❝ I won't leave you, not even in my dreams❞
•• ━━━━━ •••• ━━━━━ ••
Sudah hampir satu jam rasanya, Rain masih juga tidak menikmati waktu mandinya seperti biasanya. Fikirannya masih menggila memikirkan kelakuan Jungkook yang diluar jangkauan.
Pertama, lelaki itu sudah menidurinya. Bahkan, melakukannya dengan cara yang sangat erotik.
Kedua, lelaki itu menyintainya. Adalah satu kegilaan kerana menyatakan rasa cinta hanya kali pertama bersentuhan. Itu hanya nafsunya semata. Tidak lebih.
Ketiga, kenapa dia harus memikirkan tentangnya sedangkan pada waktu sebegini dia seharusnya sudah menikmati waktu mandinya. Memikirkan sehingga dinding kaca itu berembun, dan buih sabun yang menutupi tubuh telanjannya juga sudah hilang.
Rain pantas mengapai paip shower, lalu menyiramkan tubuhnya. Lebih lama di situ boleh mendatangkan demam kesejukkan. Segera dimatikan air yang mengalir dan keluar selangkah ke ruangan persalinan. Bathrobe yang digantung disisi disarungkan ke tubuhnya.
"Aish," Rain mengeluh saat melihatkan keadaan kulitnya yang sungguh kering kerana terlalu lama bermain air panas tadi. Losyen badan dan krim muka diambil, untuk dioleskan ke wajah dan tubuh cantiknya agar tidak memberi effect lainnya.
Dirinya sangat cerewet jika hal perawatan wajah dan dia sangat menjaga tubuhnya. Sebagai idol, itu adalah kepentingan. Jika tidak melakukan itu, dirinya tidak akan memiliki apapun yang sedang dikecapinya ini. Menjadi artis yang paling dijaga rapi untuk agency, diberikan apartment pribadi, kereta mewah, pengurus, dan assistance pribadi.
Bukan itu saja, dia malah dibayar dengan harga yang sangat tinggi untuk apapun tawaran nyanyian, iklan, modeling, drama, mahupun filem.
Rainna sedang berada di puncak tertingginya. Jadi, dia harus menjaga dirinya untuk pekerjaannya ini.
Rambutnya juga dibiarkan saja begitu tanpa mengenakan hair dryer untuk mengeringkannya. Jika tiada urusan yang melibatkan pekerjaan, dia hanya membiarkan saja rambutnya basah sebegitu untuk mengelakkan kerosakkan rambutnya.
Langkahnya terus diatur keluar dari bilik mandinya. Tepat pintunya dibuka, tubuhnya menegang. Sungguh dia tersentak di muka pintu kerana melihat susuk tubuh lelaki yang berada difikirannya tadi.
Apakah, kerana terlalu memikirkannya membuatkan dia berhalusinasi?
"Hei.. janganlah pandang aku macam nampak hantu." Jungkook bersuara dan melemparkan senyumannya.
"Kau一 ergh! Macamana kau boleh masuk sini?" Rainna terus memandangnya dengan bengang. Ternyata itu bukan ilusi. Tapi Jungkook benar-benar berada di atas katilnya. Sedang tertawakan dirinya.
"Kau lupa ke, aku masih punya kuncinya." Jungkook memberitahu selamba.
Rain mengetap bibirnya kerana menahan marahnya. Bukan pada Jungkook. Tapi sebaliknya pada Kim Yura yang sudah memberikan kunci itu kepadanya tempoh hari.
"Kembalikan kunci itu dan berambus dari sini!" Rain terus menapak ke arah Jungkook dan menadah tangannya.
Haruman lavender yang dipakai Rain menusuk hidung Jungkook saat gadis itu mendekati. Nafsunya seakan digoyah. Apatahlagi, keadaan rambut Rain yang masih basah begitu, membuatkan dia nampak lebih seksi dari biasanya.
Entah kenapa, sekarang ini dia sudah membayangkan dia sedang menarik tangan yang dihulurkan itu ke atas tubuhnya. Menyelak bathrobe itu, sehinggalah memperlihatkan tubuh telanjangnya. Basah rambutnya, akan menitik ke tubuhnya saat mereka bercumbuan.
YOU ARE READING
[C] Rain | BTS
Fanfic❝ if it makes you feel broken in any way, You need to end it before it end you❞ copyright® 2018 by Miss Frogyy