Asgard High School merupakan sekolah yang disanjung dan dihormati oleh oleh sekolah sekolah lain. Setiap tahun mereka akan mendapat tempat pertama dalam semua kategori antara sekolah sekolah terhebat. Tapi itu semua cuma 17 tahun yang lepas. Masuk tahun ke 18, mereka semakin menurun. Sudah tentu semua orang terkejut. Bulan Januari dan juga Februari tahun ini mereka mendapat tempat keempat antara sekolah sekolah lain.
Puncanya? Crazy Squad18!
...
Kelas 8-1 berjalan seperti biasa. Tidak terlalu bising tidak juga terlalu diam. Ada aje benda yang mereka hendak bualkan. Sepatutnya, pelajaran pertama mereka hari ini ialah bahasa inggeris tapi Cikgu Naeun masuk kelas tadi bagitahu mereka yang semua guru guru terlibat dengan mesyuarat untuk Majlis Keselamatan Sekolah yang akan diadakan selepas waktu rehat.
Majlis ini akan dirasmikan oleh pegawai polis yang akan tiba tidak lama lagi.
Pintu kelas itu ditutup oleh Seungmin dan Felix. Setelah memastikan semua selamat, mereka berkumpul di tengah tengah ruang kelas. Mereka berlapan belas sama sama berkumpul dan tiada seorang pun yang terkecuali.
"Serius aku benci majlis majlis macam ni" rungut Freya.
Yang lain turut mengangguk setuju dengan kata kata Freya.
"Kena berdiri lagi siak" kata Haechan pula.
"So apa plan kita kali ni?" soal Xiyeon.
Bagi mereka, Jinyoung yang paling sesuai untuk menjadi ketua mereka. Masa pemilihan ketua, ramai antara mereka yang memilih Jinyoung kerana Jinyoung merupakan anak kepada pengetua sekolah ni. Jadi mudah untuk mereka menjalankan misi bangang mereka.
"Kali ni aku punya plan memang terbaik. Kita kasi kaw kaw punya" Jinyoung tersenyum sinis seolah olah misi mereka akan berjaya 100%.
"Kali ni siapa pula nak join? Kalau misi sebelum ni aku, Renjun, Nancy dengan Lua. So anyone?" Chanhee melihat semua kawan kawannya.
"Aku join!" kata Hyunjin.
"Aku pun" kata Jaemin pula.
"Lagi sorang. Aku perlukan at least tiga orang untuk buat kerja tu nanti" kata Jinyoung.
"Kalau macam tu biar aku jelah. Aku pun dah lama tak buat jahat ni"
Pandangan semua tertumpu kearah Shuhua. Shuhua ni nampak aje muka innocent tapi perangai tahap dewa bangang. Kalau orang yang tak kenal dengan Shuhua mesti cakap Shuhua budak baik tapi hanya classmate dia yang tahu betapa teruknya perangai perempuan tu.
"Okeylah kalau macam tu kira settle. Aku nak korang semua tunggu apa yang akan berlaku dalam dewan tu nanti"
Jinyoung dah dapat bayang macam mana kacau bilau majlis tu nanti. Mesti seronok kan. Haha. Tak sabarnya.
"Nanti korang berempat duduk mana? Kalau Mr Kailer dapat tahu macam mana?" soal Saeron. Risau kalau mereka kena denda lagi.
Bukan tak biasa kena denda tapi kalau boleh dia nak elakkan daripada kena denda sebab hari ni dia tak ada mood.
"On the name of bitch, he'll not. Trust me" kata Jinyoung dengan yakin.
"Aku percaya kau Jinyoung. Sumpah aku tak larat nak diri nanti. Kaki aku ni still sakit lagi" adu Freya.
"Yup! Kau jangan risau Eya. Aku tahu apa aku buat. Kali ni memang tak kan kantoi sebab kami berempat akan ada di dewan tu nanti" Jinyoung cuba meyakinkan sahabat baiknya itu.
Dia yakin kali ni misi dia tak akan kantoi dengan Mr Kailer a.k.a guru disiplin yang paling ditakuti oleh pelajar sekolah itu. Tapi say BIG no to kelas 8-1. Sikit pun mereka tak gentar dengan Mr Kailer. Nama guru disiplin itu Kim Jongin tapi orang panggil Kai. Kailer is stand for Kai the killer. Maka terhasillah Mr Kailer. Kelas ini juga yang mencipta gelaran itu.
YOU ARE READING
[C] Crazy Squad18 | HYUNJIN+00s
FanfictionCrazy Squad18 mengisahkan tentang 18 orang pelajar yang berumur 18 tahun dimana masing masing kepalanya masuk air. Perangai semua gila gila dan nakal tahap bangang. Bila nama kelas 8-1 meniti di bibir para guru mahupun pelajar, mulalah guru disiplin...