BR ❤ 45

1.9K 141 6
                                    

Elena melangkah masuk ke bilik pensyarah di Fakulti Seni, sekali lagi selepas 4 tahun tak menjejakkan kaki. Kali terakhir dia datang, dia cuba jumpa ayahnya tapi receptionist kata dia keluar. Elena pun tak tahu nak percaya atau tidak yang ayahnya keluar. Mana tahu kalau dia tak bersedia lagi nak jumpa Elena?

Hafez tak tahu langsung rancangannya harini. Dia cuma nak jumpa, selepas itu buat kejutan.

Elena berdiri statik depan meja receptionist. Gadis di meja depan itu sedang tekun menulis sesuatu, mungkin laporan. Dia tak tahu nak memulakan bicara macam mana, lagi-lagi orang yang sama yang jadi receptionist sejak 4 tahun lepas.

Rasanya, dia ingat aku tak?

Gadis itu kemudiannya tiba-tiba duduk tegak memandang Elena sambil terkebil-kebil. Elena hanya mengukir senyuman janggal sebelum memulakan bicara.

"Maaf ganggu, Profesor Ezril ada?"

Gadis itu kelihatan tergamam kejap sebelum dia angguk laju. Pantas dia mendail telefon yang tersedia atas meja lalu talian disambungkan ke dalam.

Elena agak terkejut melihat kelakuan gadis tu. Dia tak tanya nama aku pun?

Gagang telefon diletak semula, "awak boleh masuk sekarang."

"Terima kasih."

Elena berjalan menuju ke pintu sebelum gadis itu bersuara perlahan,

"Nice to meet you, kakak."








T

ahu-tahu sahaja Elena dah ada dalam kereta duduk di bahagian belakang kereta bersama gadis receptionist tadi. Segala perbualan berjalan dengan lancar walaupun ada sedikit kecelaruan emosi tadi.

Dia masih tak boleh gelarkan Profesor Ezril itu sebagai ayah atas sebab apa yang berlaku selama ini. Gadis di sebelahnya itu juga, dia dah tahu namanya.

Elenor Yuhaira. Adik sebapa lain mak yang berbeza 2 tahun daripadanya sungguh cantik kalau nak banding dengan dirinya. 4 tahun lepas, gadis itu saja bantu bapanya dengan menjadi gadis penyambut tetamu. Kebetulan, penyambut tetamu yang asal bercuti bersalin ketika itu.

Sekarang pun sama.

Profesor Ezril akhirnya memakirkan keretanya di depan hotel. Elena sudah dimaklumkan yang mereka akan makan di hotel tengah hari ini. Elena pada awalnya menolak namun Elenor teringin sangat nak berbual dengan Elena.

Terpaksa la dia bersetuju.

"Elena dan Elenor masuk la dulu. Ayah nak jumpa kawan kejap. Elenor, bawa kakak masuk dalam."

Elenor angguk laju. Dia dah tahu selok belok hotel ini.

"Jom kakak."

Elena senyum simpul. Kakak? Tak sangka dia ada adik.

Elenor bawa Elena duduk di meja yang ditempah khas tadi. Mereka ada berborak sikit sementara menunggu Profesor Ezril datang semula. Antara topik mestilah pasal cinta heh.

Cliche.

"Elenor, Elena. Sorry lama tunggu." Profesor Ezril akhirny memunculkan diri di meja setelah lama menunggu. Di belakangnya ada seorang wanita anggun dan mereka berpegangan tangan.

Otak Elena pantas menghantar isyarat bahawa itu,

Itu perampas kebahagiaan mak.

Broken Rules ✔️Where stories live. Discover now