CS18 - 30 (end)

552 63 25
                                    

Seungmin menjemput Heejin dan Freya makan malam di rumahnya. Ibu dia yang suruh sebenarnya. Katanya dah lama tak jumpa Heejin. Papa Seungmin pun ada sekali.

"Ha dah sampai pun. Lamanya tak jumpa Heejin. Rindunya"

Puan Kim memeluk Heejin dengan erat. Freya disebelah cuma senyum.

"Heejin pun rindu dengan aunty jugak. Anyway aunty kenal kan dengan Kang Freya?"

Puan Kim mengerut dahinya melihat Freya. Tengok muka Freya macam kenal.

"Anak Joy dengan Daniel kan?" teka Puan Kim.

Freya senyum lalu mengangguk. Ingatkan ibu Seungmin tak kenal dia.

"Betul tu aunty" jawab Freya.

"Kalau iya pun ibu, bagilah kawan kawan Seungmin duduk dulu"

Puan Kim tergelak.

"Yelah ibu lupa. Duduklah. Kita makan sama sama"

Heejin dan Freya melabuhkan punggung mereka. Banyak gila makanan yang ibu Seungmin masak. Semuanya nampak sedap.

Mereka mula menjamah.

"Lepas ni nak sambung belajar di mana" soal papa Seungmin.

"Tak tahu lagi uncle. Eya rasa macam nak masuk universiti dekat dekat sini aje. Bidang apa tak tahu lagi" jawab Freya.

"Ha kamu Seungmin. Nak ambil bidang apa lepas ni"

"Tak tahu lagi pa. Kena tengok result dulu"

"Ibu doakan result kamu semua cemerlang"

...

Freya mendapat mesej dari Jinyoung. Katanya nak jumpa di tempat biasa sebab ada hal penting yang dia nak bagitahu.

Dia masuk kedalam kafe Hyunjin. Semua dah ada disitu. Jadi dia sorang yang terlambat.

"Awalnya korang sampai" tegur Freya.

Heejin pun dah ada sekali.

"Jinyoung cakap urgent" kata Shuhua.

"Aku pun tak sempat mandi" rungut Haechan.

"Patutlah bau"

Eunbin menutup hidungnya. Yang lain ketawa.

Freya duduk disebelah Yangyang. Dah yang tu aje tempat duduk yang tinggal.

"Okey macam ni. Mummy aku cakap esok kita semua perlu ke sekolah ambil kita punya result"

"Yang tu kami pun tahu" potong Han.

"Tapi masalahnya esok siap ada majlis lagi. Korang nak ke duduk dalam dewan lama lama"

"Hell no!"

Dengan cepat Nancy bagi respon.

"Memang taklah. Bagi sejuta pun aku tak nak stay" kata Jaemin pula.

"Kau bolehlah cakap macam tu sebab kau kaya" bidas Freya.

"Aku kalau boleh nak pergi ambil result lepas tu terus balik" kata Jeno.

Yang lain turut setuju.

"So apa plan dia?" soal Jeno.

"Kali ni plan dia lagi hebat dari plan yang kita pernah buat sebelum ni. Kita main api sikit"

"Tak teruk sangat ke" tanya Seungmin.

"Aku boleh pastikan yang sekolah tu kan terbakar. Lagipun plan ni simple. Renjun Felix dengan aku yang akan pegang lighter dan bakar kain alas meja dalam dewan nanti. Dan lepas tu penggera kebakaran akan bunyi dan air kecemasan akan turun. So majlis tu akan dibatalkan nanti"

[C] Crazy Squad18 | HYUNJIN+00sWhere stories live. Discover now