BR ❤ 32

1.9K 152 1
                                    

On my way to get you

"Ayah,"

Lelaki yang dari tadi hanya membelek surat khabar di atas meja menoleh memberi respon. Lelaki yang digelarnya ayah walaupun itu hanyalah bapa saudaranya sahaja. Walau apa pun yang dia nak di atas dunia ni, mestilah kena minta izin jugak kan?

"Kenapa Elena? Sakit?"

Anak saudaranya menggeleng pantas sambil menyilangkan tangannya. Tangan itu kemudiannya diturunkan tapi tiada suara yang keluar dari bibir gadis itu.

"Elena? Okay tak? Rindu kawan eh?" Dia cuba menebak, mana tahu terkena. Yalah, esok kan hari ambil keputusan SPM, tapi Elena terpaksa ambil dari jauh. Gadis itu nampak terkedu kejap tapi dia masih menggeleng. Lelaki itu menggaru kepalanya yang tidak gatal.

"Elena, hm Elena nak keluar boleh?"

Ayah kerut dahi mendengar permintaan Elena. Sepanjang beberapa bulan Elena di sini, Elena memang tak keluar walaupun Amelia selalu mengajak jalan-jalan di kawasan sekitar. Dah area rumah pun dia taknak, apatah lagi nak pergi shopping mall. Soalan Elena ni, hm macam ada sesuatu yang tak kena....

"Kenapa? Pergi mana? Dengan siapa?"

Elena telan liur payah. Alamak, macam polis punya soalan! Tak sangka ada keluarga payah nak keluar. Masa dengan mak dulu, kata je nak keluar dengan siapa, terus greenlight.

"Erm dengan kawan..."

"Kawan mana pulak? Kamu bukannya keluar pun."

Elena ketap bibir. Betul kata ayah, dia tak pernah keluar untuk kenal dengan budak-budak kawasan perumahan ni. Amelia ajak lepak sama pun dia tolak. Bukan sombong, tapi segan. Dia susah nak berkawam dengan orang.

Tengoklah, kawan dengan Farisha, kena buang.  Hafez Ashraf, pun sama je perangai. Irham,

Oh, kawan mana!

"Aaa Elena ada member area sini. Baru teringat sebab baru contact balik."

"Tinggal area sini ke?"

"Aaa boleh la."

"siapa? Kot-kot ayah kenal."

"Kalau tak kenal, tak boleh keluar ke?" Soal Elena perlahan. Alamak, macam tak de peluang je ni.

"Aik gaya cakap macam nak jumpa laki. Laki eh?"

Elena tersengih. Aduh kantoi sudah.

"Nama dia Irfan."

Elena terus jujur. Dia tak berani nak menipu bila nampak riak wajah ayah macam nak terberak kapur tunggu jawapan. Lagi-lagi bila dah terkantoi kawan dia tu lelaki.

Ayah macam terkujat apabila dengar sebaris nama Irfan sebelum dia berdehem semlua.

"Ayah izinkan," Elena terus senyum lebar dan matanya tampak bercahaya mendapat keizinan tu.

"Amelia Farha, sini kejap."

Amelia tak menjawab tapi kemudiannya Elena terdengar derap tapak kaki berlari dari tingkat atas, bilik Amelia atau, bilik mereka - Elena dan Amelia.

Broken Rules ✔️Where stories live. Discover now