BR ❤ 22

2.1K 170 4
                                    

"Kita daftar kelas tambahan ni sebab nak lepak kan?" Elena meneka apabila mereka tiba ke Family Mart yang berhampiran dengan Ravion High. Hafez dan Akif angkat kening sebelah serentak sambil tergelak. Elena geleng kepala sebelum dia tepuk dahi. Bertuah punya member! Ajak belajar bagus dah, tetiba keluar macamtu je hm.

"Aku minta izin mak aku untuk kelas je tau. Family Mart tak minta." Elena memberitahu lagi apabila kakinya melangkah masuk ke dalam kedai. Hafez ketawa. "Yeah, we knew that. Tapi aku dah inform mak kau, so no worries okay?"

"What?" Elena hampir menjerit dalam kedai apabila dengar informasi Hafez tapi Hafez buat gaya kerek. Dia cakap jujur kot. Kalau dia boo-layan perempuan ni, kang perempuan ni membebel teruk. Punah harapan dia nak lepak.

"Ala rilek la Elena. Kita makan dulu, please. Rehat dah la kejap je ni." Akif, si penenang situasi berkata sambil meletakkan beg di atas meja kosong. Elena mencebik. Jam dalam kedai dah menunjukkan pukul 10.10 pagi. Ada lagi 30 minit nak rehat. Dalam hati Elena mengomel sendiri tentang keterpaksaan dia berada di sini. Dah tahu kejap je rehat, lepak luar sekolah buat apa?

Kelas tambahan khas untuk pelajar kelas 5A1 dan 5A2. Subjek sains tulen. Kelas ni siapa nak join, join. Tiada paksaan. Bayaran RM30 satu hari. Dua hari, RM60 la kan? Tapi Elena hanya masuk untuk hari Sabtu sahaja sebab dua manusia ni paksa. Kalau ikutkan dia malas nak kelas tambahan bagai. Kelas tambahan ni bukannya sekolah yang buat. Pihak luar yang uruskan, sebab tu kena bayar. Hm.

Elena disuruh untuk menjaga tempat manakala dua lelaki tadi pergi memesan oden. Sementara menunggu, Elena buka aplikasi whatsapp, semak semula mesej yang diterima.

Nama Dhiana paling atas, lalu Elena tekan.

Dhiana 💖

El, sorry tak dapat
join korang!!
Hv fun at class n lepaking!
Hahaa see ya in
sch tomorrow!

Elena geleng kepala membaca whatsapp dari Dhiana. Sejak semalam dia meluahkan rasa bersalah tak dapat sertai kelas tambahan ni. Dia ada urusan keluarga. Elena tak kisah pun. Bukannya paksaan. Yan jadi paksaan adalah apabila dia dipaksa menyertai dua lelaki yang sedang meletakkan mangkuk di atas meja.

Oh, makanan dah sampai.

"Ha makan la princess." Usik Hafez. Mangkuk Elena dihulur dan elena mengambilnya bersanma sebuah jelingan.

"Alamak ai jangan la sweet kat sini." Serentak Elena dan Hafez pandang Akif macam kau-jangan-nak-cari-pasal-la-budak! Terus Akif diam menikus di hujung meja huhu.

Mereka makan dengan pantas memandangkan lagi 20 minit nak habis rehat. Hilang terus keayuan elena saat dia makan laju laju. Macam pertandingan siapa makan paling laju. Tapi takde siapa kesah sebab semua makan tak ayu jugak!

Kita dapat agak yang elena habis dulu, so yeah, she done first. Dia mengambil kesempatan itu dengan mengambil gambar dua lelaki di hadapannya lalu dihantar kepada Dhiana.

 Dia mengambil kesempatan itu dengan mengambil gambar dua lelaki di hadapannya lalu dihantar kepada Dhiana

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Broken Rules ✔️Where stories live. Discover now