03 : Kiss

472 8 0
                                    

Broken things can't be fixed by those who broke them ❞

•• ━━━━━ •••• ━━━━━ •

Rain melihat angka di layar skrin silih berganti begitu pantas dan tidak pernah menyangka bahawa dia akan memenangi acara itu sedangkan dia bersaing dengan artis yang julung hebatnya, BTS.

Rain mengucapkan terima kasih kepada Kim Taehyung yang memberikan buket bunga kepadanya. Sedari tadi, dia tahu lelaki itu begitu meminati dirinya. Manakala para member yang lain pula mengucapkan tahniah atas kemenangannya.

Rain mengangkat piala yang yang dimenanginya seiring dengan sorakkan para peminatnya dan mic itu diserahkan kepadanya untuk mengucapkan kata-kata terima kasih kepada mereka yang selama ini menyokongnya terutamanya para 'Rainations' fans club rasminya.

Seusai ucapan, lagu Hello love bergema kembali menandakan encore stage itu miliknya.

"Terima kasih semuanya." ucapnya kepada mereka semua yang terlibat dalam acara ini termasuklah staf-staf di belakang pentas.

Ketika turun dari pentas Rain melihat para member BTS masih berada di situ. Mata Rain tertumpu kepada Jungkook lagi kerana anak muda itu langsung tidak mempedulikannya sama sekali di atas pentas tadi ketika rakannya yang lain mengucapkan tahniah.

Buket bunga, dan piala diserahkan kepada Bongsuk dan dia belalu ke arah mereka di sudut itu.

Dia menyapa Jungkook.

"Hei, kenapa kau tidak menggucapkan tahniah kepadaku?" dia terus menerjah soalan itu tanpa segan silu. Mujur saja ketika itu rakannya yang lain sudah memulakan langkah meninggal tempat itu jadi dia sempat menahan Jungkook yang berada paling belakang.

Lelaki itu mendecik sinis. Terlihat dengan jelas, Jungkook tidak menyukainya sama sekali. Rain jadi semakin tertarik. Kerana sebelum ini, belum pernah dirinya ditolak oleh mana-mana idol yang lain.

"Jangan bertingkah seolah-olah kita rapat. Alihkan tangan kau." kata-kata kasar itu keluar dari mulut comel itu. Rain menarik senyumannya.

"Noo~naa. Jangan biasakan diri selalu bersikap tak sopan." tegur Rain yang mengetahui bahawa umurnya lebih berusia jika dibandingkan dengan umur Jungkook.

"Tch. Jadi kau nak aku hormat pada orang seperti kau? Maaf, kau tak akan mendapatkannya. Tolong hormati diri kau sendiri sebelum kau minta orang lain menghormatinya."

"Wah, kau 一" Rain tidak dapat meneruskan kata-katanya kerana Bongsuk memberitahunya kalau Dean Ryu sedang menunggunya di ruangan. Jadi dia memutuskan untuk menyambung semula perbualannya dengan Jungkook kemudian.

" See you soon, Jk!" Ucap Rain sebelum meninggalkan lelaki itu.

Jungkook mendengus kesal. Kenapa dia perlu terlibat dengan Rain? Kalau saja dia tidak membantu Rain tempoh hari, pasti gadis itu tidak akan bertingkah seperti ini dengannya.

"Yah! Di sini rupanya kau. Kau sembang apa dengan Rain noona?" Taehyung kembali merapati Jungkook dan dia sempat melihat situasi Mereka sedang berbual tadi.

"Tak ada apa." Jungkook memalingkan wajahnya dan pergi. Seraya itu juga Taehyung memaut bahunya dan bersembang tentang minatnya Rain. Dia gembira dapat memberikan Rain buket bunga tadi, dan memang menunggu lama artis kegemarannya itu comeback.

Jungkook hanya mendesis dalam hati, kalaulah Taehyung tahu idolanya itu seorang penagih? Masihkah Taehyung akan mengucapkan hal yang baik-baik tentang artis itu?

[C] Rain | BTS Where stories live. Discover now