"Tidak aku sangka dia akan segila ini." Kim Yura sedang meletakkan concealer dengan penuh berhati-hati di leher Rainna bagi menutupi kesan lovebite itu.
"Bukan ke kau yang menyuruh dia ke sini dan mengerjakan aku? Kenapa sekalian kau tidak memanggil Jimin dan Taehyung. Aku pasti mereka semua akan menurut." tungkas Rain yang berbaur sindiran.
Kim Yura terkekeh.
"Bukankah kau lebih suka yang Jungkook yang kau katakan nikmat, besar, panjang一
"Kim Yura shiii..." Rain terus memandangnya kesal kerana usikkan yang tidak berkesudahan. Hal yang sekaligus mengingatkan dia pada kenyataan milik Jungkook itu benar-benar sebegitu. Jika tidak mana mungkin mereka melakukannya sepanjang malam hingga ke paginya tiada henti.
Jika perlu dia tidak mahu melakukan shooting hari kerana terlalu lelah. Tapi itu tidak mungkin.
"Okey done!" Kim Yura sudah berhasil menutupinya dan automatik Rain terus mengambil cerminnya.
"Ah, aku jadi rindukan Bongsuk kalau begini hasilnya." Rain mengutuk selamba. Sejujurnya dia harap Bongsuk segera kembali berkerja agar Kim Yura tidak perlu bersamanya setiap masa menguruskan segalanya.
"Bongsuk cakap keadaan neneknya sudah membaik. Mungkin dalam dua hari nanti dia akan masuk berkerja semula." Jawab Kim Yura tanpa mengambil hati dengan kata-kata Rainna.
Rainna menyangka setelah apa yang berlaku pagi tadi sudah membuatkan dirinya tidak perlu melihat Jungkook lagi. Tapi kenapa harus Jungkook munculkan dirinya di lokasi penggambaran ini?
"Aku sudah punya kekasih Jungkook." satu kalimat yang menghentikan segala tindakkan Jungkook.
"Aku tetap dengan keputusanku untuk bersama dengan Ryu. Walau apapun, aku tidak mahu kehilangan dia." Ucapan Rainna sungguh menguris hati Jungkook. Wajahnya memerah menahan marah, Rain tahu dia tidak seharusnya menyakiti Jungkook sebegitu namun dia harus menghentikannya. Dia tidak mahu Jungkook jatuh cinta dengannya kerana dia tidak mahu menyintai sesiapa.
Taehyung merasa terggangu dengan tatapan keduanya tanpa bicara. Apakah satu kesalahan besar dia mengizinkan Jungkook mengikutinya ke sini?
"Rainna," Suara lainnya muncul lalu mendekati. Rain memandang Ryu yang tersenyum menapak ke arahnya.
"Coffee?" Dia menunjukkan minuman yang dibawanya untuk dinikmati bersama sebelum pengambaran ini bermula. Rain tahu Jungkook memandang ke arahnya dengan tajam sekali meskipun Ryu turut menegurnya dan Taehyung di situ.
Rain malas untuk menghadapi pandangan gila itu memilih untuk menarik Ryu pergi dari situ.
"Mereka tu, mesra semacam. Ryu itu, kekasihnya ke?" Taehyung membuat andaian tapi Jungkook tidak menjawabnya kerana masih memerhatikan kemesraan mereka seperti yang dikatakan Taehyung.
"Kau sedang mahu membunuh siapa dengan renungan tajam kau tu, Jeongguk?" Taehyung terlihat bengang kerana Jungkook mengabaikan dirinya.
"Keduanya. Akan aku bunuh keduanya." Jungkook menjawab selamba dan memalingkan tubuhnya dan pergi.
Taehyung tercenggang tanpa kata.
.
.
.Rain membuka pili airnya dan membasuh kesan kopinya yang mengena pada dressnya. Dia menyental di kainnya, tapi yang merasa sakit itu dihatinya?
Rain mengeluh lemah. Air itu dibasuh ke mukanya tanpa sedar itu mengalir ke lehernya. Automatiknya ia menampakkan semula kesan lovebite yang memerah di situ.
"Shit!" Sumpahnya kesal. Kenapa malah jadi semakin kacau. Tidak, itu tidaklah begitu kacau lagi melainkan susuk tubuh yang dilihatnya di dalam cermin itu. Jungkook sedang bersandar di belakangnya sambil memandangnya.
YOU ARE READING
[C] Rain | BTS
Fanfiction❝ if it makes you feel broken in any way, You need to end it before it end you❞ copyright® 2018 by Miss Frogyy