❝ Oh I should be running but you keep me coming to you❞
•• ━━━━━ •••• ━━━━━ ••
"Kau dari mana saja semalam, huh?"
Pertanyaan hampir membuatkan Rain tersedak minumannya. Kim Yura masih juga memandangnya tajam di situ seoalah tidak bersalah akan sergahan itu.
Dia sudah menunggu Rain bangun sejak dari tadi dan mahukan penjelasan.
Rain membuang minumannya ke singki dan melangkah ke pergi biliknya semula. Kepalanya masih sakit.
"Yoon Rainna, jawab bila aku tanya." Automatik tangan Kim Yura menarik bahu gadis itu agar memandangnya.
Rain memandangnya sebal.
"Aku ke club dan minum-minum. Tenang okey, aku tak ambil pil pun." Seakan dapat membaca apa yang dicari tahu Kim Yura, Rain berterus terang dan menolak tangan itu dari bahunya.
"Dengan siapa? Dengan Dean Ryu?"
Rain menjeling matanya bersama keluhan.
"Ya kalau dengan Ryu aku tak akan pulang ke apartment hari ini." Rain mengatur langkahnya semula namun ditahan lagi.
"Jika bukan lelaki itu, bererti Jungkook?" Kim Yura membuat kesimpulannya lagi.
"Kehidupan aku sesedih itukah? Hanya ada dua lelaki yang boleh bermain?" Tidak menjawab tapi kembali bertanya dengan sinis. Kim Yura tewas dengan pertanyaan lagi. Sekarang dia mahukan penjelasan kenapa gadis itu pergi ke tempat itu dan minum-minum. Apa yang telah berlaku.
"Aku akan menceritakannya nanti. Untuk saat ni tolonglah. Jangan ganggu aku dulu. Aku penat." Rain menjawabnya dengan lelah. Kim Yura mengganguk perlahan. "Jangan dikunci pintunya. Aku akan menunggu di luar. Nanti aku memesan makan, keluar makan ya?" wanita itu memujuknya dan Rain mengganguk perlahan.
Pintu itu ditutup dan automatisnya air matanya mengalir lagi. Kenapa ketika ada orang yang cuba mempedulikan dirinya, dia merasa tidak layak.
Kerana mempedulikan dirinya jugalah menyebabkan ibunya terjebak dengan Kim Henri. Wanita itu mahu melindungi posisi dirinya seorang idol.
Katanya, dia tidak sengaja melanggar orang dan mati. Kim Henri datang membantunya. Dia punya wang dan kuasa untuk melenyap segala bahan bukti itu hanya dengan syaratnya, untuk menikah.
Padahal yang dimahukan Henri lebih dari itu.
Dia mahukan Rain dan mendapatkannya dari ibunya sendiri.
Pembunuh? Tch. seharusnya yang dilanggar mati itu Henri. Lelaki bertopengkan Iblis sepertinya tidak harus hidup dimuka bumi ini.
"Bagaimana, masih berkeras nak melaporkan aku pada polis? Huh?" Henri mengangkat dagu Rain agar memandangnya.
Rain memandangnya tajam. Penuh dengan kebencian, tapi entah kenapa jatuhnya dia makin menginginkan gadis cantik dihadapannya ini.
Sejak pertama kali melihat Rain debut sebagai penyanyi dari agency itu sudah membuat dia jatuh cinta. Dia sungguh nekad mahu memilik Rain walau dengan apa cara sekali pun.
Tapi gadis ini sungguh sukar dijinakkan dengan wang ringgit jadi dia harus melakukannya dengan kekerasan.
Rain pantas menepis tangan itu dari wajahnya dan menarik nafas. Fikirannya buntu membuatkan dia terus pergi dengan tangisan. Dari jauh dia mendengarkan hilaian tawa Henri kerana kemenangannya.
Rain menumbuk stereng keretanya menangis semahunya di situ tersedu sedan.
'I'm going under, and this time, I fear there's no one to save me'
YOU ARE READING
[C] Rain | BTS
Fanfiction❝ if it makes you feel broken in any way, You need to end it before it end you❞ copyright® 2018 by Miss Frogyy