BR ❤ 27

1.9K 166 9
                                    

[ flashback ]

Masa : malam
Lokasi : atas bumbung

Angin malam yang meyapa tubuh Elena membuatkan dirinya berasa sejuk. Mujur dia bawa sweater sendiri. Kalau dia tak bawa sama, dia rasa sekarang ni dia tengah bersin macam orang gila. Yup, Elena alah pada sejuk melampau.

Elena pandang sekilas ke arah Irham yang sedang duduk memandang langit yang dihiasi bintang. Di tangannya ada sebotol air soya dan sebotol lagi dalam genggaman Elena sendiri. Irham pun nampak sejuk. Memang sejuk la kalau lelaki tu cuma pakai tshirt nipis lengan pendek.

"Aku masuk kejap." Irham memandang Elena yang perlahan-lahan turun dari bumbung, menuju ke arah tingkap bilik. Gaya Elena macam dah biasa turun bumbung. Irham pelik sendiri dengan gadis ni. Beraninya panjat bumbung. Dia yang buat idea gila ni pun fikir dua tiga kali juga.

Tak lama kemudian, Elena muncul semula dengan muka yang sukar untuk ditafsirkan. Macam cuak. Irham tersengih. Dalam berani pun, cuak jugak ye? Hm.

Sehelai selimut elena hulurkan kepada irham setelah dia dah duduk dengan stabil. Irham angkat kening, "what for?"

Elena gosok hidungnya dengan muka pandang ke arah lain. Tangan masih setia menghulurkan selimut tadi. "You need it."

Irham senyum. "Thanks."

Irham ambil selimut itu lalu membaluti dirinya. Ahh, nyaman. Irham pandang Elena di sebelah. Gadis itu meletakkan kedua dua tapak tangannya di mulut. Jelas kelihatan gadis itu menggigil kesejukan walaupun dah pakai sweater. Perlahan-lahan Irham mendekati Elena lalu meletakkan selimut yang bersaiz besar itu di atas bahu Elena juga. Elena tergamam kejap sebelum menjarakkan diri.

Dah kenapa mamat ni?

Namun irham buat selamba. Malah, dia peluknya Elena. Baginya, tak salah pun mereka share selimut yang sama. Mereka bukan tidur sekali. Mereka masih berjaga dan masing-masing masih waras.

"Err Irham, aku tak selesa."

Akhirnya Elena bersuara apabila tiada sebarang respon daripada Irham. Cakap pun tak, make a gap pun tak.

Irham pandang Elena dengan nakal sebelum ketawa. Pelukannya dieratkan.

"Rileks."

Elena kerut dahi. Rileks dalam keadaan macamni. Gila betul!

"Em apa kata kau cakap apa yang kau nak cakap."

Elena cuba alih perhatian Irham, dengan harapan lelaki ni alih tangan dia. Tapi tak. Irham buat tak tahu.

"Kalau aku cakap sekarang,"

Ayat Irham terhenti di situ. Irham memandang elena lama. Mata, hidung kecil Elena, bibir munggil gadis itu yang berwarna pink pucat, dagu terbelahnya, semua Irham tengok. Rambut Elena yang selama ini dia ikat, harini Irham nampak rambut itu bebas terbang. Rambut Elena lembut beralun ditiup angin malam.

"Kau kenapa weh? Takut aku. Kau nak buat benda jahat kat aku ke?"

Irham tampar lengan elena lembut. Otak dia! Dia fikir aku ni perogol bersiri ke sia?

Jujur Irham cakap, dia memang terniat nak buat macamtu.

Tak, tak. Irham rasa nak peluk Elena sambil meluahkan rasa yang dia pendam selama cuti ni. Dia nak jelaskan semuanya kenapa dia tak layan Elena. Tapi dia takut lepas apa yang dia jelaskan, dia tak dapat nak tengok Elena macamni.

"Am?"

"Lena, kalau aku cakap sekarang," Irham tarik nafas.

"Kita takkan macamni." Nafas Irham dihela selepas sebaris ayat itu dilepaskan.

Broken Rules ✔️Where stories live. Discover now