08 : Destroyed

121 4 0
                                    

Your mind will keep you up at night, make you cry, destroy you over and over again.

•• ━━━━━ •••• ━━━━━ ••

Ketika Rain membuka matanya dia melihat ini adalah ruangan bilik tidurnya. Jam di dindingnya terlihat sudah jam 8 malam. Otaknya cuba untuk mengingati apa berlaku.Automatik dia bangun mendadak.

"Rehearsal?!" dengan paniknya dia mengapai telefon.

dan pesanan yang diterimanya membuatkan hatinya kembali tenang. Kim Yura telah menguruskan segalanya dan hanya mampu berharap segalanya akan baik-baik saja esok. Jikapun tidak, Kim Yura tidak akan memaksa dia teruskan.

Sepertinya, pengurus itu sudah lebih memikirkan keadaan dirinya. Jauh berbeza dengan sikapnya sebelum ini. Meskipun berpuluh alasan diberi untuk mengelak dari melakukan latihan, wanita itu akan punya seribu satu cara untuk pastikan Rain melakukannya.

Kim Yura pasti.. masih merasa bersalah.

Fikir Rain sendiri. Telefon itu mahu diletakkan semula, namun ada satu pesanan yang membuatkan senyumannya mekar.

JK.
Lain kali jangan cuba berehat di tempat tinggi.

Rain mengerut wajahnya dengan mencebik. Kenapa inti pesanan itu terlihat seperti Jungkook sedang mengambil berat tentangnya?

Rain menaipkan sesuatu di situ untuk membalasnya.

Rain
Atau mungkin aku hanya boleh berehat dipangkuanmu. :P

Rain terkekeh melihat pesanan yang dihantarnya. Dia menunggu lelaki itu membalasnya. Kenapa rasanya sungguh mendebarkan?

Tapi pesanannya hanya di read. Jungkook tidak menunjukkan tanda-tanda untuk membalasnya.

Rain berasa bengang.

Rain
Btw, thanks.

Sumpahan yang ada dimulutnya tidak sama dengan apa yang ditaipnya. Rain melihatnya online, dan Read.

"Read?! Wahh.. melampau..." Baru saja Rain mahu menaip lagi, dia melihat perkataan 'typing...' itu dari atas menandakan Jungkook akan membalas chatnya.

Namun, apa yang ditaipnya tak kunjung tiba. Sepertinya dia memadam semula apa yang ditaipnya tadi.

Rain malas untuk menunggu lagi, nombor Jungkook didail serta merta.

"Tak berani angkat pulak ke? Oh berlagaknya..." Rain mengutuk sebal setelah panggilannya tidak berjawab.

"Tak apa, aku call sampai kau angkat, JK.." Rain tidak putus asa untuk menghubunginya. Sehinggalah, lelaki itu mengangkat panggilan kali ke ketiganya.

Tapi panggilan itu sepi tanpa jawapan. Rain melihat screen itu semula. Memang panggilannya berjawab tapi adakah Jungkook mendiamkan diri?

"He.. ehem, hello." Rain gugup. Entah kenapa, dia mengubungi tapi dia tiada apa yang mahu dibicarakan.

"Hello~~anyone there? Hello love~~" Rain bersenandung lagunya.

"Tch."

Rain mendengar Jungkook mencebik. Dia tersenyum yakin Jungkook mendengarnya meskipun lelaki itu tak bersuara.

"Yah. JK, aku tahu kau dengar. kenapa kau tak kejutkan aku untuk rehearsal? Kan aku dah cakap hanya 10 minutes." Hanya topik itu saja yang muncul dibenaknya.

[C] Rain | BTS Where stories live. Discover now