10 : Fall

132 4 0
                                    

❝ I might have to tell you something. Damn,
I like me better when I'm with you❞

•• ━━━━━ •••• ━━━━━ ••

Mereka semua menganga mendengarkan cerita yang disampaikan Jungkook.

"Dengan keadaannya yang begitu, aku tak yakin untuk meninggalkan dia sendirian dan hanya tempat ini yang paling aman yang boleh aku fikirkan." Tambah Jungkook lagi.

"Sememangnya kau pernah merayap ke mana selain dari rumah ini?" Celah Hoseok yang kedengaran seakan memerlinya. Ya, Jungkook memang tidak pernah merayap kemana-mana selain daripada penthouse ini dan studio rakaman.

"Tapi tetap saja, keadaan ini membahayakan. Kita ini public figure, begitu juga dengan Rain. Jika sampai ketahuan ke media, pasti akan menimbulkan gosip yang bukan-bukan." Namjoon membuka kata setelah lama mendiamkan diri. Jungkook mengganguk perlahan kerana mengakui akan khilafnya.

"Tapi aku mengerti keadaanya, cuma yang aku merasa terkilan.." Namjoon berjeda memandang Jungkook. Begitu juga tatapan yang lainnya menunggu apa yang mahu disampaikan oleh lelaki itu.

"Terkilan kerana Jungkook sudah menginjak dewasa kerana berani-beraninya membawa pulang perempuan ke rumah ini sedangkan aku sendiri pun tidak berani. Oh my heart hurts.." Lelaki itu menepuk dadanya.

Hal yang membuatkan Jungkook turut mahu memukul dada lelaki itu juga kerana mempermainkannya. Masing-masing sudah terkekeh ketawa melainkan Taehyung yang masih membeku memandang bilik Jungkook.

"Apa betul ke kat dalam tu, Yoon Rainna? Aku tak yakin. Jungkook pasti berbohong." Taehyung masih tidak yakin. Hal yang membuatkan yang lainnya juga memikirkan hal yang sama.

Jungkook tiada pilihan melainkan memanggil Rainna keluar dari biliknya.

"Diorang okey ke?" Rain masih bimbang, dan Jungkook hanya mengganguk lembut seakan memujuk. Rain menapak perlahan ke ruang tamu itu semula dan mata mereka terlihat seakan mahu keluar dari tempatnya.

Entah kenapa juga membuatkan Rain berasa lucu.

"Hi semuanya. Maaf kalau aku dah menyusahkan. Harap Jungkook dah jelaskan segalanya tentang situasi ini dan aku harap ianya menjadi rahsia diantara kita juga. Aku mohon untuk itu."

Rain menbungkuk tubuhnya sedikit untuk menyapa mereka begitu juga sebaliknya.

"Ya, our kookie dah jelaskan semuanya. Jangan risau, kami akan menjaga rahsia dengan baik. Bagaimana dengan kau sekarang, dah makin membaik?" Namjoon bertanya ramah dengan senyuman manisnya.

Rain mengganguk perlahan.

"Ternyata baju Jungkook terlihat good looking juga bila dipakai Rainna. Aku jadi curiga. Apa kau yakin, tidak melakukan apa-apa?" Celah Hoseok masih mahu menyakat Jungkook.

"Hyung, sumpah.. kami tak melakukan apa-apa. Aku hanya sekadar membantunya saja tak lebih dari itu." Jungkook pantas menidakkan dengan bersungguh-sungguh membuatkan Rain kesal. Apa dirinya itu tidak mengiurkan sehingga Jungkook sebegitu menolaknya tanggapan itu. Padahal jika orang lain, pasti sudah mahu dibenarkan saja. Tapi lelaki ini malah sebaliknya.

"Jadi, kalau berlaku apa-apa sekalipun, kami akan melarang?" Ujar Namjoon pula bersama senyuman sengetnya. Sepakat untuk menyakat adiknya ini.

"Hyung..." Jungkook kesal diusik begitu.

Sungguh, ianya membuatkan Rain berasa geli hati.

"Apa yang Jungkook beritahu tu betul. Tiada apa yang berlaku dan aku hanya minta tumpangannya untuk berehat, Jungkook hanya meminjamkan baju ini sebab baju aku dah teruk sangat." Kerana tidak mahu terasa diremehkan Jungkook, Rain turut menidakkan juga.

[C] Rain | BTS Where stories live. Discover now