Tahu tak, aku rasa Broken Rules ni ada la 20-30 chapters. Maybe la. Semoga otak aku dapat berkembang elok untuk tulis cerita ni 😇
❤
Elena kusutkan rambutnya yang dah diikat kemas. Ni semua Hafez punya pasal. Sejak Hafez post dengan caption merepek tu haaa sejak tu la Elena famous di mata manusia di Ravion High ni hah. Memang sebelum ni dah famous sebab kena reject terang-terangan kat kantin tapi kalini rasa macam over la pulak.
Tahun lepas kena rijek harini dah baik siap ada love bagai kat caption eeeee mana Elena tak serabutnya? Tambah serabut lagi bila kawan baik sendiri palau dia macam dia yang bersalah. Yang post di Instagram tu Hafez, bukannya dia. Gambar dia jadi model pun Hafez tak beri.
Tolonglah faham yang Elena dan Hafez keluar untuk berbaik je bukan ada apa-apa pun!
Erghhh cheese cake!
Pertama kali selepas berbulan dia rehat di kantin harini dia kembali ke rutin asal. Rehat di perpustakaan. Terasa rindu pulak nak lepak kat tempat yang penuh dengan buku. Tak dilupa pada habuk habuk yang seronok berterbangan di ruang udara perpustakaan ni.
Dia rehat sini sebab nak mengelak jumpa budak banyak mulut kat kantin. Tapi
Buka buka pintu dah nampak Hafez di kaunter. Dah la tu, Hafez pergi pandang pulak dia masa dia buka. Oh tak tak. Taknak dia masuk. Dia lebih rela rehat di kantin kalau macamni.
Elena terus tutup pintu dan berundur ke belakang. Dalam otak dah rencana sesuatu. Lari dan terus ke koperasi di sebelah perpustakaan. Ya tulah terbaik.
Tapi
Tak sempat bila Hafez tolak kembali pintu tu dan mata mereka bertemu.
Dari matamu matamu
ku mulai jatuh cinta
Aku terlihat terlihat wajah bayangnya
Dari mata terus jatuh
Jatuh terus jatuh ke hati.EHH TIBER
"Elena, glad to see you here."
"Ha, aaaa ..." Elena garu belakang leher, awkward moment untuk seorang Elena ialah sekarang. Aduh, takde sesiapa ke yang nak langgar dia sampai terjatuh -
Oh wait no no nanti Hafez tolong angkatkan dia. Eeeeee lagi kecoh Ravion High kalau macamtu.
Hafez tersenyum melihat Elena seperti cacing kepanasan. Hafez tahu je Elena tak selesa dengan dia lagi-lagi mereka baru je popular di sekolah. Tapi nak buat macam mana? Hafez dah berubah. Hafez nak berbaik semula dengan semua orang and its include Elena Yasmeen.
Ceh gaya cakap macam ramai gila manusia yang dia dah buat salah padahal Elena je yang paling teruk dia pernah buat.
"So Elena, kau nak study ke? Jom la study dengan pesaing nombor satu kau ni. Mana tahu next exam kau pula nombor satu in batch kan?"
Elena tersengih mendengar ajakan Hafez. Dia ajak belajar sama? Kelakar apa? Kalau belajar sama mestilah semeja. Bila semeja orang nampak macam tengah dating walaupun ada buku kat depan mata.Pantas sahaja kepala Elena memberi respon. Geleng lah, apa lagi. Angguk cari nahas namanya.
Dia datang perpustakaan nak lari dari kenyataan bukannya nak belajar so no way!
![](https://img.wattpad.com/cover/154377684-288-k621133.jpg)
YOU ARE READING
Broken Rules ✔️
Short Story[ COMPLETED ] Ini kisah seorang gadis yang sudah jatuh - "Aku takkan suka kau. Cermin diri kau sikit." - Hafez Ashraf "Aku dah cermin tadi. Lawa je aku tengok." - Elena Yasmeen - kemudiannya ditimpa tangga "Aku cuma nak tolong-" - Irham Akhmal "I do...