BR ❤ 33

2K 159 4
                                        

What's wrong with hanging out with my own ex?

Elena memandang sekeliling, menikmati suasana ramainya manusia yang masih hidup atas muka bumi ni. Tulah, berkurung je kerja, memang taklah nak tahu wujudnya manusia ni huhu.

Mereka memilih untuk makan dan bercerita di KFC sebelum pulang ke rumah. Elena bersyukur sangat apabila Amelia hanya berdiam diri tadi. Irfan pun sama. Cuma kadang kala mata mereka saling bertembung sebelum mereka melarikan kembali pandangan mereka. Elena tak dapat nak sambungkan titik hubungan mereka. Elena yakin Irfan dan Amelia pernah kenal dan mungkin sesuatu buruk terjadi antara mereka.

Tapi apa?

Ayah pun seolah olah kenal Irfan. Ibu jugak.

Aduh biarlah. Masalah dia dengan Irham pun tak settle, nak settlekan masalah orang pulak. Hello, sedar la sikit!

"Em so, aku orderkan makanan. Nak makan apa?" Suara Amelia memecah keheningan suasana awkward yang terbina. Irfan pandang Amelia dengan pandangan kosong tanpa suara.

Elena picit dahi, pening tengok mereka berdua. Akhirnya dia ambil keputusan untuk berdiri. "Why not, aku yang orderkan, korang stay sini diam-diam, settle your bussiness. Aku keluar dengan Irfan untuk tahu pasal kawan aku but since korang macam tak ok je, so have fun!"

Amelia membuntangkan matanya mendengar idea Elena. "No way! Jangan tinggalkan aku dengan Irfan weh!"

Elena pandang Amelia, kemudian Irfan. "Yeah, better not to."

"Why not?"

"Because we're ex." Balas Irfan, selamba.

Elena tekup mulut sendiri, tak percaya. Dia pandang Amelia yang muka dah cemberut menahan.... marah kot?

Aik takkan marah? Okay, awkward should be okay, but angry?

"Oh no wonder."

Sepi kembali. Amelia yang semangat nak order kan pun dah diam. Sudahnya Elena bergerak sahaja ke arah kaunter tanpa mengetahui ex tadi tu nak makan apa.

Makan je la apa yang dapat. Siapa suruh taknak bagitau.

Tiba-tiba phone di dalam poket bergetar kejap menandakan ada noti masuk. Elena membuka aplikasi whatsapp dan nampak nama Irfan tertera di list atas sekali.

Irfan

Aku nak zinger burger.
Air pepsi.

Kau kasi Amelia wrap.
Ice lemon tea.
Tapi kena bayar 1.50 kot.
Takpe, nanti aku bayarkan
bahagian Amelia.

Elena tersenyum nakal sambil memandang Irfan yang macam cacing kepanasan duduk berdua dengan Amelia. Keadaan mereka ni membuatkan Elena makin nak tahu pasal mereka.

Asal break up eh? Irfan tu nampak hm hot la jugak. Macam Irham. Amelia? Stunning good. Perfect la kiranya.

Elena membayangkan dirinya couple dengan Irham sebelum menggeleng laju. Uish, jauh panggang dari api! Bagai langit dengan bumi siot. Irham perfectly handsome, dan dia

Hanya gadis selekeh yang tak reti nak melawa atau mencomelkan diri.

sebaris nama Hafez muncul di layar memori. Hafez dengan dia? Lebih kurang je. Cuma Elena takde hati untuk diberi kepada Hafez. that's it.

Sebab hati dah bagi kepada Irham.

Fuh sejak bila pandai main kata ni Elena Yasmeen!

"Ye dik nak apa?"

Broken Rules ✔️Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang