21 : His finger

402 3 0
                                    

Everything that you ever wanted is sitting of the other side of fear

•• ━━━━━ •••• ━━━━━ ••

Jungkook masih memandang keduanya. Rainna yang hanya mengenakan bathrobe dan tuala dikepalanya, begitu juga dengan Taehyung yang hanya bertuala dan rambut yang basah.

Apa yang sudah mereka lakukan?

Otaknya sudah memikirkan sesuatu yang tidak seharusnya difikirkan. Itu hanya membuatkan hatinya semakin remuk.

"Apa tujuan kau ke sini, Jungkook?" Pertanyaan Rainna sedari tadi diabaikan. Dia tidak mahu menjelaskan kedatangannya disebabkan permintaan Pengurus Kim. Hal itu mungkin akan menambah kekesalan hati Rain lagi.

"Jung一

"Korang baru lepas bersenggama?" Jungkook kembali menyoal sesuatu yang ingin dia tanya dari tadi.

Berjaya membuatkan Rain terus bungkam terdiam dan Taehyung tergelak kecil. Ingat ini lucu!

Mengingatkan bagaimana lelaki tampan ini berpewatakkan baik seperti wajah innocent itu hakikatnya dibilik air tadi, lelaki itulah yang mendominasinya!

Juga, lelaki yang bertanya hal seperti itu dengannya saat ini padahal baru saja pertama kali melakukannya.

"Itu tiada urusan dengan Kau Jungkook. Answer me first! Why you were here?" Rain malas mengulas atau membahaskan hal itu lebih lanjut. Tiada apa yang berlaku antaranya dan Taehyung.

Tapi Jungkook terlihat tidak puas hati dengan jawapan Rainna. Wajahnya memerah, juga dadanya yang turun naik mencari nafas yang seakan tidak cukup.

Bertingkah seakan cemburu. Tapi untuk apa? Mereka bahkan tidak mempunyai hubungan khusus. Seharusnya, lelaki itu tahu setakat mana hubungan yang mereka jalani selama ini.

"Calm down Kookie yaa.. Tiada apa yang berlaku antara aku dan Rain noona. Tak mungkin aku ada keberanian nak melakukan hal sebegitu sedangkan kekasihnya juga ada kat sini. Nak cari maut?" sela Taehyung yang dari tadi membisu. Hal yang sekaligus membuatkan pandangan Jungkook teralih pada Rain.

"Ryu hyung ada kat sini?" Dia inginkan kepastian kata-kata Taehyung dan wanita itu mengiakan. Mengingatkan penjelasan Taehyung itu, sangat tidak masuk akal dengan perbuatan. Patutlah, dia itu menjadi seorang pelakon.

Dia memang hebat berlakon untuk menyelamatkan dirinya sendiri.

Kemarahan Jungkook berasa sedikit reda. Dia merasa sakit hati mengenangkan hubungan Rain dengan Ryu tapi akan malah sakit hati jika Taehyung juga melakukan itu.

"Macamana korang boleh berada di tempat noona, atau Jangan-jangan korang melakukannya bertiga?" Jungkook bertanya lagi untuk kepastian dan Rain sudah menggeleng kepala. Memicit dahinya dan meminta Taehyung pergi membawa adiknya ini pergi sebelum dia betul-betul pitam disitu.

"Okey, aku ganti baju sekejap." Taehyung terus berlalu.

"Jangan harap aku akan tinggalkan noona berdua dengan kekasih noona." Tegas Jungkook mematikan langkah Rain. Seakan boleh mengagak sesuatu, dia terkekeh kecil.

"Kau pasti disuruh Kim Yura kan untuk ke sini?" Rain memandang Jungkook semula dan mendekatinya. Jungkook diam. Tidak menafikan, dan tidak juga mengiakan.

"Aku sepatutnya sudah menduga semua ini dari awal." Ujarnya lagi. Tidak perlu menunggu lama, tangan Jungkook terus ditarik ke pintu utama.

"Noona

[C] Rain | BTS Where stories live. Discover now