BR ❤ 09

2.9K 211 14
                                    

Elena memerhatikan koridor yang berada di luar kelas. Para pelaajr junior sedang berjalan menuju ke kelas mereka apabila loceng tamat rehat berbunyi tadi. Dan setiap yang lalu di kelas mereka pasti akan tersenyum gatal ke dalam kelas 4A2. Sama juga dengan junior yang baru sahaja melintas tadi. Elena mengeluh sambil merenung lelaki di sebelahnya.

Ya, Irham Akhmal lah puncanya gadis-gadis itu senyum macam apa dah. Bukan junior je okey? Budak form 5 pun ada. Hesh pelik betul. Ada ke minat kat junior? Tak class langsung! 

Irham memang la kacak. Rambut warna hitam coklat asli dengan mata berwarna hazel gelap. Kalau ada Irham versi perempuan, Elena jamin perempuan itu lawa. Oh yeah mestilah lawa. Imanina, adiknya Irham tu, lawa jugak dia tengok dalam instagram huhu.

Lebih masalah, Irham asyik berkepit dengan Elena serupa apa dah. Nak kata kawan, kawan pun tak macamni. Couple? Lagilah! Jauh sekali kot.

Lepastu keluar khabar angin yang Elena dengan Irham couple. Serius Elena tak faham langsung dengan pemikiran manusia yang menyebarkan berita tu. Nampak macam couple ke? Bukanke kalau couple mereka akan nampak sweet dan serasi bersama? Masalahnya Elena lebih banyak buat muka daripada beri muka manis kepada Irham. 

Celah mana sweet tu? Habaq mai!

"Aku tahu aku hensem tapi Hafez lagi hensem kot. Pergilah usya dia macamni."

Suara Irham muncul di deria pendengaran Elena Yasmeen membuatkan wajahnya terus bertukar warna semerah cili. Tak sangka pula dia masih tak alihkan pandangan dari Irham tadi. Ingat nak describe sikit je wajah Irham sekali,

Kantoi.

"Pernah dah usya macamtu lepastu dia marah." balas Elena perlahan.Elena tak bermaksud pun nak meluahkan perasaan tak puas hati tu tapi Irham boleh pula dengar. Terus lelaki tu pandang Elena dengan wajah bersalah. Niat dia tadi nak bergurau je sekali gadis di sebelahnya tu terasa teruk pulak dah.

Irham memaut lengan Elena lalu menariknya rapat membuatkan Elena tersentak kejap. Elena membatukan diri di tempatnya tak mahu berganjak. Cuak sebenarnya dengan lelaki ni. Selamba badak dia je nak tarik orang.

"Lena, aku nak pujuk kau ni. Meh la." kata Irham dengan sengihan nakal. Tangannya didepakan tanda dia memberi keizinan untuk Elena memeluknya. Elena mencebik menyampah. Tak malu punya lelaki.

"Malas la nak layan kau." balas Elena dengan nada mendatar tanda dia tak suka dengan gurauan Irham. Irham buatkan dia nampak macam budak murah - senang nak didekati, nak dipeluk nak buat apa pun. Sedangkan Elena tak macamtu. 

Mata Elena kembali menatap koridor tanpa menghiraukan Irham yang masih memanggil. Sesekali rambutnya yang diikat ekor kuda itu ditarik tapi Elena malas nak layan. Pemandangan di luar lebih menarik perhatian lagi-lagi Hafez ada di koridor kelas 4A2 dan sedang merenung ke arah

Mereka.

Terus Elena memandang semula ke dalam kelas. Irham di sebelah masih dia palau. Elena ambil sebatang pen dan buku conteng yang ada di bawah mejanya lalu acah-acah menulis sesuatu. Dia tak tahu nak buat apa dah bila nampak Hafez merenung mereka tajam tadi. Irham pula Elena rasa dia tak perasan pun kewujudan Hafez di situ. Malah Irham dah selamat berjalan ke tempat lain dah. Kerusi dia kosong.

"HA KAU TAKNAK REHAT KE?"

