BR ❤ 31

2K 154 10
                                    

Without you, I feel lifeless


3 bulan berlalu dan keadaan semakin hambar walaupun hidup Elena semakin ceria dengan kehadiran keluarga dan kawan-kawan yang hanya dihubungkan dengan whatsapp. Entahlah, Elena rasa macam ada sesuatu yang kosong.

Kosong sangat.

Rasa sepi.

"Kalau rasa sunyi, ingat Allah."

Jawapan klise yang dia akan dapat kalau dia cuba luah kepada ibu mahupun Hafez. Tolonglah bagi jawapan lain. Dia bukan sombong taknak ingat Allah. Tak, jauh sekali nak lupa terus akan Dia.

Tapi dia memang rasa kosong.

Sama kosong dengan chat dia dengan Irham. Sejak Irham fly, dia memang tak dengar langsung pasal lelaki bekas pujaan hati dulu. Instagram paling Elena buka. Last dia buka masa dia lepak dengan Hafez tahun lepas.

Ala, yang pergi KLCC tu.

Elena pandang phone yang bergetar lama tanda ada orang call. Nama Dhiana tertera di skrin. Pantas sahaja jemari halusnya menekan butang hijau.

"Yo Elena, alhamdulillah kau angkat. Aku baru nak cuba try test je."

"Waalaikumsalam. Cuba try test apa?"

"Phone baru."

Kedengaran suara tawa Dhiana di hujung talian yang turut diselangi dengan tawa garau di belakang tabir.  Elena cuba amati betul-betul suara garau tu tapi tak dapat.

And, wait, what so funny though?

"Dhiana, siapa ada dengan kau?"

Tawa Dhiana berhenti seketika namun tawa si garau masih ada sebelum berdehem kejap.

"Akif." Suara garau itu menjawab.

"Akif? Jap korang keluar ke?"

"Haah, without you." Jawab Dhiana.

Elena mendengus, "lembab, maksud aku, korang keluar berdua ke?"

"Errr," Dhiana mendiamkan diri sekejap, "haah."

"Korang dating??"

"TAK DAN TAKKAN!"

Kedua-dua suara nyaring itu bergabung membuatkan Elena menjauhkan sedikit phone dari telinga. Mujurla dia tak pakai earphone. Kalau tidak, mahu pecah gegendang telinga.

"By the way, motif aku call kau ni sebab nak inform pasal Irham," Dhiana bercakap dengan nada perlahan semula. Fuh nasib baik dia reti tune suara.

"Bukan cakap pasal kitorang." Akif menyampuk sebelum dia diketuk di bahu. Elena tak nampak situasi tu tapi dia dapat bayangkan sebab Dhiana memang suka attack bahu.

"Diam bongok." Dhiana memarahi Akif. Dengar nada suara dia aje dah tahu Dhiana tengah geram.

"Oh ok sorry."

Elena tepuk dahi. Asal la diorang tak nampak yang diorang ni memang ditakdirkan bersama.

Hm macam mana dengan aku eh?

Ish apa ni!

"Haa cakap la pasal apa?" Elena bersuara setelah dari tadi dia cuma dengar orang bertekak saja. Macam lah dia takde kerja lain nak buat. Baik dia tolong ibu kat dapur. Lepastu get ready baju kurung untuk pergi sekolah Amelia esok.

Lupa nak bagitau, esok keputusan SPM diumumkan dan Elena berada di perantauan so yeah, selamat melihat keputusan SPM dari dalam phone.

"Irham post kat IG. Baru je lagi dalam 3 jam lepas."

"Aha, so...?"

Please cakap tu gambar aku dengan dia or at least pasal aku. Caption pun takpe lah.

"Dia macam dah ada girlfriend mata biru je."

Prang!

Bunyi pinggan pecah dari dapur betul-betul serentak dengan hati dia yang seolah-olah dah jatuh dihentak lantai.

Elena telan liur, payah.

"Asal?" Dengan payah Elena bertanya tapi dia acts normal. Takde suara bergetar walaupun dia yakin Dhiana mampu dengar keretakannya yang satu.

"Aku taknak cerita lebih. Kau tengok lah sendiri. Oh ha lagi satu, Hafez says hi."

Elena terbatuk kecil, "he's there?"

"Tak. Dia kata before kitorang keluar. He's busy lately. Oh and he says sorry sebab tak chat dengan kau."

Ahh, so Hafez busy.. Patutla dia terasa kosong walaupun baru semalam dia chat dengan Hafez setelah beberapa minggu berlalu. Kah.

"Tu je eh?"

"Haah, that's all. Sorry kacau."

"It's okay, aku tak kisah. Em goodluck esok Dhiana, and Akif if he stills there."

"THANK YOU! KAU PUN SAMA WALAUPUN KAU TAKDE ESOK."

Okay, Akif masih ada di situ.

Dan selepas itu, kosong.

Sama kosong dengan hati dia yang dah berderai tengok gambar IG Irham.

Irham bergambar dengan perempuan tu, siap pegang pinggang perempuan yang dikenali sebagai @pineenelope.

They look,

Sweet.

Hard to deny that.

Maybe I should move on after all.




Kejap, mana nombor Irfan?

🌸🌸🌸

Elo, I'm back!










Broken Rules ✔️Where stories live. Discover now