BR❤17

2.2K 164 14
                                    

Lama jugak eh tak update? Ada dalam tiga minggu kan HAHAHAHA padan muka 😜 + padan muka to me sebab amnesia Elena ni freehair sebenarnya HAAHA

Enjoy the story!

*

Elena sibuk mendandankan rambutnya yang panjang mengurai menjadi tocang. Dah lama dia teringin nak ikat lawa macamni. Serupa princess katanya. Cuma selama ni dia takde masa nak dandan sebab sibuk jaga mak dalam wad. Dandan cantik cantik bukan ada orang usya pun. Doktor je yang selalu tengok dia.

Serentak itu, suara mak bergema dari tingkat bawah menyuruhnya membeli barang dapur di kedai. Elena senyum senget. Dia dah agak dah perkara macamni berlaku. .

Elena membuka ikatan rambutnya dan diikat secara biasa, ponytail. 

"Meh list." Elena menghulurkan tapak tangannya untuk menerima senarai barang dapur yang diperlukan. "Kejap. Kamu nak pergi seorang je ke?"

Elena kerut dahi sambil mengangguk. "Yelah. mak nak ikut ke? Hehe."

Mak berdecit kejap sambil menghulurkan senarai. "Ajak la Irham teman. Takpun Hafez. Mak risau lah kalau kamu pergi seorang. Kan dah ada kes kat taman ni. Siapa tu nama dia, ha Isabelle kena culik."

Elena angguk faham. Mak risau tentang kes culik rupanya. Pantas, Elena keluarkan phone dari poket seluarnya dan terus menghantar pesanan ringkas kepada Irham.

Irham 👀

Hey free tak? Teman aku pegi kedai pls.

Send!

"Lama lagi ke kamu tunggu dia tu? Rasa macam dah separuh hari kamu tunggu. Bila mak nak masak ni?" Suara mak bising buat kali ke lima dalam harini. Kelima-lima bising itu hanya sebab Elena yang setia menunggu Irham. Bukan tunggu Irham datang.

Tunggu Irham balas mesej. Tapi Elena diamkan je hal tu. Nanti mak lagi bising, suruh dia ajak Hafez pulak. Lagilah dia taknak. Dia prefer keluar dengan Irham daripada keluar dengan Hafez yang poyo tu. Sejak cuti akhir tahun bermula, hubungan mereka bertiga macam ada tak de je. Irham pun dah lama tak dengar khabar, sebab tu dia ajak Irham.

Hafez tu tak payah wujud pun tak apa kan?

"Takpelah mak, kalau nak cepat Elena pergi seorang jelah." Elena mulai bangun dari sofa menuju ke arah meja yang menempatkan kunci rumah mereka. Mak menahan dari dapur. "Keluar berteman!"

Pulak.

Tadi nak cepat.

Elena duduk semula di atas sofa. Matanya merenung skrin phone yang masih dipegang di tangan. Tolonglah menyala!

Ting!

Serentak itu skrin menyala sambil menunjukkan notifikasi yang baru sahaja masuk.

Hafez 😈
Aku kat depan rumah. Jom.


Eh? Hafez?

Elena baca berkali kali mesej tersebut. Betullah dari Hafez. Elena buka pula mesej yang dihantar tadi. Betullah kepada Irham. Apahal Hafez pula yang balas?

Elena pergi ke arah tingkap rumahnya dan nampak Hafez yang berada di atas motor sedang membetulkan rambutnya menggunakan cermin sisi. Namun tak lama apabila lelaki tu ternampak Elena sedang memerhatikannya dari dalam rumah. Terus dia kenyit mata. Allahu, poyo!

Elena pergi ke dapur, "mak, Elena pergi kedai tau."

"Dengan siapa?"

"Hafez."

Mak angguk mengizinkan. Haih untunglah Hafez. Mak dengar je nama Hafez laju sahaja dia bagi green light. kalau nak kahwin pun, Elena rasa mak on je huh.

"Mana kau tahu aku nak pergi kedai ni?" Soalan itu terus ditanya apabila mereka sudah tiba di depan speedmart, kedai yang Elena biasa pergi untuk beli barang dapur. Hafez mematikan enjin motor, dan disimpan di dalam poket.

"Irham bagitahu. Jomla masuk. Cepat beli cepat kau balik. Takdelah awkward keluar dengan aku, kan?"

Dush! Ayat kemain! Ni memang perli tahap langit ketujuh dah. Tadi, semasa Hafez sampai di depan rumah, Elena terus tanya kenapa Hafez ada di depan rumah. Bila Hafez balas, "Irham suruh", Elena rasa nak sepak dua dua jejaka tu. Nampak sangat lah dia ni terpaksa.

Nampak sangat jugak Irham nak jauhkan diri daripada Elena Yasmeen.

Serentak itu jugak Elena buat muka menyampah. Kalau Elena buat salah, bagitahu jelah, apa susah?

Malang sekali bila Hafez nampak muka lawa Elena. Jelas lah, Elena tak suka keluar dengan Hafez. Bila ditanya, Elena jawab jujur terus.

"Aku selesa dengan Irham. Dengan kau rasa awkward sebab kita pernah ada bad history dulu tapi tulah, mak aku suka gila kat kau hm."

Terus Hafez main perli perli dengan dia. Asal lampu trafik bertukar merah, Hafez akan minta maaf, "sorry, sebab ambik masa yang agak lama untuk kau duduk dengan aku. Jangan awkward sangat, aku lagi rasa awkward ni kau bonceng aku."

Beh.

Atas cadangan Hafez jugak, Elena cepat cepat ambil barang yang diperlukan. Malas lah nak lepak lama dengan Hafez. Dia nak balik, nak marah kepada Irham untuk tak balas mesej pagi tadi malah dihantarnya Hafez untuk meneman. Macam harey!

Sampai rumah, Elena mengucapkan terima kasih tanpa memandang Hafez. Rasa segan tu masih bersisa. Entahlah, sebulan cuti tak bersua muka, tak chatting membuatkan mereka rasa ada jarak yang memisahkan mereka. Rasa macam tak pernah berbaik.

Saat Elena melangkah masuk ke dalam pagar rumah, Hafez memberanikan bersuara.

"Kau pernah dengar tak, better loves somebody who loves you than loves somebody who never appreciates you?"

Elena menghentikan langkah lalu menoleh ke arah Hafez dengan senyuman nipis diukir di bibir. "Sebab quotes tu lah aku move on daripada kau."

Riak wajah Hafez berubah sedikit. Perit. Dia tahu dia pernah buat gadis itu terluka, sebab tu gadis tu cuba jauhkan diri. Masalahnya, gadis itu sekali lagi dah salah langkah dalam memilih.

"Kalau macam tu, kau rasa mana elok? Kau suka Irham, dan Irham tak suka kau," Elena tersentak mendengar bait kata Hafez. Apakah? Aku suka Irham, like seriously?

Hafez perasan wajah Elena nampak cuak tapi Hafez tak peduli. Dia sambung semula soalannya yang tergantung.

"Atau kau tak suka aku tapi aku dah suka kau?"

Yeah 3 minggu kan aku takde so nah, aku berjaya publish satu chapter yeay!

So to those yang rindu Elena, Elena kasi loves

❤💙💚💛💜💓💕💖💗💘💝💞💟

Bye!

p/s : IrhamElena or HafElena (?)

Broken Rules ✔️Where stories live. Discover now