❝ 'Almost'
Is such a crushingly painful word❞•• ━━━━━ •••• ━━━━━ ••
Pulang saja ke apartment, Rain memilih untuk berendam di jazuki bagi menstabilkan semula staminanya yang hilang. Kerana dia tahu banyak manfaat mandi berendam dalam Jakuzi untuk kesihatan, seperti dapat melancarkan peredaran darah, mengembalikan stamina, dan bagi mereka yang mengidap insomnia juga amat sesuai berendam di jazuki agar tubuh mudah rileks dan cepat tidur dengan nyenyak dan sekurangnya dilakukan selama 15minit sebelum tidur.
Dan memang itu yang selalu dilakukan oleh Rain di saat tidak dapat lelapkan matanya meskipun sudah menjalani hari-hari yang memenatkan. Terkadang, dia juga berfikir adakah dia seorang penghidap insomnia?
Rain memejamkan matanya, dan cuba menenangkan fikirannya. Tapi lima minit selepas itu matanya dibuka semula.
'Yahh, budak tu betul-betul mencabar aku.'
Rain tersenyum dalam gelengannya mengingati kata-kata jengkel yang keluar dari mulut Jungkook.
Akhirnya, dia hanya berada di situ selama 15minit. Setelah itu mengambil robe dan mengemaskan ikatan tuala pada rambutnya. Dia mengambil sedikit losyen untuk disapukan ke badannya kerana kulitnya akan selalu kering selepas berendam air hangat.
Sapuan losyen pun tidak mengambil masa yang lama saat memikirkan hal itu. Dia mahu stalker bagaimana kehidupan lelaki bernama Jungkook itu. Apa yang membuatkan anak muda itu tidak menyukainya sama sekali.
Laptopnya dibuka, dan melalui carian google, dia menaip nama artis itu. Lalu terpempamlah wajah Jungkook di situ yang membuatkan Rain mengigit kukunya.
'Boleh tahan handsome.'
'Wah, bodynya perfect! '
'Golden maknae? Tch.'
Okey, stop mencari tahu yang ini. Sekarang masa untuk cari info mengenainya dengan perempuan atau setidaknya gosip. Cebis Rain sebelum menaip sesuatu di situ dan sebaik saja terjumpa, senyumannya melebar.
"Dia belum pernah couple? dekat dengan perempuan pun tak pernah? Bahkan belum pernah mengalami first kissnya? wahh.. dia ni betul-betul pure.
dan tak kurang juga, boleh tahan memilih. " Rain scroll lagi ke laman bawah dan ada satu info yang menarik perhatiannya di situ, gosip mengenai banyak idol yang mendekatinya ditolak mentah-mentah kerana tidak ada yang menarik.
"wah. Aku agak kau ni gay." cebis Rain lagi namun, ada satu gosip yang menidakkan hal itu.
lelaki ini sangat minat pada IU.
"IU sunbaenim?" Rain turut bertanya di depan laptopnya. Fakta Jungkook meminati artis yang berada satu agensi dengannya itu boleh tahan menarik.
"Mungkin aku boleh manfaatkan hal ini untuk mendekatimu dan membuatkan kau hormat padaku, Jeon Jungkook." bisiknya lagi lalu menutup laptop itu dan mengambil telefon pintarnya.
Dia melihat semula gambarnya yang diambil bersama ketika belakang stage tadi. Muka Jungkook benar-benar kelihatan terpaksa. Lelaki itu bahkan tidak senyum sama sekali. Meskipun begitu, dia tetap kelihatan kacak. Tidak hairanlah kenapa banyak idol perempuan juga jatuh cinta. Malah, fansnya juga boleh tahan menggila pada lelaki bergigi arnab ini.
Rain tersenyum sendiri lalu menaip sesuatu di situ. Sebaik saja pesanan itu dihantar, dia tersenyum lagi saat mengingatkan namanya yang ditulis di contact Jungkook.
Adakah Jungkook telah menukarnya?
Entah kenapa juga, sekarang ini dia menantikan balasan.
❇️❇️❇️
YOU ARE READING
[C] Rain | BTS
Fanfiction❝ if it makes you feel broken in any way, You need to end it before it end you❞ copyright® 2018 by Miss Frogyy