pada lelaki ini semula. "Kau serius kan Taehyung? Kau tak peduli kalau aku akan mempergunakan kau untuk banyak hal nantinya." Rain merasakan dia perlu memanfaatkan keinginan Taehyung. Lelaki itu mengganguk dengan wajah mahunya.
"Okey, deal. Tapi kau minta balasannya apa?" Rain yakin tiada seorang pun yang mahu lakukan hal gila seperti itu tanpa mengharapkan sesuatu.
Kim Taehyung menepuk bangku disisinya agar Rain kembali ke situ.
Gadis itu hanya menurut sehinggalah tangan Taehyung menyelipkan rambut Rainna ke tepi telinga. Wajahnya masih memandang Rainna dengan senyuman manisnya."Aku juga mahu mempergunakan diri kau. Semahuku."
Rain terkedu tanpa kata. Ternyata dia dan Taehyung ini memang sesuai digandingkan bersama. Gilanya tidak jauh beza.
Sepertimana yang Taehyung lakukan, Rain turut mengusap wajahnya dengan senyuman sinisnya.
"Taehyung shii.. kau ni sungguh tampan dan bijak. I love it. Used me as much you want, it's like win-win situation right?"
Pulang saja ke apartment, Kim Yura sudah menunggunya di ruang tengah itu. Pandangan yang dilemparkan, jelas mahu menelannya di situ.
"Puas hati sekarang?" Tanya Kim Yura sebelum kakinya sempat melangkah ke bilik. Automatik, dia kembali mendekati wanita itu.
YOU ARE READING
[C] Rain | BTS
Fanfiction❝ if it makes you feel broken in any way, You need to end it before it end you❞ copyright® 2018 by Miss Frogyy