16 : Taste

295 3 0
                                    

❝ I can't stop loving you. just kill me instead.❞

•• ━━━━━ •••• ━━━━━ ••

Jungkook langsung tidak menduga menerima panggilan dari Kim Yura pada jam 3 pagi. Dia memang masih belum tidur kerana begitu fokus bermain game.

"Tolong kau awasi perlakuannya. Aku bimbang jika dia akan bertindak bodoh lagi. Kunci apartment aku tinggalkan di luar. Kau masuk saja." Kim Yura bukan bertanya samaada dia boleh membantunya atau tidak sebaliknya terus memberikan arahan.

Jungkook memandang pintu apartment Rain dan itu membuatkan dia mengingati kata-katanya pada Taehyung.

"Aku akan menjauhinya, melupakan dia."

Dia mengeluh lemah sebelum mengambil kunci dan membuka pintu itu. Tiada gunanya melarikan diri darinya, kerana takdir seakan mengikatnya untuk jadi malaikat pelindung gadis ini.

Ketika masuk ke ruangan itu, ianya gelap gelita melainkan ruang tamu itu. Cerah kerana cahaya television yang dipasang.

Tch. Gadis itu bahkan baik-baik saja menonton. Pengurusnya saja yang memikirkan hal yang bukan-bukan.

Jungkook makin mendekati, dan melihatnya ia bukanlah rancangan tv atau movie. Melainkan, video rakaman diri Rain bersama seorang lelaki.

Dean Ryu?

Jungkook mengenali wajahnya agak terkejut kerana hubungan mereka terlihat sungguh dekat. Bahkan sangat dekat sehingga lelaki itu boleh menyentuh tempat peribadi gadis itu sesuka hati. Hal yang membuatkan ada sesuatu yang tajam menusuk hatinya. Entah kenapa.

Rain mengambil botol cola di hadapannya dan meneguknya. Hampir separuh botol. Jungkook tidak menyangka Rainna memiliki kesamaan dengan Taehyung yang mengemari minuman itu.

Seakan merasa diri diperhatikan, Rain menoleh ke belakangnya, matanya membulat melihat Jungkook di situ sehingga hampir tersedak minuman itu.

Jungkook terus mendekat dan menggosok belakang tubuhnya. Cola di tangan Rain, diambil dan diletakkan ke atas meja. Tapi apa yang dilihatnya dimeja itu membuatkan hatinya bertanya, lelaki itu kekasihnya atau tidak.

"Bagaimana kau一uhuk!" Rain masih berasa sakit tekaknya untuk teruskan pertanyaannya.

"Pengurus kau minta aku ke sini melihat keadaan kau." Tidak perlu bertanya, Jungkook sudah menjelaskan dan duduk di sisinya.

Matanya masih melihat gambar yang berselerak di meja itu. "He's my boyfriend." Rain mengambil minuman itu dan meneguknya semula. Tanpa perlu bertanya pun wajah keliru Jungkook sudah menjelaskan segalanya.

"Tapi hari ini, aku mendapat tahu dia selingkuh." Rain memandang wajah Ryu yang terpempang di kaca televisyennya. "Aku tidak mahu bergaduh dengannya hanya kerana hal ini. Jadi aku putuskan, untuk biarkan saja dia dengan kemahuannya. Aku tidak peduli semua itu asalkan dia tidak menjauhiku."

Jungkook menganga mendengarkan kata-kata Rainna.

"Ya, aku akui aku ini bodoh. Terlalu memuja orang itu sehingga aku menyakiti hatiku sendiri. Tapi, aku sudah terbiasa disakiti orang yang cintai. Jadi aku akan baik-baik saja." Rain katakan itu pada dirinya sendiri.

"Menangislah noona, kalau kau merasa tidak kuat. It's okey." Ucapan Jungkook membuatkan Rain mendencak sinis.

"Menangis? Kau gila? Aku tidak akan一

Kata-kata Rainna terhenti kerana Jungkook tiba-tiba mematikan television itu. Keadaan menjadi gelap gelita.

"Aku tidak akan melihat kau menangis. Jadi kau tak perlu malu. Lagipula, aku sungguh muak melihat videonya." ujar Jungkook lagi.

[C] Rain | BTS Where stories live. Discover now