CS18 - 27

269 57 1
                                    

Freya bergegas ke sekolah bersama Heejin. Kesian Heejin kena follow Eya yang jalan laju. Sebaik saja dia melangkah lepas pada pintu pagar, semua pelajar memandangnya. Semua sedang bisik bisik.

Hyunjin juga nampak macam tergesa gesa. Tapi dia tak kisah. Dia berjalan selaju yang mungkin ke kelasnya dan harap harap Han sudah ada di kelas.

"Aku tak sangka budak nerd tu psycho sampai macam tu sekali. Gerun pula aku tengok" kata Felix.

Yangyang mengangguk sambil memasukkan roti didalam mulutnya.

"Habis tu macam mana sekarang" soal Han pula.

"Nanti aku bagitahu lain plan dia. Aku akan cuba fikir apa yang perlu..."

"Woi! Han Jisung!"

Han melihat dua orang manusia memanggil namanya dengan serentak.

"Wo wo! Lex bro. Asal ni" soal Han.

Freya dan Hyunjin berdiri di tepi tempat duduk Han. Yang lain cuma tengok. Mereka dah tahu apa sebab Freya dan Hyunjin serang Han pagi pagi buta macam ni.

"Relax kau cakap. Apa motif kau sebar gambar tu" soal Freya tak puas hati.

"Gambar tu lawa kot. So aku viral lah. Tak tahu pulak satu sekolah dah tahu" jawab Han tanpa rasa bersalah.

"Aku cakap kau bodoh, kau memang bangang pun. Kau tahu tak apa itu perkataan viral. Kalau dah nama viral tu, tak sampai lima minit satu sekolah dah tahu" marah Hyunjin pula.

"Chill lah weh. Tak kan pasal tu korang nak gaduh dengan aku. Aku cuma share pic tu. Tak kan yang tu pun salah"

Han masih cuba membela dirinya.

"Salah!" kata Freya dan Hyunjin serentak.

"Okey fine. Sorry" Han mengalah.
Kalau dia tahu macam ni dia tak kan viral gambar tu. Gambar Freya kasi belon yang berbentuk love pada Hyunjin masa di funfare. Gambar tu diambil maybe lima bulan yang lepas.

Tidak lama selepas itu kelas itu dipenuhi dengan bunyi notification phone masing masing. Semua membuka telefon sendiri.

Bulat mata Freya melihat gambar yang seterusnya. Dia terus memandang Hyunjin. Setahu dia Hyunjin sorang aje ada gambar ni. Gambar dia kiss pipi Hyunjin. Gambar ni diambil pada hari yang sama. Masa tu dia buat deal dengan Hyunjin sebelum naik roller coaster.

Semua memandang Hyunjin dan Freya. Tapi tiada siapa yang berani buka mulut. Biar tuan badan sendiri yang jelaskan.

Jaemin menolak kerusi dan meja dengan kasar sebelum keluar dari kelas itu. Yang lain cuma mampu tengok.

"We need to talk!"

Dan Freya terus blah dari situ diikuti dengan Hyunjin. Mereka pergi ke taman belakang sekolah. Sengaja Freya pilih tempat tu sebab tak nak orang lain dengar.

"Aku rasa tak lama lagi perang dunia akan tercetus" kata Jinyoung.

"Aku pun rasa benda yang sama" sambung Seungmin pula.

"Anyway kenapa aku nampak dorang dalam gambar ni sweet sangat. Walhal dorang bukan couple pun time ni" komen Felix.

Di tempat lain, suasana sedang tegang. Freya cuba tahan amarahnya.

"Apa motif kau. Kau nak apa sebenarnya"

Freya melipat tangan di depan dadanya. Hyunjin pula mengemaskan rambutnya yang berjuntai di dahi.

"So sekarang ni kau nak tuduh aku yang sebar gambar tu"

Hyunjin menayangkan wajah beku. Tak kiralah siapa pun. Dia paling tak suka orang tuduh benda yang dia tak buat.

[C] Crazy Squad18 | HYUNJIN+00sWhere stories live. Discover now