BR ❤ 18

2.1K 175 7
                                    

Oh hello everyone! Seperti yang dijanjikan, nah sis sudah update! Jangan la kecam sebab lama tak update. To those yang menantikan cerita ni dengan sabar sambil tanya bila nak update, aku bagi ini untuk kamu 💕 rasa terharu la jugak ada manusia yang minta aku update HAHAHA okay okay sila lah baca dengan tenang! Ni bukan chapter palsu 😂

Two weeks past by dan keadaan masih sama. Dingin mengalahkan musim salji di negara Barat sekarang. Puas Elena whatsApp, dm instagram pun dah diserbu. Twitter apatah lagi? Kalau lelaki tu turut ada wattpad, maka wattpad la seterusnya yang dituju. Masalahnya, lelaki tu cuma seen je.

Whatsapp, bluetick!

Banyak handsome muka dia? Dia fikir dia hot stuff? Takpe, aku pun boleh hidup la takde kau wahai Irham Akhmal!

Tapi apa jadi sekarang?

Mak geleng kepala melihat anak daranya yang seorang tu dari tadi menguis nasi di dalam pinggan. Serupa orang putus cinta sahaja. Tapi bila ditanya suka siapa, Elena tak balas. Diam pulak.

Soal Hafez, Hafez angkat bendera putih. Lelaki tu tak tahu apa masalah Elena sebab masalah mereka berdua pun bergantung tak bertali gitu.

Irham?

Mak malas nak tahu dari jari Irham sebab mak rasa memang Irham punca Elena jadi macamtu. Tapi dah dua minggu anaknya itu hilang seri tawanya,

Mak terpaksa mesej mama Irham dengan harapan, mamanya tahu masalah Irham dengan Elena. Tapi, hampeh! Masalah ni memang antara dua budak tu je.

Kata bestfriend, boleh pulak gaduh sampai ada ni kawasan aku, ni kawasan kau, berambus!

Sudahnya mak malas masuk campur. Baik dia pergi masak tomyam campur!

Elena pulak hanya mendengus kecil. Membawang dengan mak ingat ke mak nak tolong rupanya hampeh!

AAAAAAAAAAAA

Memang rasa nak meroyan sekarang ni! Dua minggu dah cuti tapi Irham tak kata apa pun pada dia. Apa yang Elena dah buat?

Ugh benci betul rasa bila terpaksa menghadap denda tanpa diketahui sebab. Please, state your reasons from A to Z, barulah nak hukum.

Dalam sehari, Elena akan cuba hantar mesej keada Irham melalui semua media sosial yang mereka ada. Setiap hari juga dia akan spam, dia akan tengok lelaki tu online atau tidak, seen, bluetick and whatever istilah yang diguna pakai dalam media sosial. Dan lelaki tu buat semua benda tu kecuali satu,

Reply.
Balas.

Hanya seen, dia fikir elok ke? Buat tambah sins adalah.

Eh yeke? Dia jauhkan diri dari aku sekarang maknanya dia elak maksiat dengan chat lain jantina tanpa sebab yang penting. Is it a sin then?

Dush! Monolog dalaman yang sangat mendalam tepat terkena hati Elena sendiri.

Serentak itu, ayat Hafez bermain dalam kepala.

"Kau suka Irham dan Irham tak suka kau,"

Aku... suka Irham ke?

Just because aku desperate sangat nak chatting dengan dia sekarang ni?

"Atau kau tak suka aku tapi aku suka kau?"

Aku dah moved on la kiranya ni? And now, kalau betul aku suka Irham, aku kena moved on,

Sekali lagi?

Lembik betullah hati seorang Elena Yasmeen ni!

Phone di atas meja tiba-tiba vibrate yang agak lama menandakan ada orang telefon. Elena kerling jam di dinding. Jam 11 malam. Hish siapa yang sesuki hati je calling orang tengah malam ni walaupun aku tak tidur lagi?

Elena bangkit dari katil dengan malas. Dicapainya phone dan terus menekan simbol hijau. Ni kes mengantuk sangat sampai si pemanggil bercakap pun dia tak dapat nak hadam.

"Weh kau dengar tak?"

"Ha? Apa?"

"Keluar la kejap."

Elena kerut dahi. Keluar? Dalam waktu macamni? Nak kena silat ke karate lelaki ni?

Eh kejap, suara dia ni

Ini Irham!

"Malas. Aku dah nak lelap kot time kau call tadi." Bohong la sikit. Bukannya Irham tahu pun. Sungguh dia rasa malas tahap gaban nak keluar. Dah la dia hanya berbaju tidur macam budak-budak. Malas nak tukar kang, dia keluar je macamni . Buat malu je.

Elena dengar Irham ketawa kecil. "Tipu la kau. Kau kalau nak tidur mesti bilik gelap dulu baru boleh lelap. Bilik kau terang benderang je aku tengok."

Ehhhhhhh. Elena tetiba rasa cuak. Memang la tak gelap, dah dia baru masuk bilik dari membawang dengan mak tadi. Firasat Elena mengatakan yang lelaki ni ada di kawasan rumahnya sahaja dan mungkin di belakang rumah kerana bilik Elena di bahagian belakang rumah.

"Kau stalk aku ke?" Ada nada sinis di situ membuatkan Irham terdiam tak bercakap apa-apa.

Tiba-tiba tingkap biliknya diketuk tiga kali membuatkan Elena terus menghadap tingkap. Bulu romanya terus berdiri cuba memerangkap haba dari suasana yang seram sejuk ni.

"Kind of . Selak langsir." Elena menurut. Dia pergi ke arah tingkap namun tangannya terhenti kejap. Tingkap di rumah Elena semuanya dipasang langsir dan tidak dibuka kecuali dua beranak ni rasa nak menghadap cahaya matahari. namun setiap tingkap langsir yang berbeza.

Di ruang tamu tebal kerana ruang tamu la paling menghadap matahari. Di ruang makan nipis kerana sambil makan nak menikmati keindahan luar jugak dengan angin sepoi-sepoi bahasa pui. Bilik tidur tebal lagi-lagi mereka perempuan. Kang ada pulak yang skodeng!

"Selak lah. It just me."

Tangan Elena laju menyelak langsir. Ya, Irham sedang bertenggek atas bumbung menghadap tingkap biliknya. Muka Irham serius, tiada wajah yang sentiasa ketawa dengan apa jua perangai yang Elena buat.

"Bukak tingkap." Mereka masih berhubung dengan phone. Namun Elena menggeleng, tahu lelaki tu nampak jawapannya.

"Aku tak nak masuk pun lah. Macam kes apa je kalau aku masuk bilik perempuan malam macam ni." Ha pandai pulak fikir!

"So, aku nak kau keluar, lepak atas bumbung."

The heck?

p/s : nak cerita pickupline tak? 😉

Broken Rules ✔️Where stories live. Discover now