Freya sampai di depan pintu pagar rumahnya. Dari luar dia nampak lampu rumahnya terbuka. Mesti papa dia dah balik dan belum tidur. Dia berdoa dalam hati agar papanya tak mengeluarkan kata kata yang menyakitkan hati dia.
"Pergi mana sampai waktu macam ni baru balik"
"Lepak dengan kawan" tipu Freya.
Hentam ajelah. Bukannya papa dia kisah pun pasal dia.
"Tak payah tipu aku. Kau kerja kan?" soal Daniel.
Freya menelan air liurnya dan menguatkan hatinya.
"Kenapa kalau Eya kerja. Tak salah kan"
"Yes. Aku tak kisah pun. Aku cuma nak pesan dekat kau. Malam esok aku nak kau datang majlis hari lahir anak Jaehwan. No excuses. Siap kau kalau kau tak datang"
"Tengoklah macam nanti"
Dia terus naik ke biliknya. Tubuhnya dilemparkan diatas tilam.
Huh! Apa lagi yang perempuan tu rancang. Geram pulak dia. Dia siapa nak undang aku pergi birthday party dia.
Telefon di dalam sling begnya berbunyi. Hyunjin yang telefonnya.
"Hurmmm" jawab Freya dengan malas.
"Mummy aku suruh bagitahu kau yang esok kafe buka sampai pukul 12 aje"
"Asal pulak?"
"Aku tahu papa kau dah bagitahu kau pasal birthday party minah tu"
Ouh! Aunty pun dia jemput juga. Mungkin dia cuma jemput yang kaya kaya aje kot.
"Dah. Dia suruh aku pergi esok. Tapi memang taklah aku nak pergi"
"Weh! Kau jangan buat hal setan. Papa aku pun paksa aku pergi jugak. Dan aku setuju pun sebab kau pergi sekali. Tapi kalau kau tak pergi aku nak cakap dengan siapa"
"Cakap jelah dengan kawan kawan papa kau"
"Tak lawak siak"
"Tengoklah macam mana nanti"
"Ish! Aku tak boleh tidur dengar jawapan kau macam ni. Tolonglah girl"
Sedap aje dengar Hyunjin merayu macam tu. Cair hati perempuan dia.
"Hmm"
"Hmm apa girl. Cakaplah betul betul"
"Kau nangis dulu"
Freya menahan tawanya.
"Bencilah dengan kau macam ni"
Hyunjin mematikan panggilan. Freya ketawa. Merajuklah tu. Takpe esok dia pujuk.
Dia membersihkan diri lalu tidur.
Freya terjaga apabila jam di telefonnya berbunyi. Selepas mandi, dia turun ke bawah mengambil beberapa keping roti yang disapu dengan jem lalu keluar dari rumah. Jam menunjukkan pukul 5.45 pagi.
Saja dia keluar awal sebab nak pujuk Hyunjin. Dia menaiki bas pertama ke rumah Hyunjin. Sampai di depan rumah Hyunjin, dia menelefon lelaki itu. Tapi Hyunjin tak jawab.
Amboi merajuk betul kau ya dengan aku. Aku tahu kau dah bangun. Tapi kau saja tak nak angkat telefon.
"Aku ada depan rumah kau"
Send!
Tidak lama kemudian Hyunjin membuka sedikit langsir biliknya. Freya sengaja melambaikan tangannya. 5 minit kemudian Hyunjin turun lengkap dengan uniform sekolah.
Haih! Kalau dah handsome tu pakai apa pun tetap handsome. Rambut serabut macam tu pun tetap nampak handsome.
"Masuklah dulu"
![](https://img.wattpad.com/cover/158393456-288-k566166.jpg)
YOU ARE READING
[C] Crazy Squad18 | HYUNJIN+00s
FanfictionCrazy Squad18 mengisahkan tentang 18 orang pelajar yang berumur 18 tahun dimana masing masing kepalanya masuk air. Perangai semua gila gila dan nakal tahap bangang. Bila nama kelas 8-1 meniti di bibir para guru mahupun pelajar, mulalah guru disiplin...