Elena dah agak idea Irham tu tak boleh pakai langsung. Sampai je di kantin semua mata terpaku memandang mereka membuatkan Elena rasa nak lari tinggalkan kantin. Tapi Irham bertegas malah dia pegang lengan Elena. Berlapik.
Tapi berlapik lah macam mana pun Elena tetap tak selesa. Memang lah dia freehair tapi dia tahu perempuan tak boleh pegang lelaki and vice versa.
Dan paling tak boleh diterima, Irham bawa dia makan semeja dengan Akif. Akif pula kebetulan makan dengan Hafez. Kiranya Elena tewas di tangan Irham. Dia dah janji dengan diri dia dulu untuk taknak bersemuka walaupun sekali pun dengan Hafez Ashraf. Ayat yang sudah setahun Hafez ungkapkan seolah-olah terngiang-ngiang di telinga.
"Aku takkan suka kau. Cermin diri kau sikit."
"Kalau boleh kau pindah la tahun depan. Mesti kau pun malu kan dengan aku?"
Tapi tadi semasa mereka makan berempat sorang pun tak bercakap. Awkward gila. Elena yang memang pemalu ditambah pula dikeilingi dengan tiga manusia berlainan jantina, memang tidaklah dia nak berbunyi. Makan pun ayu je. Bagus juga dia beli sandwic je. Kalau beli nasi, bersepah karang, kena kutuk. Huh.
Disangka panas hingga ke petang, rupanya ribut taufan datang menyinggah. Semasa dia bangun untuk menuju ke sinki, dia sempat terdengar perbualan Hafez dan Irham. Walaupun pendek tapi rasanya macam
ARGHHHH
"Kau sengaja eh Irham?"
"Takdelah. Aku memang plan makan dengan Akif harini. Cuma dalam kelas tadi aku tukar. Pity on her, that's all."
Pity huh?
"Kau tahu kan kisah tu?"
Irham angguk tapi dia buka mulut juga. "Berbaiklah weh. Takkan sampai nak mati pun nak macamni? Childish siot."
Elena nampak dari biasan cermin yang Hafez tengah pandang dia dengan pandangan menikam menusuk kalbu. Terus dia pandang tangan yang masih dilalukan di bawah air yang mengalir. Telinga cuba untuk ditutup untuk tidak mendengar perbualan mereka tapi hampa. Elena masih boleh dengar dengan jelas. Maklumlah sinki dengan meja dekat. Lima langkah dah sampai.
"Aku memang nak berbaik tapi bukan cara macamni. Aku," Hafez memandang Elena yang sudah selesai basuh tangan dan sedang menilik muka di cermin. Elena tergamam melihat lelaki itu memandangnya seolah-olah memberi arahan untuk pergi dari situ.
Perbualan seterusnya macam rahsia besar sangat.
Elena akur akhirnya. Dalam suka dilayan baik oleh Irham walaupun teruk ideanya, ada juga sedih dalam layanan tu. Hafez dan sifat dingin tak berpisah sudah sejak kes tahun lepas. Dan Elena rasa lelaki tu berubah sebab dia.
Sebab seorang Elena Yasmeen dah jatuh untuk lelaki baik macam dia.
Buat beberapa minit lamanya, Elena masih tak memunculkan diri di meja. Perbualan tadi masih terhenti. Entah apa yang Hafez nak katakan tadi. Irham menoleh ke arah sinki yang dikhaskan untuk perempuan. Sedikit hampa apabila wajah yang dicari hilang dari kesan.
Irham berdehem bagi menenangkan suasana tegang sebentar tadi. Wajah Hafez yang berkerut tadi juga dah digantikan dengan riak lain. Riak tenang lagaknya.
"Kau halau dia kan?" Hafez senyum sinis dengan gelengan sebagai jawapan.
"She did it by herself. Aku tak suruh. See? Ini maksud aku. Dia pun tak minat nak hadap muka aku la Irham. So why bother?"
Irham mendengus geram. Fikir dia tak nampak tadi? Kejap-kejap Hafez pandang sinki. Pandang pula dengan cara nak terkam. Memang lah lari budak tu.
"Suka hati kau la Hafez. Cuma if I were you, aku rasa aku ni useless sangat. Layan dia baik. Do everything with her. Kawan dengan dia. Well berdasarkan cerita kau semalam, she seems to be friendly with everyone. Kept smiling like no problems. Sekarang kau tengoklah dia?"
Hafez terdiam. Dia seolah-olah nak mencerna ayat Irham tadi.
"Nak nampak dia senyum pun payah. Dia selalu senyum tapi hell sekejap gila. Friendly? Aku tak nampak dah. Background dia pun kita tak tahu, Fez tapi aku rasa dia susah sekarang," Irham menghela nafas lelah.
Penat pula bercakap dengan Hafez ni. Dia pandang Hafez yang berada di hadapannya untuk melihat reaksi yang ditunjukkan lelaki tu tapi hampeh, riak beku jugak dia bagi.
"Kau tahu, harini dia nampak kurang bermaya sangat. Pagi-pagi lagi perut dah bunyi. Dalam dompet takde duit. Pagi pun dah takde duit Hafez. Kau fikir senang bapak dia jaga selama ni dan kau,"
Hafez pandang Irham tepat dalam matanya. Apa yang dia nak cakap?
"hancurkan semuanya dalam diri Elena. Dayus."
Mata Hafez terbuntang luas mendengar perkataan terakhir. Rahang dikatup kuat menampakkan rahangnya sedang bergerak menahan amarah. Urat di kepala juga turut memunculkan diri. Akif yang di sebelah Hafez terus menjarakkan diri daripada Hafez. Dia dah pernah kena sekali dengan Hafez zaman budak hingusan dulu. Tapi Irham nampak tak kisah. Nampak tenang. Macam Hafez tu tak wujud depan dia.
Irham tak kisah kalau sedas tumbukan Hafez singgah di pipinya. Tak kisah asalkan bukan hidung mancungnya. Hm rasa nak tergelak pula dengan ayat sendiri.
"Kau ni -"
"Apahal? Tercalar ke?"
"Sial kau Irham."
Hafez panjat meja dan terus terkam Irham tapi Irham tak cuba langsung untuk larikan diri. Entah kenapa dia nampak pergerakan Hafez tu slow sangat sampai dia tak sabar nak rasa penangan sulung Hafez.
Dan ya, sasarannya di hidung mancung Irham.
❤
Penyek dah hidung Irham kita HAHAHA
Do vote and comments!
YOU ARE READING
Broken Rules ✔️
Historia Corta[ COMPLETED ] Ini kisah seorang gadis yang sudah jatuh - "Aku takkan suka kau. Cermin diri kau sikit." - Hafez Ashraf "Aku dah cermin tadi. Lawa je aku tengok." - Elena Yasmeen - kemudiannya ditimpa tangga "Aku cuma nak tolong-" - Irham Akhmal "I do...