"AAAAAAA"

Spontan Elena memegang lengan Irham yang diletak atas mejanya untuk menyokong berat Irham yang menongkat kat situ. Irham tergelak melihat reaksi Elena yang ketakutan tu.

"Kau ni, comel lah. Aku nak buat macamni la setiap hari. Boleh tengok kau jerit."

Elena mendengus garam sambil meleraikan pegangan tadi. Malu gila! 

Dia bukan sengaja pegang Irham tadi. Dia memang takut dengan sergahan. Semuanya sejak tahun lepas. Sejak dia rapat dengan Hafez, macam-macam berlaku. Sergahan tu pun turut berasal dari kes dia berkawan rapat dengan Hafez dan kalau boleh dia tak nak ingat langsung. Tapi tulah Irham ni,

Serabut.

Tahu-tahu je mata Elena terasa panas. Dengan pantas dia mengesat air mata yang keluar tu dengan hujung bajunya. Irham terkebil-kebil memandang Elena yang tiba-tiba menangis. Rasa bersalah sekali lagi menjentik hatinya.

"Lena,"

Elena tak pandang Irham sebaliknya gadis itu terus bangun menuju ke pintu untuk pergi rehat. Irham mengejar Elena sehingga ke luar kelas namun dia ditahan oleh seseorang.

Hafez.

"Kau ni bodoh kan tak tahu apa-apa pasal Elena?" 

Hafez berjalan melepasinya Irham dan sengaja dia langgar bahu Irham. 

Irham berdecit geram. Sibuk je lelaki tu. Bukan dia tak nampak tadi Hafez dari tadi perhatikan mereka yang sedang bermesra di belakang kelas. Sebabtu Irham hilang sekejap, dia ingat nak keluar sekejap, halau Hafez tapi Hafez dah hilang tadi. Tiba-tiba muncul balik.

Irham serius tak faham dengan Hafez. Lelaki itu dah buang jauh Elena dan tiba-tiba muncul semula. Untuk apa? Nak rosakkan lagi sekali kehidupan Elena yang semakin ceria sekarang ni ke? 

Ceh yakin je kau ni Irham. Betul ke Elena ceria dengan Irham sekarang ni?

Heee, apa benda kau fikir ni Irham Akhmal?

Hafez merenung saja pasangan yang berada dalam kelas 4A2. Mesra bagaikan pasangan kekasih. Jadi betullah kot apa yang kawan-kawan dia cakap. Elena dah jumpa lelaki yang baik. Lebih baik daripada Hafez Ashraf.

But still

Kenapa mesti Irham? Dari first day Irham masuk lagi Hafez dah tak berkenan sangat sebabtu dia tumbuk Irham.

Arghhh yang dia kena semak kat sini usya Elena dari jauh buat apa? Why not Hafez sendiri approach Elena and said

"Sorry, can we start all over again?"

Malangnya tak. Hafez tak seberani tu.

Hafez melangkah pergi melepasi kelas 4A2 itu setelah Elena dan Irham perasan akan kehadirannya di situ. Karang dicop stalker pulak!

Tapi tak lama lepastu hatinya terdetik untuk kembali ke kelas 4A2. Dia sebenarnya masih ada rasa syak sikit dengan hubungan Elena dan Irham sebab tu usya lama. Dan ternyata apa yang dia syak betul.

They not couple.

They just friend.

Bestfriend.

Elena keluar dari kelas dengan tangan masih mengesat air mata. Hafez ingin menahan gadis itu tapi apabila Irham keluar kelas untuk mengejar Elena, dia rasa dia perlu settle down dengan Irham.

"Kau ni bodoh kan tak tahu apa-apa pasal Elena?"

Riak wajah Irham jelas menunjukkan yang dia terkejut Hafez masih ada di situ. Terdengar bunyi decitan geram si lelaki. Hafez tersenyum sinis sambil berjalan melepasi Irham dan sengaja dia langgar bahu Irham. 

Dalam diam hati Hafez berbunga.

"Best man win, Irham. And I should win."

Broken Rules ✔️Where stories live. Discover now