BR ❤ 34

1.9K 147 6
                                    

Am I waited for the wrong person?

"Eh kau dah salah faham ni," Irfan dengan pantas menghalang Elena untuk percaya dengan spekulasi sendiri.

"Lepas bluetick tu, dia terus call aku. Dia cakap, yang dia sekarang ni dah confirmed dengan perasaan dia sendiri, which is, dia suka kau." Irfan berhenti sekejap untuk minum pepsi yang tak habis dari tadi. Sambil itu Irfan sempat kerling riak wajah Elena yang jelas macam orang confuse.

"tapi pasal Penelope tu hm aku taktau la asal dia post kat ig. Saja buat kau jealous kot, who knows kan?"

Elena tersenyum sinis. No, Irham takkan buat macamtu unless dia memang suka Penelope tu. Tak, fikir logik la kan, Elena memang tak buka ig, so kenapa rajin sangat nak jealouskan dia?

Motif?

"Hm takpela kalau macamtu. Anything else?" Elena mengharapkan untuk Irfan angguk tapi Irfan geleng kepala sebelum dia tepuk dahi sendiri. Ha nasib baik dia tepuk dahi, kalau tak Elena memang rasa berkecai dah ni.

"Dia ada tanya aku, kau call aku ke tak. I said no. Then dia macam hm agak hampa jugaklah. Niat dia bagi number aku kat kau supaya kau keep in touch dengan dia, even aku sebagai orang tengah. Tak sangka pulak kau call aku pagi tadi."

Elena angguk faham. Baru la dia tahu motif Irham bagi nombor Irfan ni. Nasib baik dia pun bijak nak selesaikan kekosongan yang banyak dalam kisah mereka.

"So malam ni aku bagitau dia yang kau contacted aku, and we talked much."

Elena tergelak. Much sangat. Rasa macam baru je sembang.

"by the way, kau tinggal kat Kelantan kan? Kenapa jadi abang pizza kat KL?"

"Oh yang tu," Irfan tersengih kejap sebelum berdehem.

"Aku datang KL nak hantar dia naik flight. Alang-alang tu dia mintak tolong. Bukan dia seorang je komplot, semua kawan kau. Hafez, Akif dan Dhiana."

Elena terlopong kejap.

Tak guna punya member! Patutlah Hafez macam tak terkejut pun tengok dia dapat surat tu. Cis.

Irfan menghantar Elena dan Amelia ke rumah. Saat mereka turun dari kereta Irfan, Elena berjumpa kejap dengan Irfan di tepi jalan sementara Amelia dah bersedia di depan pintu rumah, nak buka kunci pintu.

"Terima kasih Irfan. Walaupun masalah aku ni macam takde penyelasaian, tapi kau dah buka sikit lorong la untuk aku settlekan."

"Sama-sama. Kau akan okay kan dengan Irham?"

Elena angkat bahu. Dia perempuan kot, takkan nak start dulu. Malulah! Dah lah pernah kena reject, tiba-tiba datang lagi. Dia takdelah desperate nak berboyfriend okay!

"Hm alang-alang ni kan, aku nak mintak tolong." Irfan tiba-tiba bercakap menggunakan nada perlahan seolah-olah tak mahu Amelia dengar. Kejap-kejap matanya mengerling ke arah Amelia yang struggle nak buka pintu. Alahai Amelia, takkan nak aku bukakan kot?

"Apa?"

"Teman jap. Aku nak jumpa Amelia."

Elena menguntum senyum nakal. Dia angguk kepala sambil kenyit mata, mengusik si Irfan yang dah memerah. Ish dia blushing macam Irham!

Okay, shuh shuh.


Elena senyum sendiri. Sejak dia dan Amy keluar dengan Irfan tempoh hari, Amy nampak semakin ceria dan makin,

Pelik?

Elena tak berani cakap macamtu sebab dia suka tengok Amelia yang sekarang. Amelia yang baru ni tak henti nak bercerita pasal dia dengan Irfan dahulu. Tanpa segan silu, Amelia turur menyelitkan pesanan penaja buat Elena yang masih kebuntuan dalam menentukan hala tuju hubungannya dengan Irham. Elena juga tanpa malu menceritakan segala perkara yang terjadi dari awal.

Bermula Hafez menolak pengakuan berani matinya dulu, sehinggalah bagaimana dia jadi bingung kat Kelantan ni.

Irfan,

Hampir setiap minggu datang rumah, borak dengan ayah, masak dengan ibu, lepak dengan Amelia dan Elena. Kadang, Irfan akan ambil gambar secara senyap. Elena tak tahu Irfan ambil gambar Amelia atau Elena, tapi Irfan pernah bercakap dengan pemanggil telefon,

"She's doing fine. Totally fine. Takyah risau sangat lah. Just look at how happy is her with us. You should join us sometimes."

Elena assume itu Irham sebab yalah, siapa lagi kan?

"Girls, pandang kamera jap."

Elena dan Amelia yang sedang minum petang bersama terus pandang ke arah Irfan. Amelia dengan seronoknya dah buat gaya peace. Elena pula hanya tersenyum simpul, tak rasa nak bergambar sebab dia tahu, ini sebahagian report Irfan kepada Irham. Biar dalam gambar ni, Irham nampak dia lifeless. Biar dia terseksa sikit. Asyik aku je yang terseksa, takpe?

Grr.

Irfan pula tanpa banyak dalih terus ambil.

"Lagi Fan, lagi!"

Irfan sengih. Dia pandang Elena dengan muka mengharap sambil mengajukan phonenya kepada Elena. Elena tanpa banyak songeh, terus tangkap gambar pasangan yang comel di depannya ni.

Entah bagaimana, Elena nampak Irham yang sedang tersenyum mesra dengan Amelia. Hati terasa dihentak tapi digagahkan lagi kaki untuk setia berdiri.

Kan best kalau Irham ada.

Or at least, Hafez.

Dan ting!

Notifikasi whatsApp keluar di skrin. Tertera nama Hafez.

Hafez Ashraf : Kenapa Elena macam tak enjoy the food? Is she okay? Like, really okay?

Phone terlepas dari tangan. Mata terus tertancap pada Irfan yang dah tergamam melihat phonenya jatuh atas karpet bilik.

"So--sorry."

Itu sahaja yang dia mampu ucapkan sebelum dia keluar dari bilik Amelia. Terasa ditipu. Jadi selama ni gambar itu semua dihantar pada Hafez, bukan Irham.

Mana Irham yang ditunggu?

Elo, i'm back ft tak study for trial lagi, so rip myself :))))

Broken Rules ✔️Where stories live. Discover now