CS18 - 22

278 57 0
                                    

"Eya sayang papa. Eya pergi dulu"

Daniel melihat anaknya untuk kali terakhir sebelum sebuah kereta melanggar Freya.

"Awak gagal jaga anak kita"

Joy muncul disebelah Daniel yang sedang terduduk sambil menangis.

"No sayang. Sayang jangan tinggalkan saya"

Daniel melihat Joy semakin lama semakin hilang.

"Sayang!"

Dia terjaga dari tidurnya.

"Pa..pa okey" tanya Freya.

Dia berasa lega melihat Freya ada di hadapannya tanpa sebarang darah. Rupanya dia mimpi tadi.

Terus Freya ditarik kedalam pelukannya. Freya juga terkejut.

"Papa minta maaf sayang. Papa janji lepas ni papa akan jaga sayang"

Freya yang mendengarnya juga terkejut. Mimpi apa papa dia tadi sampai minta maaf dengan dia.

"Eya pun nak minta maaf juga sebab selalu susahkan papa"

Daniel mencium dahi anaknya untuk pertama kali sejak isterinya meninggal.

"No sayang. Papa yang salah"

Dan akhirnya Freya boleh tersenyum manis di depan Daniel.

"Ermm anyway kenapa papa tidur diruang tamu"

Pelik juga dia. Masuk rumah tadi tengok papa dia tidur diatas sofa. Awal tu dia buat tak kisah tapi dia perasan yang muka papa dia berpeluh peluh. Sebab tulah dia datang tengok.

"Penat sangat. Papa cuma nak duduk sekejap aje. Tahu tahu tertidur"

Freya tergelak.

"Papa penat sangat. Nak Eya buatkan air?"

"Tak payah. Papa nak ajak Eya dinner kat luar nanti. Mana kawan Eya yang sorang tu"

Heejin? Haah. Mana pulak minah tu pergi.

Dan tiba tiba pintu rumah ditolak dari luar. Muncullah Heejin.

"Hah muncul pun. Jom kita siap"

"Siap? Pergi mana?" tanya Heejin.

"Dinner dengan papa aku"

Heejin melihat Daniel.

"O...okey"

Tiba tiba Heejin rasa kekok. Yelah selama dia tinggal sini mana pernah dia jumpa Daniel macam ni.

Mereka berdua naik ke bilik.

"So apa dah jadi?" tanya Heejin sebaik saja mereka masuk kedalam bilik.

"Aku dah baik dengan papa aku. Papa aku minta maaf tadi"

"Seriously! Finally. Mesti kau happy kan"

"Soalan apa kau ni. Of course lah aku happy. Eh! Jom siap. Nanti papa aku tunggu lama pulak"

...

Cikgu Kai masuk bersama Cikgu Naeun. Mereka duduk di tempat masing masing. Rasanya mereka semua dah tahu sebab apa Cikgu Kai masuk ke dalam kelas mereka. Mesti kes mereka ponteng kelas.

"Saya datang sini nak bagitahu yang kamu semua perlu ke dewan utama. Saya sendiri yang jemput orang untuk motivasi kamu semua tentang kes budak nakal"

"Nakal sangat ke kami cikgu" Haechan tanya soalan bodoh.

"Satu soalan yang terlampau bijak" sindir Cikgu Naeun.

"Bila kami perlu pergi?" soal Jinyoung.

"Selepas waktu rehat nanti. Kalau macam tu saya keluar dulu. Siap kamu semua saya kerjakan kalau saya tak nampak muka kamu semua dalam dewan tu nanti"

[C] Crazy Squad18 | HYUNJIN+00sWhere stories live. Discover now