23 : Someone you loved

271 4 0
                                    

❝And I tend to close my eyes when it hurts sometimes I fall into your arm, I'll be safe in your sound till I come back around..❞

•• ━━━━━ •••• ━━━━━ ••

Dua tahun lamanya, masa yang diambil untuk dia pulih itu bukanlah singkat. Bahkan sehingga ke detik ini juga, bayangan kejadian yang telah menimpanya masih terbayang dalam tidurnya.

Sehingga ke tahap ini juga, dia masih tidak dapat menerima kenyataan tentang kematian pengurusnya. Sekelip mata, dalam satu malam, hidupnya hancur.

Ketika menerima surat terakhir dari pengurus Kim, penyesalan tiada hentinya membelenggu diri. Andai saja, dia mampu mengundurkan waktu, dia bersumpah tidak akan memperlakukan Kim Yura seperti itu.

Tidak akan terlalu bodoh meletakkan kepercayaan pada Ryu. Rain dapat tahu hidup lelaki itu juga hancur setelah pemergiannya. Yoon In Ha, telah menggunakan segala kuasanya untuk membalas segala perbuatan jahat lelaki itu. Menjadikan Ryu tak lebih dari seorang penagih yang kritikal.

Dan tidak lama selepas itu, dia mendengar berita kematian Ryu kerana mengambil begitu banyak pil terlarang.

Ibunya, tidak pernah bermain dengan kata-katanya.

"Rain," namanya diseru menyedarkan dirinya dari lamunan. Richard terus mendekatinya.

"Appa nak bawa kamu keluar. Bersiap ya." Beritahunya. Lelaki itu sentiasa mencari ruang untuk dirinya. Dia tahu Richard mahu dirinya kembali ceria seperti dulu. Tapi entahlah, untuk ketika ini tiada apa yang akan mengembalikannya ke masa lalu.

Dia begitu membenci dirinya. Kerana dirinya, telah menyebabkan dia kehilangan orang yang paling menyayanginya. Bahkan, hingga ke saat akhirnya pun hubungan mereka menjauh kerana kebodohan dirinya.

"Kita nak kemana?" soalnya ketika langkah kaki Richard sudah mengheretnya ke kawasan bandar.  Begitu sesak dan dia tidak menggemarinya. Automatik, dia berhenti mengejut dan menggeleng tidak mahu.

"Come on Rain, kali ni cuba lawan perasaan takut kamu. Trust me, you can do it." Pujuk Richard lagi. Rain memandang wajahnya yang masih melemparkan senyuman. Perlahan dia pejamkan matanya dan mengganguk. Pegangannya dikemaskan, dan dia menuruti langkah Richard.

Keadaannya sesak dan begitu ramai pegunjung. Rain melihat sesuatu di depan sana, dan patutlah. Ada orang sedang buskin di situ. Bunyi muzik dan suara nyanyian itu sekali lagi menghentikan langkahnya. Meskipun tanpa bicara, Richard seakan memujuknya lagi dengan anggukkannya.

Rain mendekati mereka. Agak lama dia melihat wanita bernyanyi, mengingatkan dirinya pada setiap pentas yang pernah dia miliki. Bagaimana sorakkan mereka ketika dia menyanyikannya itu adalah kepuasannya. Sungguh, itu adalah kenangan yang tidak akan pernah dilupakan mahupun sedetik pun. Dia pernah berada dia atas. Pernah memiliki segalanya. Tapi semuanya tidak kekal.

"Kamu nak cuba?" Richard bertanya. Rain menggeleng tidak, namun lelaki itu tersenyum dan mendekati vokalis pemain buskin. Gadis itu mengganguk dalam senyuman dan memanggil dirinya ke situ. Dirinya ditarik dan diberikan microphone.

Rain memandang Richard, dan lelaki itu tersenyum. Semua mata kini sudah tertumpu kepadanya. Rain merasa kerdil dan tidak yakin.

Tiba-tiba saja, dia mendapat tepukkan. Richard bertepuk untuknya dan itu menjadi ikutan para pemain buskin. Seterusnya, semua orang bertepuk untuknya. Rain merapatkan microphone ke mulutnya dan menarik nafasnya. Dia memejamkan mata, membayangkan ini adalah konsert yang pernah dia miliki.

I going under, and this time, I fear there's no one to save me
This all or nothing really got a way of driving me crazy

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Apr 25, 2020 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

[C] Rain | BTS Where stories live. Discover now