Seperti yang Elena jangka, dia memang jadi traveller sepanjang cuti lepas SPM. Penat tu penat jugak, berani tak payah cakap. Cuak kot setiap hari keluar pagi, balik maghrib. Kan best kalau ada adik beradik, boleh teman. Ada member pun best.
Haih, mulut Elena rajin mengeluh buat beberapa minggu ni. Setiap kali nampak sekumpulan budak, mesti dia teringat masa dia lepak dengan Hafez, Akif dan Dhiana. Duh, apasal la dia nak jaga perasaan Irham pulak! sepatutnya dia jujur haritu.
Nasi dah jadi bubur. Sedap dimakan tapi ada ke yang nak makan setiap hari?
Elena jalan sepanjang koridor. Sekarang belum masa melawat, jadi dia mengambil keputusan untuk cari kak Mira. Dah lama tak lepak dengan doktor seorang tu.
Belum sampai bilik kak Mira, orangnya dah keluar. Kak Mira perasan akan kehadiran Elena di situ, terus berjalan ke arah gadis itu.
"Ha awal datang. Kenapa?" Elena tak menjawab sebaliknya dia memeluk doktor itu.
"Rindu."
"Tipu. Semalam jumpa nak rindu apa?"
"Semalam akak check mak je. Tak check Yasmeen."
Kak mira geleng kepala. Budak ni ada je nak jawab. Dia cuba ceriakan diri sendiri sebenarnya, kak mira tahu tu. Hari terakhir sekolah yang tak berapa nak best memberi impak yang besar dalam hidup Elena Yasmeen. Elena semakin pendiam dari sebelum ini namun kalau dengan kak Mira memang mengusik je kerja.
"Dah contact kawan?"
Elena mencebik namun tak membalas. Dari reaksi itu, Kak Mira tahu bahawa Elena masih berdiam diri terhadap kawan-kawannya. Apa yang nak takutkan sangat pun tak tahu. Untuk jaga hati Irham, hati sendiri terluka. Sampainya hati Elena.
Irham tu pun bodoh. Ha maaf ye semua, tapi dia tu memang bodoh pun. Bukannya nak jujur. Nak sorok-sorok pulak.
Kalau suka, bagi tahu. Kalau tak suka pun bagitahu.
Senang bukan?
"So nak breakfast?"
Elena pandang kak Mira dengan muka berseri-seri. Orang pelawa, kita on aje!
❤
"Ummi, kita makan dulu boleh tak? Harly lapar la." Seorang budak berumur 12 tahun sedang memegang perutnya bagi menunjukkan dia lapar. Seorang wanita 40-an pula sedang merenung plastik hospital yang dipegang sejak keluar dari bilik rawatan. Mungkin sedang membaca nota di plastik.
Seorang remaja lelaki sedang memimpin kanak-kanak tu. Lelaki tu memandang adiknya dengan pandangan yang kau-serius-la?
"Fez, pergi dulu kafe, bawa Harly sekali. Ummi nak pergi tandas kejap."
"Okay." Mereka berjalan berlainan arah. Si ibu menuju ke tandas manakala si anak menuju ke kafeteria.
Harly memang teruja gila bila sampai kafe. Si abang dah pening kepala tengok si adik. Apa masalah budak ni dah 12 tahun pun perangai macam budak-budak? Aduh. Kafeteria hospital makanan bukannya sedap pun dey.
"Ha cepat nak makan apa? Macam tak boleh tunggu balik je kau ni."
Hafez mengomel sambil membawa adiknya ke deretan gerai. Tapi Harly tak kisah pun dengan omelan si abang. Dia lebih tertarik dengan bau sup.
Selesai membeli mee sup yang si abang yakin dia boleh masak sendiri kat rumah, mereka mula memilih tempat duduk. Nasib mereka baik apabila ummi mereka dah pilihkan tempat duduk.
![](https://img.wattpad.com/cover/154377684-288-k621133.jpg)
YOU ARE READING
Broken Rules ✔️
Short Story[ COMPLETED ] Ini kisah seorang gadis yang sudah jatuh - "Aku takkan suka kau. Cermin diri kau sikit." - Hafez Ashraf "Aku dah cermin tadi. Lawa je aku tengok." - Elena Yasmeen - kemudiannya ditimpa tangga "Aku cuma nak tolong-" - Irham Akhmal "I do...