BR ❤️ 55

5.5K 213 59
                                    








2 tahun kemudian



"Elenaaaa,"

Tiada sahutan yang dijawab dari perempuan itu. Lelaki itu berdecit geram. Jam di tangan dikerling sekilas. Janji nak gerak pukul 10 pagi. Ini dah pukul 12, tubuh wanita itu masih tidak nampak. Lama betul nak bersiap.

Bayi lelaki yang comel di atas sofa, dia kendong. Akhirnya,dia mengambil keputusan untuk naik sendiri ke atas, melihat apa lagi yang Elena lakukan di bilik.

Sampai sahaja di anak tangga teratas sekali, Elena baru keluar dari bilik dengan muka tersengih. Elena terus mencapai bayi tadi.

"Sorry abang. Hehe..."

"Ish lambat la. Kata nak tengok dia masuk dewan,"

"Awal lagi...." balas Elena, selamba. Dia mengacah-acah bayi yang dipegang.

Tangan pantas mencubit lengan isteri tersayang. Ey geram betul. Sejak kahwin, Elena tak seserius zaman sekolah dulu. Ada je benda dia guraukan. Clingy.

"Hafezzzzz...." Elena sengaja memanjangkan harakat nama suaminya tu. Eish sejak kahwin, dia asyik kena cubit je. Lelaki ni fikir aku budak-budak nakal ke?

Hafez buat selamba. Dia terus menoleh ke belakang dan menuruni tangga meninggalkan Elena dan anak mereka. Elena buat tak tahu. Biasalah tu, lelaki tu mesti acah merajuk. Cis, aku yang kena cubit, dia yang merajuk apahal?

"Jom Farish. Ayah tu mengada betul." ujar Elena perlahan sambil menuruni tangga. Bayangan Hafez sudah tiada dalam rumah, bermakna dia sudah keluar. Namun kemudian Hafez menunjukkan mukanya di pintu rumah, "I dengar sayang."

Elena tersengih lagi.











Meraikan
Irham 💗 Aiesya



Elena tersenyum sebaik sahaja melihat banner yang tergantung di depan pintu dewan. Aiesya atau nama lamanya dahulu Penelope. Akhirnya, selepas Irham kembali mendapatkan rawatan yang stabil dan teratur, mereka berdua bersetuju untuk menikah.

"Memang nak tenung banner je ke?" Teguran Hafez mematikan lamunan Elena. Elena mencebik. Suaminya ni suka sangat usik macam tu. Nasib baik aku sayang! Yeet.

Stroller ditolak Hafez. Mereka masuk ke dalam dewan yang besar. Dewan itu dihiasi dengan perhiasan bertemakan kayangan. Semuanya putih dan suci. Orang kaya la katakan....

Elena nampak ada tetamu berkulit putih kemerah-merahan. Terus Elena membuat konklusi itu adalah keluarga dan kenalan Aiesya.

"Dhiana dah sampai ke belum?" Soal Hafez. Rasa canggung juga masuk dewan tapi tak berganjak. Macam mana nak berganjak, Elena terpegun sangat dengan hiasan dewan ni. Cantik sangat.

"Aaa dia kata dah."

"Duduk dengan diorang lah."

"Erm abang, Irham save tempat kita tau. Kat depan."

Hafez berhenti melangkah. Matanya memandang Elena.

"Mana you tahu? Irham tak inform abang pun." Matanya memandang Elena semacam. Takkan lah isteri dia masih berhubung dengan-

"Dhiana cakap. Diorang pun kat depan." pantas Elena menjawab pertanyaan Hafez. Bukan boleh main lelaki ni. Kuat cemburu dengan Irham. Padahal dia dah lama tak bercakap dengan Irham.

Broken Rules ✔️Where stories live. Discover now