"Woi! Kim Seungmin. Berhentilah kejap. Aku ada benda nak cakap ni"
Freya berlari untuk mendapatkan Seungmin. Walaupun dah panggil banyak kali tapi Seungmin tetap berjalan.
"Kau nak apa Eya" tanya Seungmin malas.
Freya baru sedar yang tengah berjalan sebelah Seungmin sekarang ialah Hyunjin. Tapi dia buat tak tahu.
"Aku nak minta tolong kau something ni"
"Cakap jelah"
"Aku nak kau tolong pancing geng Chaeyeon ke District Park"
Seungmin berhenti berjalan. Begitu juga Freya.
"Kau jangan buat gilalah Eya. Aku tak nak. Kau tahu kan Chaeyeon tergilakan aku"
Seungmin mengangkat bakul sendiri. Freya menayangkan muka menyampah.
"Sebab aku tahu dia tergilakan kaulah aku minta tolong kau"
"Tengoklah macam mana nanti"
"Ho ho no no! Aku nak kau confirm sekarang jugak"
Hyunjin disebelah tak ubah seperti patung. Dia cuma dengar tanpa bersuara.
"Kau ni kan"
Seungmin merengus geram.
"Plishh"
Freya sengaja kelip kelip mata ni. Buat muka seposen. Macam budak minta aiskrim.
"Yelah yelah"
"Yeay! Thank you Kim Seungmin"
Freya melompat seperti budak kecil yang akhirnya dapat aiskrim. Tidak lupa juga pipi Seungmin dicubit. Dan selepas itu Freya terus pergi dari situ.
"Itu ke perempuan yang kau sayang bro" kata Seungmin.
Hyunjin menepuk bahu Seungmin sebelum berjalan meninggalkan Seungmin.
Freya melihat semua sudah ada didalam kelas. Dia ada 15 minit sebelum Cikgu Sana masuk.
"Guys! Berkumpul kejap. Kita ada misi baru"
Tidak sampai seminit semua sudah berkumpul di ruang tengah kelas. Masing masing teruja. Yelah nak buat jahat kan.
"Korang dah tahu kan apa yang jadi pada Heejin"
Semua mengangguk.
"Aku nak kita bagi reward pada geng Chaeyeon a.k.a geng evil babi tu"
"Tapi susahlah Eya. Dorang tak satu sekolah dengan kita" kata Jeno.
"Itulah pasal. Aku nak Seungmin pancing dorang ke District Park. So disitu nanti kita jalankan misi kita" sambung Freya lagi.
"So plan?" soal Shuhua.
Semua melihat kearah Jinyoung. Jinyoung sorang aje yang pandai susun plan. Yang lain cuma bagi cadangan.
"Seungmin aku nak kau suruh geng dorang tu tunggu dibawah pokok. Sebab senang nak buat kerja"
"Semua benda aku kena buat. Hesy! Susahlah jadi hot stuff ni"
Krik! Krik!
Semua pandang Seungmin tanpa berkelip mata.
"Eh! Fakta okey" sambung Seungmin lagi.
"Kita nak balas pakai apa ni" soal Xiyeon pula.
"Hmm kalau pakai blood juga macam mana"
Lua memberi cadangan.
YOU ARE READING
[C] Crazy Squad18 | HYUNJIN+00s
FanfictionCrazy Squad18 mengisahkan tentang 18 orang pelajar yang berumur 18 tahun dimana masing masing kepalanya masuk air. Perangai semua gila gila dan nakal tahap bangang. Bila nama kelas 8-1 meniti di bibir para guru mahupun pelajar, mulalah guru disiplin...