KLCC. Akhirnya itu yang lokasi yang Elena dan Hafez pilih. Sepanjang haritu Elena hanya ikut kehendak Hafez tapi betul, Elena sangat menikmati harini.
Bukan sebab dia keluar dengan Hafez tapi sebab dia dapat berjalan mengisi masa lapang.
Awalnya Elena cuak jugak nak keluar dengan lelaki ni. Dah dekat setahun jugak tak bercakap tiba-tiba keluar bersama.
Cheese cake betul rasa!Nampak macam couple sejati gitu hakikatnya siapa sangka mereka ada sejarah hitam sendiri kan?
Saat nak balik, tiba-tiba sahaja Hafez ajak pergi ke taman KLCC. Katanya nak ambil angin sekejap. Elena mengikut. Dia bukan tahu sangat kawasan ni. Sesat siapa nak cari?
Hello polis, Elena hilang. Tolong carikan.
Nak harap Hafez cakap macamtu? Hm dalam mimpi jelah.
Mereka berdua duduk di satu bangku panjang. Pada awalnya rapat tapi Elena jarakkan diri sikit kerana tak berapa selesa. Lagipun nanti Hafez fikir Elena nak goda dia pulak. Eew memang taklah.
Tapi Hafez turut duduk rapat dengan Elena. Elena tak boleh nak buat apa dah. Redha je la dah lelaki tu yang nak kan. Nak jauh lagi tak boleh, dah ada orang duduk.
Dan tiba-tiba
Klik!
Hafez tersenyum lebar melihat phone di tangannya. Elena terkedu kejap cuba memproses apa yang berlaku sebentar tadi. Bila dah nampak Hafez senyum sorang-sorang sambil tengok phone tahulah Elena yang Hafez curi-curi ambil gambar dia.
Elena ambil phonenya dari dalam beg tangan lalu diletakkan ke telinga. Sempat lagi dia berdehem, nak neutralkan semula suaranya yang hilang ditelan waktu. Memang hilanglah sepanjang melepak dia tak cakap pun.
"Hello pulis, ada orang curi curi ambil gambar saya. Tangkap dia sekarang boleh tak?"
Hafez ketawa terbahak bahak dengan tangan menepuk peha sendiri. Bila tengok Elena buat dia rasa macam
Haih what an adorable creature is she. Kenapa dia tak nampak semua ni tahun lepas?
"Kau nak apa pandang aku? Nak tangkap gambar aku mintaklah elok-elok. Aku limited edition kot." ujar Elena dengan suara yang sedikit dikeraskan. Mukanya turut dikerutkan sedikit bagi menampakkan lagi elemen garang seorang Elena. Tapi percayalah tu sia-sia je. Bagi Hafez, tu sesuatu yang comel.
"Mestilah LE Elena. Untuk aku je kan?" Elena buat gaya nak muntah. Salah tafsiran lah dia ni. Terjemahan mana dia pakai ni?
"Okey la aku mintak izin eh? Nak ambik gambar awak boleh tak?" Soal Hafez dengan suara yang ditahan serupa maknyah cari mangsa baru. Elena tergelak. Suara maknyah takpe lagi. Ni dengan gaya maknyah nak campak mana? Memang gelak la jawabnya.
Tapi Elena tetap angguk dalam gelak.
"Ha now aku nak kau berdiri kat pagar pokok tu." Elena ikut arah jari telunjuk Hafez. Lepastu dia kerut dahi sambil memuncungkan bibir.
"Jauh gila." Elena dah malas nak berjalan. Serius penat.
"Ala aku pergi jugaklah. Jom."
Mereka berdua berjalan beriringan ke pagar yang dimaksudkan. Selepas itu Hafez minta Elena berdiri di situ dan buat gaya model. Elena menolak beberapa kali dengan alasan tak reti tapi Hafez peduli apa. Dia nak ambilkan gambar perempuan tu je.
Selepas tiga kali cubaan akhirnya gambar Elena seperti model berjaya ditangkap. Mujurlah Hafez ni seorang photographer berjaya, ceh.
Elena fikir sesi bergambar dah habis lagi lagi langit dah dekat warna oren dah pun tetiba Hafez tahan seorang budak lelaki yang dalam lingkungan umur 12-14 tahun.
![](https://img.wattpad.com/cover/154377684-288-k621133.jpg)
YOU ARE READING
Broken Rules ✔️
Short Story[ COMPLETED ] Ini kisah seorang gadis yang sudah jatuh - "Aku takkan suka kau. Cermin diri kau sikit." - Hafez Ashraf "Aku dah cermin tadi. Lawa je aku tengok." - Elena Yasmeen - kemudiannya ditimpa tangga "Aku cuma nak tolong-" - Irham Akhmal "I do...