+ hidup ni satu pilihan, we choose the better one +Perjumpaan tempoh hari berjalan lancar. Eleanor ada memberitahu yang ayah dan umi kelihatan gembira dengan kehadiran Hafez. Itu membuatkan Elena lega mendengarnya. Cuma, terdapat satu masalah yang masih membuatkannya runsing.
Irham Akhmal.
Sejak kenduri Dhiana, lelaki itu tak henti mengganggunya, tak kisah lah di Sapphire sendiri atau pun di media sosial. Irham yang selama ini di Australia tukar nombor tak reti nak whatsapp tiba-tiba balik Malaysia dah reti.
Memang tak layan la jawabnya. Elena off bluetick maka Irham tak boleh nak bising.
Elena langsung tak memberitahu Hafez akan hal ini kerana takut itu akan mengganggu rutin harian Hafez. Kang tak pasal jadi protective. Elena bukan suka pun ada lelaki yang sepanjang masa melekat dengan dia. Rimas.
Pada hari itu, Elena dan Hafez merancang untuk mencari persiapan pertunangan dan perkahwinan. Benda simple je dulu. Macam cincin. Hiasan. Saja nak survey. Kalau ada berkenan, boleh roger mama since mama dah volunteer nak sponsor haha. Hafez memintanya untuk datang ke kafe dahulu baru bertolak sama-sama.
Turun sahaja dari apartmen, Elena nampak seorang lelaki sedang tercegat menunggu di depan pintu masuk apartmen. Dari susuk gayanya, Elena tahu siapa.
Dia buat tak endah akan kehadiran lelaki tu. Dia terus sahaja keluar dari pintu namun ditahan.
"Kenapa lari?"
"I'm not."
Elena cuba meleraikan pegangan Irham di tangannya namun lelaki itu masih sahaja utuh memegang, macam pegang kayu.
"Aku nak cepat lah, takde masa nak main dengan kau." Elena mengeraskan sedikit suaranya, geram dengan tingkah laku Irham yang seperti kanak-kanak.
Irham senyum sinis sebelum melepaskan pegangannya. Elena memandangnya dengan kerutan di dahi. Gadis itu masih belum berganjak.
"Pergilah. Tadi kata nak cepat." Irham bersuara, sinis seakan menyindir.
Elena masih memandangnya, tajam. Dia masih tak faham kenapa lelaki ini tiba-tiba muncul. Sengaja nak kacau hubungan dia dan Hafez?"okay." Malas nak bertekak, Elena terus berlalu dari situ. Namun baru lima langkah, Irham memanggil namanya.
"We need to talk."
Elena senyum. Checkmate.
Elena rasa menyesal pula ikut Irham. Tadi lelaki itu ajak teman makan. Makan sahaja ya. Takde pula dalam perjanjian mereka untuk teman shopping!
Nasib baik lah Hafez mengatakan yang dia tiba-tiba ada group discussion, jadi terpaksa batalkan rancangan mereka.
Ke,
Hafez batalkan sebab Irham suruh?
Mata Elena melirik ke arah Irham yang langsung tak kisah dengan keadaan Elena sekarang. Kalau Elena ini kartun, mungkin dah nampak asap keluar dari telinga, muka memerah menahan amarah.
"Kau tunggu sini, aku nak masuk sana kejap," belum sempat Elena balas, Irham sudah meluru masuk ke kedai cincin. Tergamam, Elena terus berdiri statik di tepi tangga bergerak. Alahai, macam patung pulak dah.
10 minit kemudian, Irham keluar semula dengan tangan kosong. Dia mengatakan bahawa tiada corak yang cantik. Elena mengiakan sahaja walaupun sedikit pelik dengan lelaki ni. Dia kata dah putus dengan Penelope, dah tu cincin untuk siapa?
YOU ARE READING
Broken Rules ✔️
Conto[ COMPLETED ] Ini kisah seorang gadis yang sudah jatuh - "Aku takkan suka kau. Cermin diri kau sikit." - Hafez Ashraf "Aku dah cermin tadi. Lawa je aku tengok." - Elena Yasmeen - kemudiannya ditimpa tangga "Aku cuma nak tolong-" - Irham Akhmal "I do...