BR ❤ 29

2K 168 3
                                    

Mereka bertiga masing-masing memaparkan riak wajah berbeza. Dhiana terkebil-kebil, Akif menguap (nampak sangat dia baru bangun tidur dengan rambut kusut dia tu ), dan hafez, Elena tak berani nak cakap sebab dia macam kenapa-aku-kena-tahu-cerita-ni? Apa pun, Elena rasa dia jealous!

"So," selepas beberapa minit kisah Elena tamat, dhiana bersuara. "Kau dah okay dengan Irham la ni?"

Elena angkat bahu. "Benda ni macam love hanging. So I dont know."

"Tak tahu? Obviously, he fell into you." Akif menyampuk. Hafez di sebelahnya mengangguk seolah olah menyokong pernyataan Akif tadi walaupun dia nampak seperti teragak-agak sebenarnya.

Elena mengeluh kejap. Dia capai phone yang dia dah baling tadi dan buka chat antara dia dengan Irham. Last dia hantar ialah bye dan ❤. Namun, tiada balasan dari Irham. Hanya blue tick.

Hampa, Elena tutup kembali phone. Dia pandang Akif lama, "nah, he's not. I'm sure about that. Dia saja nak ejek aku, I think?"

Giliran Akif pula angkat bahu. Tak lama kemudian, bunyi hon di depan pagar rumah membuatkan mereka semua berhenti berborak. Elena pandang Hafez dengan pandangan who's-going-to-take-the-pizza? Malangnya Hafez tak faham akan pandangan tu. Maka Elena berdiri.

"Kunci rumah."

Hafez sengih. Dia baru dapat tangkap pandangan Elena tadi. Cis, dia fikir kita ni ada kuasa psikik ke?

Hafez menghulurkan segugus kunci kepada Elena. Tanpa sempat menjelaskan apa-apa, Elena dah berjalan menuju ke arah pintu.

"Kau dah ada duit ke woi?" Soal dhiana, pelik. Elena angguk dalam payah mencari kunci yang sesuai. "Fez, mana satu?" Hafez ketawa, diikuti Akif dan Dhiana. Tu lah, tak sempat nak cakap, dia dah blah.

Hafez berdiri di belakang Elena entah bila lalu mengambil kunci rumah tadi. Dia memanjangkan tangannya ke arah tempat kunci. Elena telan liur, payah. Dia dapat bau perfume Hafez dengan jelas dari kedudukan macamni. Kepala Elena betul-betul pada dada Hafez. 

Tap!

Kunci dibuka dan elena terus keluar dari rumah, tanpa menoleh sesaat pun. Dia rasa, malu dan tertipu.

Takde la tertipu, tapi tulah, dia rasa tertipu sebab Hafez kata dia akan cuba jadi kawan yang baik untuk Elena awal tahun haritu dan harini pulak Hafez seolah-olah memainkan perasaannya lagi-lagi lepas dah tahu cerita sebenar dia dengan Irham.

Babun betul la abang Harlyana ni.

Nasib baik adik dia baik.

Okay, takde kaitan langsung.

Elena menyambut huluran si abang pizza. "Semuanya RM 45.50." Elena menghulurkan sekeping not 50. Si abang pizza pula struggle masukkan duit dan cari duit baki.

"Ok ni baki. Terima kasih."

"Terima kasih jugak." Jawab Elena sambil mengira duit baki tadi. Cukup, RM4.50 tapi ada sekeping kertas diselit bersama.

Elena pandang depan, ingin memulangkan semula kertas tadi namun lelaki tu dah hilang.

Dengan penuh kemusykilan yang berganda (ayat apa ni), Elena buka kertas yang dilipat itu. Ada nama orang tertera di atas muka kertas itu. Dan nama itu ialah namanya.


Elena Yasmeen,

aku minta maaf andai sepanjang persahabatan kita ni kau terluka. Bukan andai dah, tapi tu memang berlaku kan? Kalau aku ada di situ, sumpah aku yang temani siang dan malam kau. Aku takkan buat kau nangis lagi, Lena. Tapi aku kena pergi. Aku minta maaf sangat-sangat tapi setahun untuk create a gap, tak cukup. Aku pergi bukan sebab nak buat gap baru lagi tapi aku rasa aku patut pergi bila kau dah ada gap sendiri. Percaya atau tak, kau bina dinding besar antara kita, lately ni. I feel it.

Apa yang aku boleh tulis dalam ni ialah, be happy in your life (aku tahu ni klise). Kalau kau rasa kau happy dengan hafez (well, i sure you do), just go on with him. Its okay, aku ada ramai fans lmao. But make sure, kasi kad kawin. Aku nak tengok kau kawin (walaupun sebenarnya aku nak tengok kau kat sebelah aku, lol)

Last but not least, goodbye Elena Yasmeen!

p/s : yg bagi ni sepupu aku, Irfan. Dia handsome. Ni nombor dia, 014-xxx xxx

p.p/s : aku tau kau tengah gelak sekarang, noob! HAHAHAHA saja buat kelakar, aku taknak kau nangis lagi.

Bye!!

Irham Akhmal


Elena tergelak membaca surat tu. Dia sepatutnya rasa sedih dengan surat ni tapi tulah, Irham memang pandai buat dia ketawa. Dah la lelaki tu boleh agak reaksi dia. Tak guna!

Serentak itu satu kapal terbang terbang melalui kawasan perumahan Elena. Elena terus memandang ke atas, "have a safe journey, Akhmal."

Elena menuju ke pintu rumah dengan muka ceria tapi kawan kawan dia semua sedang berdiri memandangnya dengan muka cuak. Hafez sedang pegang phone Elena sebelum dia memandang gadis itu. Elena berlari mendapatkan mereka.

"What's wrong?"

semua diam tak bersuara. Elena pandang Hafez. Dia cuba ambil phone yang ada di tangan Hafez dan lelaki itu merelakan Elena mengambilnya. Tiada apa apa mesej tapi tadi ada call dan mereka dah angkat. Dari kak Mira.

Elena kerut dahi. Kenapa kak mira call waktu ni? Ini bukannya waktu melawat pun kalau nak ajak lepak.

"Kenapa?" Elena menyoal lagi.

Hafez tarik nafas dalam-dalam, "mak kau."

Kerutan di dahi Elena bertambah. "Ke-kenapa dengan mak aku?"

"We better go now." Kata Dhiana, mengabaikan soalan elena tadi. Nada suaranya kedengaran cemas.

"Aku dah bagitau umi aku. Nanti kita semua gerak sama."

"TAK MASALAH SEKARANG IALAH, KENAPA DENGAN MAK AKU?"

"MAK KAU TAK BERNAFAS ELENA. SHE'S DEAD."

Elena tergamam apabila Hafez meninggi suara. Muka Hafez tegang dan memerah, tanda dia marah atau stres dengan apa yang berlaku. Tapi paling dia tergamam ialah khabar yang dibawa Hafez tadi.

Kakinya terasa lemah.

Elena jatuh terduduk sambil menangis.

Broken Rules ✔️Where stories live. Discover now