BR ❤ 01

8.5K 339 35
                                    

Januari 2012

Elena tahu yang hari ini ada pelajar baru masuk ke kelas 4 Anggerik tapi tak sangka orangnya lelaki yang kacak.

Lebih tak sangka, lelaki itu duduk di sebelahnya.

Tiba-tiba

Lelaki itu memandangnya sambil tersenyum manis.

Eh pernah rasa ke senyuman tu?

Eee yucks.

"Hai. Irham." Lelaki tersebut memperkenalkan namanya sambil memegang name tag sementaranya di baju. Elena terkedu kejap. Lelaki itu sudi bercakap dengannya? Biar betik?

"Hello cik Elena Yasmeen?"

Elena terkebil-kebil memandang Irham. Lelaki itu baru sahaja perkenalkan dirinya. Omaigod, Elena rasa nak pengsan. Elena mencubit-cubit lengannya agar dia terjaga dari mimpi indah yang menyeramkan ni.

Namun hasilnya masih sama. Lelaki tu masih memandangnya. Bezanya, lelaki itu kali ini ketawa kecil seolah-olah Elena ada buat lawak.
"Why so soon? Kalau betul kau terjaga dari tidur, no turning back." Elena terdiam. Ya tak ya juga. Kalau betullah ni mimpi, dia tak boleh mimpikan Irham lagi. Mungkin sepuluh tahun akan datang baru lelaki itu muncul semula. Atau esok muncul namun dalam rupa yang lain.

Elena meletakkan kedua-dua tangannya ke atas peha. Tak mahu mencubitnya lagi.

Kelakuan itu membuatkan Irham ketawa lebih besar. Orang yang berhampiran memandang mereka dengan pandangan pelik. Irham buat tak endah. Dia teruskan ketawanya yang masih bersisa.

"Cik Elena Yasmeen, aku ni realiti. Cubit sampai lebam sekalipun aku kat sini jugak. Cumanya, kau sakit jelah. Tak effect aku pun."

"Mana tahu nama err," Elena mati kata. Dia nak gelarkan dirinya sebagai apa? Elena? Saya? Aku? Patik?

Ah sudah merapu pulak perempuan ni.

Irham tergelak melihat reaksi gadis polos di sebelahnya. Comel aje. Mungkin tak biasa bercakap dengan lelaki sebab gadis itu memang tak pandang muka dia langsung semasa bercakap. Pandang lantai aje.

"Tu kat buku." Irham menunding jari ke arah buku tulis yang berada di atas meja Elena. Tertera nama Elena Yasmeen di muka hadapan buju tersebut. Elena mengangguk perlahan sambil mengambil buku lain untuk menutup muka hadapan buku yang ada namanya tu. Malu!

"Okey. Kalau ada apa-apa nak tanya, tanya je err aku okey?" Kata Elena dengan perlahan dengan mata memandang lain. Buku yang ada di atas meja ditolak sedikit ke tepi meja. Pen-pen yang bersepah dimasukkan ke dalam bekas pensel tapi sebab nervous mungkin, pen-pen tu sengaja tak nak bagi kerjasama

Malah sampai terjatuh ke atas lantai. Dengan muka yang merah, Elena menunduk sambil cuba mencapai pen-pennya. Sempat lagi dia mengutuk diri sendiri. Asal clumsy sangat ni, Elena Yasmeen?

Saat dia ingin duduk tegak semula, kepalanya terhantuk dengan dagu Irham membuatkan dua-dua cepat-cepat duduk tegak. Elena menggosok kepalanya yang terasa sakit.

Bapak tajam dagu Irham. Elena memandang Irham yang turut sama sedang mengurut dagunya yang terhentak dengan kepala gadis itu. Elena tersenyum dalam diam.

No wonder lah tajam. Jawline dia fuh.

Irham perasan yang Elena sempat mengusya dia maka pen di tangan segera dihulur. "Err nah." Irham memberi semula pen yang sempat dikutipnya tadi. Menghilangkan rasa awkward yang sedang bertandang di hati masing-masing.

Elena dengan pantas mengambil pen yang dihulur. Ucapan terima kasih diucap perlahan dengan muka dihadap ke meja.

Dah la malu pasal nama.

Broken Rules ✔️Where stories live. Discover now