BR ❤️ 48

1.9K 127 26
                                    

Pintu bilik dibuka dari luar. Wajah risau Dhiana terjegul di depan muka pintu sebelum dia melangkah masuk. Pintu ditutup semula sebelum Elena terdengar bunyi klik. Dhiana kunci.

Di tangan Dhiana terdapat satu beg kertas yang Elena tak tahu apa isi di dalamnya. Beg itu diletakkan di teoi katil. Shawl putih yang dililit atas kepala dileraikan lalu digantung di kerusi. Dia mengambil tempat di sebelah Elena yang kelihatan keliru.

"Okay tak? Hafez cari kau merata tempat rupanya ada dalam bilik." Dhiana melekapkan telapak tangannya atas dahi Elena sebelum tangan itu ditepis.

"Aku tak demam Dhiana."

"Then why? Muka kau pucat."

Elena gigit bibir. Dia pandang cermin yang tergantung di sebelah katil yang dia duduk. Benar kata Dhiana. Mukanya pucat namun berjaya disorok dengan make up.

Tapi untuk orang yang dah kenal Elena Yasmeen pasti tahu dirinya itu pucat.

"Panas kot."

Dhiana kerut dahi. Dia dapat rasakan itu bukanlah jawapan sebenar Elena namun dia ambil keputusan untuk endahkan sahaja. Malas nak panjangkab perbualan ni. Nanti silap haribulan Elena mengamuk.

Beg kertas yang tadi Dhiana letak di tepi katil Dhiana bawa naik ke atas lalu diberikan kepada Elena.

"Hafez bagi."

Elena intai isi beg kertas tersebut. Senyuman nipis terukir di bibirnya. Baju yang ditempah sedondon mengikut tema majlis bersanding Dhiana dan Akif rupanya.

"Tak bukak tengok? Call Hafez ke cakap thanks? Hafez dah balik tadi dengan family dia sekali dengan Akif."

Elena geleng. Malas. Dia rasa macam dah takde semangat untuk teruskan hari ini.

Dhiana mengeluh. Budak ni nak bendera merah ke tetiba moody ni? Aiseh! Menyusahkan betul.

Elena di sebelah dia tenung lama. Elena pucat, sedang merenung lama meja belajar di sudut bilik. Dhiana tahu Elena bukan tenung meja. Tapi benda lain.

Benda yang lebih hadapan dari sebuah meja belajar.

Masa akan datang.

"El, kau dari tadi termenung. Cerita la kat aku."

Saat itu pandangan mata Elena terhadap meja terputus. Dia seolah-olah kembali ke dunia nyata.

"No. Ni hari kau. Aku tak patut rosakkan harini dengan hanya cerita bodoh aku."

Elena bangkit dari katil. Tangannya mengeluarkan baju yang ada di dalam beg kertas tadi lalu diletakkan selamba ke atas badannya. Acah-acah pakai. Dia kemudiannya merenung dirinya ke dalam cermin. Lama.

"Kau buat lagi."

Elena tersentak. Dia memang tak perasan yang dia termenung.

"Kau dah jumpa Irham ye?" Sekali lagi Elena tersentak. Dhiana betul-betul tekad nak korek masalah dia. Tiada gunanya lagi kalau dia geleng kepala, cakap TAK. SALAH.

Keluhan dilepaskan sebagai jawapan Elena. Dhiana tersenyum kelat. Dirinya turut bangkit dari duduk lalu mengurut bahu Elena perlahan.

"Kau stres kot El. Jangan pressure diri tu sangat. Tak elok. Kau jugak cakap harini hari aku. Hari aku hari kau jugak El."

Elena hanya mendiamkan diri. Dirinya terasa sedikit lega dengan urutan Dhiana.

"Aku minta maaf sebab jemput Irham datang sini. Aku fikir ni la masa yang sesuai untuk rapat balik. We broke before this. But i didn't expect that he showed up wearing the same exact theme as you two. Aku tak tahu menahu tentang ni. I'm sorry."

Broken Rules ✔️Where stories live. Discover now