CS18 - 2

449 74 11
                                    

Jinyoung melihat Shuhua yang berdiri disebelahnya lalu memberi isyarat mata kepada Shuhua. Shuhua menggerakkan kakinya ke depan. Lampu  berbentuk bulat diturunkan dengan perlahan. Bersama dengan itu, seluruh dewan menjadi gelap. Tiba tiba lampu itu mengeluarkan cahaya berwarna warni yang tak ubah seperti kelab malam.

Shuhua pula menggunting tali putih yang diikat di kakinya. Mereka menghapuskan semua bukti. Dalam suasana riuh rendah itu, suara Mr Kailer kedengaran.

"Kelas 8-1 berkumpul didepan saya now!" jerit Mr Kailer.

Hari itu majlis yang berlangsung terpaksa dibatalkan. Disinilah mereka 18 orang. Berdiri didalam dua barisan menghadap muka antara satu sama lain. Mr Kailer bersama rotan nipisnya berjalan di tengah tengah antara mereka semua.

"Apa nak jadi dengan kamu semua ni? Masuk ni dah kali ke 9 kamu semua buat masalah"

Mereka cuma menunduk berpura pura bersalah.

"Kamu tak bosan ke asyik kena denda" sambung Kai lagi.

"Tapi mana cikgu tahu yang kali ni kami juga buat semua ni" kata Lua dengan berani.

"Apa bukti yang kamu ada untuk mempertahankan yang kamu semua betul betul tak buat benda ni" Kai tersenyum sinis.

"Betul cikgu. Kali ni kami mengaku yang kami tak buat. Lagipun kami semua ada di dewan ni tadi" giliran Hyunjin mempertahankan mereka.

"Iya? Kamu semua ingat saya bodoh sangat ke hah"

Jinyoung berasa tidak puas hati. Dia akan pastikan yang mereka semua tak kan dapat denda hari ni.

"Kamu Kang Freya. Junior kamu Kim Jiho mengadu pada saya tadi yang kamu mandikan dia dengan jus oren di cafe tadi"

Eunbin Xiyeon dan Nancy melihat sesama mereka. Mereka ada juga tadi tapi kenapa cuma Freya yang naik nama. Lagipun Eunbin yang tuang tadi bukan Freya.

"Dan Han Yangyang. Kamu berdua ada berdiri di dewan masa guru guru tengah mensyuarat"

Han Yangyang menahan amarah mereka. Dah agak dah. Budak nerd tu mesti tak boleh tutup mulut punya.

"Jap cikgu!" seorang budak lelaki datang dengan tiba tiba.

Han dan Yangyang tersenyum sinis. Berani budak nerd ni tunjuk muka kat sini. Cari masalah ke macam mana ni.

"Saya minta maaf sebab ganggu cikgu tapi saya cuma nak bagitahu kawan saya tersalah info tadi. Sebenarnya tak ada orang pun yang berdiri didepan dewan masa cikgu dengan cikgu yang lain tengah mesyuarat" jelas budak nerd itu.

"Betul ni. Kamu tak tipu saya"

Budak itu teragak agak untuk mengangguk tapi lambat lambat dia mengangguk juga kepalanya. Dia terpaksa tipu untuk keselamatan dia. Dia nampak Han menunjukkan ibu jarinya yang diangkat tanda Han suka dengan penjelasannya.

"Baiklah. Kamu boleh balik kelas"

Budak itu terus pergi tak nak berlama lama disitu.

"Cikgu please. Percayalah. Kali ni kami betul betul mengaku yang kami tak buat" kata Shuhua pula.

Freya hanya diam. Sepatah pun dia tak cakap. Perasaan benci dia pada Jiho semakin membuak buak. Nak aje dia berlari keluar dari dewan ni pergi jumpa Jiho. Dak dak junior tak guna. Kau tunggulah nasib kau nanti.

"Baiklah. Tapi nanti kalau saya dapat bukti yang semua ni berpunca daripada kamu semua, memang lunyai saya kerjakan kamu semua" Kai memberi arahan.

"Ada baiknya kamu semua mengaku sekarang sementara mood saya tengah baik. You know better late than never" sambung Kai lagi.

Mereka semua cuma diam. Memang taklah nak bagitahu benda sebenar. Biarlah kalau Mr Kailer dapat bukti pun. Yang penting hari ni mereka tak kena denda.

[C] Crazy Squad18 | HYUNJIN+00sWhere stories live. Discover now