❝ If it makes you feel broken in any way, you need to end it before it ends you.❞
•• ━━━━━ •••• ━━━━━ ••
Bunyi bising itu sungguh menggangu tidurnya. Jungkook masih malas membuka matanya, namun mulutnya sudah dia mengomel geram. Dia mengiring ke sisi, dan menarik selimutnya. Berharap tidak lagi mendengar bunyi bising yang akan menggangu. Tapi..
Bukkk!!
Barang yang jatuh itu serta merta membuatkan dia bangkit dari tidurnya dan terus berpaling ke arahnya.
"Yah! Yoon Rainna kau tak一
Kata-kata Jungkook terhenti. Begitu juga dengan Taehyung yang mengganga di sudut itu terlihat mahu mengambil beg itu di lantai.
"Yoon... Rainna??" Taehyung mengulangi pertanyaan itu sambil merunding jari telunjuknya ke arah dirinya sendiri.
Jungkook mengeluh sambil meraup wajahnya. Dia lupa akan hal itu. Dirinya sudah kembali ke Seoul dan kini sedang tidur di dalam biliknya. Bukan di perkampungan nelayan itu.
"Kejap, kau sebut apa tadi?" Taehyung mendekati dengan sergihan. Jungkook terus membaringkan tubuhnya semula. Malas untuk layankan pertanyaan Taehyung. Namun, lelaki itu tidak menunjukkan tanda berputus asa.
"Oho! Kau mesti tidur bermimpikan dia. Sebab tu kau sebut nama dia kan?kan? Mengakulah Jeykey!" Usik Taehyung lagi.
Jungkook menekap telinga. Mimpikan Rainna? Jangan harap. Pasti itu akan menjadi mimpi paling ngeri!
"Yah! Keluar kau dari bilik aku." Jungkook bangun dan menolak tubuh Taehyung agar menjauh. Semakin galak Taehyung untuk mengusiknya.
"Oo.. tak nak mengaku ya."
"Kau buat apa tadi? Ni, kenapa beg aku jatuh kat sini?" Jungkook mengalihkan topik sambil mengambil begnya di lantai. Terus mati sergihan Taehyung.
Dia menyelongkar bilik Jungkook semata-mata untuk itu. Sebelum Jungkook membuka beg itu sebaiknya dia...
Zaapp!!
Taehyung merebut beg itu sepantas kilatnya dari tangan Jungkook.
"Ha. Ahahaha. Aku cari earphones tadi. Lupa beg ni jatuh. Meh sini aku letak balik kat tempat dia." Taehyung terus meletaknya di atas almari itu. Jungkook sudah memandangnya semacam.
Belum sempat pertanyaan lain keluar, lelaki itu sudah mengambil langkah keluar secepatnya dari bilik itu. Jungkook malas memikirkannya. Nasib baik saja, Taehyung tidak meneruskan perbualan tentang Rain.
Tapi, bagaimana keadaannya sekarang? Apa lukanya sudah membaik?
Jungkook melihat kertas itu semula.
Terima kasih kerana telah menyelamatkan aku. Tapi mungkin kita harus berpisah di sini untuk kepentingan bersama. Aku tahu kau bencikan gosip murahan. Maaf kerana kembali ke Seoul terlebih dahulu.
Y. Rainna
"Tch!" Jungkook mendengus sinis mengingatkan kejadian itu. Tangannya terus mengumpal kertas itu dan mencampaknya ke dalam tong sampah. Langkahnya diatur untuk mengambil tuala untuk mandi. Badannya terasa sungguh lenguh sekali. Apa yang berlaku seakan baru lepas melakukan sebuah konsert.
✳️✳️✳️
Rain mengamati ruangan bilik ini. Ianya tidak terlihat asing. Dia menolak comforter itu ke tepi dan bangkit. Rambutnya terus terurai ke wajahnya, diraup ke belakang bersama keluhan.
YOU ARE READING
[C] Rain | BTS
Fanfiction❝ if it makes you feel broken in any way, You need to end it before it end you❞ copyright® 2018 by Miss Frogyy