"Weh korang. Aku ada benda sikit nak cakap"
Mereka sedang tukar baju dalam bilik persalinan sebab sekarang ni kelas bersukan.
"Kau ni asal Yangyang. Pelik semacam aje aku tengok" kata Han.
"Aku rasa akhir akhir ni macam ada orang follow aku"
"Dan aku dengan Yangyang rasa benda ni ada kena mengena dengan budak nerd tu" sambung Felix pula.
Hyunjin memakai bajunya sambil mendengar. Dia juga pelik. Tak kan budak nerd tu kot. Apa sangat yang budak tu boleh buat.
"Habis tu korang nak kami buat apa" tanya Jinyoung sambil mengikat tali kasutnya.
"Kami nak minta tolong korang siasat tapi tak payah libatkan geng perempuan. Kita kita aje" kata Yangyang.
"Sebab Saeron ada cakap yang budak nerd tu psycho"
"Seriuslah bangang. Kau jangan buat main dengan budak psycho ni weh" Jaemin menyampuk.
"So petang ni aku nak kitorang follow dia balik"
"Tapi kalau parents dia tahu macam mana"
"Tak mungkin sebab parents dia busy"
"Apa nama budak tu" tanya Han.
"Park Jisung" jawab Felix.
"Nama macam aku bhai" kata Han lagi.
Haha. Nama penuh dia Han Jisung. Tapi orang panggil Han aje.
"So lepas balik sekolah lah ni"
Jeno ingin kepastian.
Yangyang dan Felix mengangguk. Hari ni juga mereka akan selesaikan masalah ni.
"Woi segala jenis setan! Korang membawang apa lagi dalam tu lama lama"
Suara Shuhua kedengaran.
"Menganggu betullah minah senget ni" kata Felix tak puas hati.
Mereka semua keluar dari bilik persalinan. Geng perempuan juga sudah siap berpakaian sukan.
"Tadi Cikgu Sehun cakap main aje apa yang kita nak. Dia ada hal kejap" kata Jinyoung.
Mereka semua cuma mengangguk. Tak tahu nama main apa.
"So kita nak main apa?" soal Renjun.
"Basketball" Han memeberi cadangannya.
"Agak agaklah kau. Kalau main yang tu confirm geng lelaki ni yang menang. Kau tengok geng perempuan. Pendek pendek belaka. Nak nak lagi Eya"
Dan satu tendangan berjaya mendarat di kaki Haechan.
"Tinggi aku 165 cm kot. Kau tu yang pendek" bidas Freya.
"Sudahlah. Tak kan benda macam tu pun nak gaduh" Seungmin menyampuk.
Kalau tak cegah mereka dua orang ni, mahu sampai esok mereka bergaduh.
"Kalau macam tu aku suggest kita main bola tampar. Fair and square right"
Giliran Hyunjin memberi cadangan.
"Okey aku setuju. Korang?" soal Jinyoung.
Mereka mengangguk.
"Tapi tak best kalau tak ada deal"
Freya menayangkan muka sombong sambil melipat kedua belah tangan didepan dada.
"Eh of course! Kau discuss dengan team kau dulu nak deal apa. Aku discuss dengan team aku"

YOU ARE READING
[C] Crazy Squad18 | HYUNJIN+00s
FanfictionCrazy Squad18 mengisahkan tentang 18 orang pelajar yang berumur 18 tahun dimana masing masing kepalanya masuk air. Perangai semua gila gila dan nakal tahap bangang. Bila nama kelas 8-1 meniti di bibir para guru mahupun pelajar, mulalah guru disiplin...