BR ❤️ 49

1.9K 128 21
                                    


Aneh. Itu sahaja yang mampu Elena fikirkan sebaik sahaja mereka bertolak ke Sapphire pagi itu. Homestay yang didiami Irham dan keluarganya dah kosong. Apabila mereka singgah ke rumah Dhiana, Dhiana kata keluarga Irham ada singgah sebentar untuk ucapkan salam perpisahan.

Bagi Hafez tiada apa yang aneh tapi bukan pada Elena. Dia tahu Irham ada rencanakan sesuatu tapi tak tahu apa.

Lelaki tu....

Mungkinkah dia psiko?

Kereta Hafez diparkir betul-betul depan rumahnya. Apa pun yang berlaku, Elena masih tinggal di sini.

Selesai mengemas barang, Elena tidak terus berehat di bilik namun dia bersiap-siap seolah-olah mahu keluar. Hafez yang curiga menahan gadis itu daripada keluar.

"Ala bagila aku keluar kejap."

"Nak pergi mana? Naik grab ke? Biar aku hantar."

"Aku nak pergi apartmen, nak jumpa Rose."

Hafez tersentak kejap sebelum menggaru belakang lehernya. Elena yang dah biasa dengan sikap Hafez menghidu sesuatu.

"Kau ada sorok apa-apa ke?"

Hafez ketap bibir. Tepat sangat budak ni tembak jawapan.

"Aaaa Rose is currently emm didn't stay at the apartment anymore."

Elena membuntangkan matanya, "kenapa? Dia pergi mana?" Elena mulai kaget. Seingatnya dia ada memesan kepada Hafez untuk menjaga Rose sepanjang dia ke Perak.

Hafez nampak gelabah kejap apabila digertak Elena begitu. Budak ni kalau pasal kawan baik dia tak boleh dibuat main.

"Dia dah tak belajar kat situ El."

Elena kerut dahi mendengarnya, cuba untuk menterjemahkan ayat yang baru sahaja dia dengar.

"Ke... Kenapa?" Gadis itu kelihatan keliru. Dia sepertinya dah tahu sebab Rose tidak belajar di Sapphire lagi namun untuk menerima hakikat itu,

Mustahil.

Tak mungkin Rose-

"Kau tahu jawapannya."

Seperti sebatang pokok yang tadinya tegak berdiri akhirnya jatuh diaambar petir. Itu lah yang boleh diibaratkan kepada Elena.

Tak mungkin.

Tak mungkin.

Tak mungkin.

Tak mungkin.

Rose dah sihat. Dia yakin.

Tapi-

Air mata Elena menitis, satu demi satu sehingga akhirnya menjadi seperti air terjun. Hafez yang melihatnya seperti itu tidak sampai hati untuk meneruskan kata.

"Kau tipu kan Hafez? Cakap yang kau tipu." Elena sedaya upaya untuk bercakap.

Hafez geleng kepalanya perlahan kemudian menunduk memandang lantai, "aku jumpa dia dalam bath tub berendamkan darah. Her cut this time is too way deeper. Kalau aku lambat masa tu dia boleh mati, El."

"Kenapa tak bagitau aku? At least, whatsapp." Mata Elena mencerlung tajam.

"Aku taknak kacau masa kau dengan Dhiana."

Elena menekup mukanya, menahan tangis yang keluar tanpa henti. Mendengar cara Rose menamatkan hidup adalah sesuatu yang ngeri. Dah cut, rendam pula dalam bathtub untuk lemas. Gila. Rose memang tekad untuk bunuh diri hari itu.

Broken Rules ✔️Where stories live. Discover now